Bersama Berjuang

Showing posts with label Pencerobohan Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Pencerobohan Lahad Datu. Show all posts

Monday, September 9, 2013

TERKINI: Serangan Pengganas Kiram Ibrahim Di Filipina - Malaysia Aktifkan Amaran Keselamatan Di Sabah!!!


KOTA KINABALU: Malaysia mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan negari itu dengan selatan Filipina berikutan serangan pemberontak Moro di Zamboanga City.

Amaran keselamatan di Sabah dikeluarkan untuk meneliti sebarang kemungkinan insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut menular ke negeri ini.

Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerang Zamboanga City yang terletak kira-kira 460km dari Sandakan.

Menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam perkara tersebut.

Dilaporkan sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad memberitahu The Star Online bahawa pasukan keselamatan telah mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di samping memantau perkembangan serangan di Zamboanga.





"Kami telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom juga akan bekerjasama berikutan insiden itu," katanya.

Kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.

MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelihatan tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk wilayah selatan Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu.

TERKINI: Gagal Di Lahad Datu, Tentera Diraja Kiram Ibrahim Serang Filipina !!!


ZAMBOANGA CITY: Seorang anggota unit peronda Tentera Laut Filipina maut manakala beberapa lagi cedera selepas bertempur dengan pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang menaiki bot untuk memasuki selatan Zamboanga City awal pagi Isnin.

Timbalan Datuk Bandar, Cesar Iturralde berkata kira-kira 30 tebusan didakwa diculik kira-kira 100 anggota MNLF di Zamboanga City.

Menurut Iturralde, kumpulan itu menuntut supaya bendera mereka dikibarkan di Dewan Bandaraya wilayah tersebut.

Jurucakap Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, unit peronda itu bertempur dengan pemberontak yang berada di atas sebuah bot besar dan lapan bot kecil di luar Rio Hondo.

Pertempuran pada waktu subuh itu berlarutan hingga ke Rio Hondo ketika orang ramai sedang tidur dan menyebabkan puluhan penduduk di situ melarikan diri.

Lebih ramai tentera dan polis dikerahkan untuk menyelamatkan penduduk di Rio Hondo yang terletak dekat pusat bandar Zamboanga, pusat perdagangan yang sibuk di selatan negara itu.

Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, Ketua Supritendan Polis, Juanito Vano Jr, dia tidak dapat mengesahkan jumlah mangsa yang maut walaupun beliau telah memaklumkan empat polis cedera mengalami kecederaan.

Thursday, March 28, 2013

LAHAD DATU: ESSZONE Di Bantah Oleh Kebanyakkan Pembangkang... Kenapa???



Pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang diumumkan Perdana Menteri  pada 25 Mach lalu adalah satu langkah yang kena pada tempat dan masa bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yang dipercayai didalangi oleh pembangkang.

Kerajaan Barisan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengekang serta mengalahkan usaha jahat pembangkang yang mahu memporak perandakan negara menjelang pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13.

Walaupun keadaan agak getir pada peringkat awal tatkala pasukan keselamatan berdepan dengan gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata, namun berkat kerjasama pasukan polis dan tentera melalui konsep Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang menjadi asas kepada program transformasi Perdana Menteri, ancaman terhadap kedaulatan negara mampu di atasi dengan baik. 

Jika dahulu pembangkang menggunakan isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin dan penduduk tanpa negara di bumi Sabah untuk menyerang kerajaan, kini mulut mereka sudah terkunci apabila tertubuhnya ESSZONE.

ESSZONE yang merangkumi 10 daerah di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang.

Rasional menubuhkan ESSZONE  bukanlah mainan politik tetapi berpunca daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang mengorbankan dua komando polis serta pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan enam anggota.

Langkah kerajaan untuk memastikan pencerobohan pengganas Sulu tidak bertukar menjadi tragedi yang lebih ngeri boleh dilihat daripada tindakan untuk menambah sebanyak lima lagi batalion tentera dengan sokongan pihak polis.

Di samping itu lima lagi balai polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.

ESSZONE akan berpusat di Lahad Datu sebagai 'central command' mengawal serta memantau 10 daerah di dalam kawalannya di sepanjang pantai timur Sabah. 

Objektif jangka pendek sudah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun dalam fasa awal melawan pengganas Sulu, negara bersedih kerana kehilangan 10 wira. 

Sehingga kini 65 musuh berjaya ditembak mati manakala 110 lagi individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sementara 416 yang lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Agenda pembangkang untuk mencetus huru hara ketika negara di ambang pilihan raya dengan mendalangi mengguna isu tuntutan kesultanan Sulu nampaknya sudah dipatahkan dan peranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai bapa petualang dalam krisis keselamatan di Sabah akan ditelanjangkan tidak lama lagi.

Usaha pantas kerajaan menggembeleng aset ketenteraan serta keselamatan negara secara pantas dan efisien untuk memerangi pihak yang cuba menodai kadaulatan negara membuktikan kemampuan luar biasa pasukan polis dan tentera Malaysia.

Ketika Anwar mengadakan komplot sulit dengan sekutunya, Nur Misuari dari MILF, mungkin beliau terlupa memikirkan kekuatan dan kemampuan pasukan keselamatan Malaysia untuk melindungi negara daripada sebarang pencerobohan.

Anwar tidak lagi boleh berselindung dengan apa-apa alasan untuk membersihkan dirinya daripada isu pencerobohan pengganas Sulu kerana bukti pembabitan beliau seperti yang didedahkan oleh media asing seperti Reuters, Phillipine Daily Inquirer dan Manila Times sudah cukup jelas dan nyata.

Cubaan kroninya seperti Tian Chua juga yang menuduh UMNO yang mendalangi peristiwa berdarah di Sabah untuk mengalih pandangan rakyat juga tidak dipercayai lagi oleh rakyat.

Dakwaan jahat dan tidak masuk akal itu dibuat hanya untuk terus mengapi-apikan hati rakyat serta mempengaruhi minda rakyat supaya bangkit menentang kerajaan.

Kerjasama erta yang diberikan oleh rakyat tempatan termasuk mereka yang berketurunan Suku terhadap usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu membuktikan segala yang didakwa pembangkang adalah pembohongan semata-mata.

Kewujudan ESSZONE pada matlamat masa panjang pula akan memastikan kemajuan dan pembangunan negeri Sabah seperti mana yang dinikmati rakyat sekarang akan terus kekal.

Ia bertindak sebagai serampang dua mata - mengekang kemasukan pendatang asing serta kegiatan penyeludupan oleh kumpulan pendatang asing di samping memastikan keselamatan penduduk negeri Sabah
 terjamin.

ESSZONE bukannya satu tindakan kerajaan yang terburu-buru kerana model pelaksanaannya berdasarkan kepada Markas Keselamatan Kawasan Rajang atau RASCOM (Rejang Security Command) yang telah diimplementasi pada tahun 1970an di Sarawak bagi menangani ancaman komunis ketika itu.

Kejayaan RASCOM menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak berjaya membawa keamanan ang berkekalan hingga ke hari ini.

Keamanan ini seterusnya diterjemahkan kepada kemajuan serta pembangunan sosio-ekonomi yang pesat yang dinikmati oleh rakyat Sarawak keseluruhannya.

Penubuhan ESSZONE juga mampu meningkatkan tahap keselamatan negeri yang besar seperti Sabah seperti mana matlamat yang sama dicapai oleh RASCOM.

Selepas wujudnya ESSZONE, rakyat Sabah akan melihat dengan sendiri betapa perancangan dasar ekonomi itu akan melonjak dalam keadaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipulih serta dipertingkatkan.

Impian pembangkang untuk menjadikan Sabah sebagai batu loncatan untuk mereka menuju ke Putrajaya sudah berkubur dengan adanya ESSZONE.

Wednesday, March 27, 2013

LAHAD DATU: Penasihat Jamalul Kiram Adalah Paderi.. Dah Takde Orang Lain Ker?



Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat? 

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?

LAHAD DATU: Foto Ini Bikin GT Sayu... Aku Tak Maafkan Kau Lahanat!!!


Airmata terus berlinang... dan airmata itu bukan percuma. Ia mengalir dengan kedukaan hilangnya sebuah kasih sayang... 

Kau tunggu PRU nanti Nuar.. tik..tok..tik..tok..

Sial kau Tian Chua kerana teori konspirasi kepala bapak kau itu... 





Friday, March 22, 2013

LAHAD DATU Updates: Sniper Pengganas Wanita Kiram Ditangkap Setelah Kebal Dari Sebarang Serangan Senjata!!!


Ini adalah wajah pengganas wanita, dipercayai seorang sniper (penembak tepat). 

Untuk makluman, wanita ini ditemui di sebuah pondok dalam keadaan lemah disebabkan kebuluran akibat dari pengepungan yang dibuat oleh pasukan keselamatan kita. 

Ramai yang bercerita tentang kekebalan pengganas-pengganas... iye ke? Rasanya dah ramai yang mati ditembak. Kebal la sangat... Yang pasti, wanita ini tidak kebal. 

Tentang wanita ini, mampu menjadi seorang penembak tepat, siapa tenaga pengajar yang hebat itu? GT tidak  fikir, askar upahan MNLF mampu berbuat sedemikian. Seperkara lagi, tentunya wanita ini dilengkapi dengan senjata yang ringan dan mudah dibawa. Pasti senjata berkenaan lebih mahal berbanding senjata biasa. 

Siapa sponsor? 

Semoga anggota keselamatan terus gempur penceroboh-penceroboh ini. 

Thursday, March 21, 2013

LAHAD DATU Updates: "Anggota VAT69" Serbu 5 Lokasi Minggu Ini Untuk Cari Tian Chua Yang BiaDAP!








LAHAD DATU UPDATES: Portal Filipina Dedahkan Niat Jahat Misuari MNLF!!!


Niat sebenar Misuari semakin terdedah. Rupa-rupanya Gloria Macapagal Arroyo yang mohon Malaysia menjadi "the peacemaker" dalam krisis Filipina-MILF yang berlanjutan sekian lama. 

Misuari persis Anwar Ibrahim... gagal and at all cost, cuba berkuasa.  

Baca pendedahan portal Filipina DISINI

Wednesday, March 20, 2013

LAHAD DATU Updates: Anwar Ibrahim + Nur Misuari = Amerika Syarikat!!!



Benarlah kata orang, bahawa untuk menilai seseorang kita perlu melihat kepada rakan-rakannya.   Maka, tidak hairanlah apabila Nur Misuari, Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro merujuk kepada Anwar Ibrahim sebagai ‘sahabat lama’  kerana ternyata mereka mempunyai perwatakan yang sama iaitu suka berbohong.  

Di awal kejadian pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu, dan ketika rakyat Malaysia masih terpinga-pinga, media Filipina dan agensi berita antarabangsa pantas melaporkan sumber risikan yang menunjuk kepada pembangkang Malaysia,  sebagai dalangnya.   Bertitik-tolak dari itu, kita menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim yang telah terasa cili begitu ‘bersungguh-sungguh’ menafikan laporan tersebut sehingga membawa kepada ‘parody’ “You ulang, I saman” yang menjadi popular di laman-laman sosial.  

Pendedahan tersebut dikuatkan dengan laporan risikan termasuk gambar yang menunjukkan Anwar telah membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari beberapa kali.   

Untuk itu, Anwar menjelaskan bahawa pendedahan itu tidak wajar dianggap bukti kerana bukan MNLF yang menceroboh Lahad Datu tetapi ‘tentera Sulu’.   Tidak lama kemudian, Nur Misuari sendiri membuat kenyataan  menawarkan bantuan untuk membantu kerajaan Malaysia berunding dengan pihak Sulu dan ditolak oleh Malaysia.  

Namun, perkembangan seterusnya telah membuktikan bahawa kedua-dua sahabat lama ini telah berbohong apabila ramai di antara pengganas yang ditangkap atau terbunuh telah dikenalpasti sebagai anggota MNLF.  Sebenarnya, siapapun mereka tiada bezanya iaitu pengganas kejam yang ingin merampas negeri Sabah.  

Dan hari ini kita melihat bagaimana Nur Misuari menyerlahkan warnanya yang sebenar apabila menuduh Malaysia sebagai memperalatkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), menjadi penghalang kepada usaha penyatuan bangsa Moro serta tuntutan kemerdekaan wilayah selatan Filipina.  Beliau juga turut menuduh Malaysia sebagai telah menjajah Sabah dan Sarawak.   

Beliau seterusnya mencabar Malaysia membuktikan hak ke atas kedua negeri itu melalui dokumen undang-undang.  

Justeru, siapakah sebenarnya yang menuntut Sabah?  Pihak Sulu atau MNLF?  Kenapa Nur Misuari berbohong pada mulanya?  Apakah cakap seorang pembohong dan pengganas kejam yang tidak bertamadun perlu dilayan secara diplomasi?    

Seharusnya, Nur Misuari bersyukur kerana atas usaha Malaysia akhirnya 15 juta penduduk Islam di selatan Filipina kini mampu merasai keamanan dan mendapat hak ke atas bumi yang mereka pijak dan usahakan selama ini iaitu sejak penjajahan Sepanyol pada kurun ke-17.   Perjanjian Damai tersebut telah memastikan tiada pihak yang teraniaya dan atau dipinggirkan tanpa menafikan terus kuasa kerajaan Filipina.   10 prinsip utama telah digariskan dengan intipati penting iaitu mengiktiraf Bangsamoro serta mewujudkan entiti autonomi politik di Mindanao yang membolehkan Bangsamoro mentadbir sendiri melalui sistem demokrasi dengan menggunapakai Undang-undang Asas Bangsamoro seiring dengan undang-undang negeri.    

Jelaslah bahawa Nur Misuari tidak suka kepada keamanan.  Maka tidak hairanlah beliau mengkritik perjanjian tersebut dan terus mengasak untuk menimbulkan huru-hara di mana saja peluang yang ada.  Dan Sabah adalah peluang yang terbaik baginya.  

Perjanjian British North Borneo 22 Januari 1878, menjelaskan dengan terperinci penyerahan oleh Sultan Sulu iaitu Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam Bin Sri Paduka Al Marhom Al Sultan Mohamet Fathlon, wilayah dan jajahan di Borneo daripada Sg. Pandassan di pantai barat sehingga ke pantai timur Sibuko di selatan  termasuk negeri-negeri seperti Paitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kina Batangan, Mumiang dan semua jajahan dan negeri di selatannya bersempadan dengan Teluk Farvel sehingga Sungai Sibuko dan juga semua pulau-pulau di tiga marina di sepanjang pantai dengan harga RM5,000 setahun, kini ditambah menjadi RM5,300 .   

Pada 22 Januari 1978, Sultan Sulu telah melepaskan kuasanya ke atas wilayah dan jajahan seperti yang tersebut di atas secara rasmi.   Pada 22 April 1903, satu lagi dokumen telah ditandatangani bagi menambahkan beberapa lagi wilayah yang telah tidak disebut atau tertinggal di dalam perjanjian terdahulu.  

Setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 1963, dengan persetujuan rakyatnya, maka Malaysia meneruskan pembayaran wang ‘pajakan’ terhadap Sultan Sulu sepertimana yang termeterai dalam perjanjian-perjanjian dahulu.   

Justeru, bagi Nur Misuari untuk bersuara bagi pihak Sulu dilihat sebagai sikap seorang yang gila kuasa.   Dengan percanggahan kenyataan dari pihak Sulu ditambah dengan kekeliruan mengenai waris sebenar kesultanan tersebut maka, apa yang dituntut atau disuarakan oleh Nur Misuari tidak membawa apa-apa makna kerana beliau bercakap tanpa asas dan tanpa hak yang pasti.  

Apatah lagi dengan terbuktinya kewujudan tangan-tangan asing yang menaja keganasan yang dibawa oleh Nur Misuari ke Sabah.  Ini menunjukkan bahawa tuntutan yang dibuat adalah tidak ikhlas dan mempunyai tujuan yang jauh lebih besar dari sekadar ingin merampas kembali Sabah.  

Malaysia tidak sebodoh itu untuk melihat semua ini sebagai agenda sempit sepasukan pengganas MNLF.  Tetapi, kita dapat membaca akan agenda kuasa asing untuk menguasai rantau ini melalui pihak pembangkang sama ada di Filipina mahupun di Malaysia.  

Jika benar, demokrasi yang dijulang maka, pihak yang menaja Nur Misuari pastinya bukanlah pihak yang layak bercakap tentang demokrasi.   Dan pihak mana lagi yang mempunyai begitu banyak dana untuk dilabur dan dilebur begitu saja demi cita-cita untuk menakluk dunia, jika bukan pihak yang mempunyai kaitan dengan kuasa besar dunia?   

Oleh itu, kesimpulan yang kita dapati dari episod Lahad Datu ini ialah Nur Misuari adalah alat Amerika, seperti juga sahabatnya, Anwar Ibrahim.  

LAHAD DATU Updates: Majlis Fatwa Untuk Semua, Dewan Ulama PAS Untuk Politik Semata!



Tanggal 6 Mac 2013 yang lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat para perajurit negara beragama Islam yang terkorban dalam misi mempertahankan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu & Semporna, Sabah adalah tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengumuman itu nyata disambut baik oleh khalayak umum dan mengubat kedukaan kaum keluarga yang sedang bersedih, di masa yang sama ia bagaikan satu suntikan semangat kepada ribuan perwira kita yang sedang berjuang menentang pengganas Kiram di medan tempur tika ini.

Bagaimana pun pada 17 Mac 2013 yang lepas, tak semena-mena Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib bagaikan cuba menjatuhkan moral perajurit negara apabila mempertikaikannya ketetapan Majlis Fatwa dengan membuat andaian sendiri yang kematian para perajurit itu hanyalah syahid dunia.

Kenyataan pemimpin PAS itu jelas bermaksud memperlekehkan pandangan pihak yang jauh lebih berautoriti, seolah-olah mahu menonjolkan dirinya berkedudukan lebih tinggi berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan.

Lebih mendukacitakan lagi apabila pada 19 Mac 2013 sekali lagi cuba memberi gambaran kepada umum bahawa syahid dunia jauh lebih baik berbanding syahid akhirat. Sedangkan hakikatnya kedudukan syahid akhirat berada di atas syahid dunia.

Syahid akhirat juga tidak terhad kepada orang yang mati lemas, mati dalam kebakaran atau wanita yang mati melahirkan anak, sebaliknya turut merangkumi orang Islam yang terkorban ketika mempertahankan harta benda, keluarga dan mereka yang mati ditembak kerana menjaga keselamatan negara.

Manakala syahid dunia sebagaimana disepakati para ulama hanya terhad pada orang Islam yang mati ketika peperangan yang niatnya bukan kerana Allah S.W.T, tetapi disebabkan faktor utama untuk membolot harta rampasan perang.

Adakah para perajurit kita di Lahad Datu berperang demi untuk membolot harta benda pengganas Kiram? Tentu sekali tidak. Malah mereka juga tidak pergi ke Sabah untuk merampas atau menjajah negeri itu, sebaliknya berjuang untuk pertahankan maruah dan keselamatan negara dari keganasan pengikut Kiram.

Tindakan Harun Taib memperlekehkan pandangan Majlis Fatwa mungkin menyenangkan hati penyokongnya tapi secara realitinya ia tidak pun menjadikan PAS kelihatan lebih tinggi. PAS cuma sebuah parti politik yang menggunakan label Islamik, manakala Majlis Fatwa kebangsaan tetap di tempatnya sebagai badan yang berautoriti di peringkat nasional.

Justeru itu, daripada PAS terus cuba meremehkan pandangan dan kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan, adalah lebih berbaloi untuk para pemimpin PAS bersatu hati dan fikiran dengan umat Islam yang lain dalam mendoakan semoga perajurit kita di Sabah tetap teguh berjuang.

Tuesday, March 19, 2013

LAHAD DATU Updates: Video Ini Buktikan Tian Chua Adalah Dalang Konspirasi Sebenar!!!




Tian Chua pernah menafikannya... kononnya dia difitnah oleh Keldaian Daily. 

Itu desperate move untuk selamatkan karier politiknya. Sanggup salahkan lidah rasmi pemfitnah mereka sendiri. 

Tak boleh tahan.. Tian Chua sudah tahu, dia bermain dengan api.  Apa nak buat, terpaksa kambing hitamkan Keldaian Daily. 

Fuhhh.. betul-betul desperate punya move. Sangap dan gersang. 

Tapi lu sulah kantoi maa... Itu bukan lu meh kasi cakap sama olang lamai? Lu betut-betut pandai bikin konspirasi mau hantam sama lain olang. 

Lu sulah kantoi maaa...

Konspirasi UMNO mehhh?  Rancauuuuu.... 

Persamaan Anwar Ibrahim & Nur Misuari Yang Perlu Anda Ketahui !!!

 
Nur Misuari Dakwa Malaysia Jajah Sabah dan Sarawak - AL JAZEERA, 18 MAC 2013


Rakyat perlu melihat semakin terdesaknya Nur Misuari mengalih perhatian dunia insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu sehingga sanggup terpaksa mempergunakan Al Jazeera untuk menghalalkan tindakan beliau untuk menawan Sabah secara kekerasan.

Ini adalah agenda sebenar beliau yang telah didedahkan melalui Wikileaks pada 11 Mei 2007, tidak lain adalah merampas kembali Sabah dari Malaysia. Pendedahan Bekas Mejar Jeneral Angkatan Tentera Filipina, Ben Dolorfino dicatatkan oleh Wikileaks.


Peguam MNLF, Ombra Jainal turut menegaskan Nur Misuari masih lagi belum boleh melupakan kemarahan dengan penangkapan beliau oleh kerajaan Malaysia dan menyerahkan beliau kepada pihak berkuasa Filipina pada Januari 2002.

Nur Misuari juga pernah mendedahkan pada waktu yang tepat, "MNLF akan menceroboh Sabah pada jam 5.00 pagi dan menguasai Sabah pada jam 7.00 pagi".

Layak digelar penceroboh dan pengganas, Nur Misuari juga mendakwa beliau mempunyai hak untuk menuntut Sabah menurut 'keturunan darah diraja' yang ada.

Fuad Kiram, yang mengisytiharkan dirinya Sultan Sulu memberikan pangkat keturunan "Datu" (Royal Prince) Kesultanan Sulu dan Borneo Utara (Sabah) kepada Nur Misuari sewaktu beliau dibawah tahanan dirumahnya pada 14 Mac 2002.

Pendedahan Ben Dolorfino ini turut membangkitkan kebimbangan Malaysia bukan sahaja terhadap niat Misuari terhadap Sabah, di mana beliau masih mempunyai ratusan pengikut setia, tetapi turut bimbang dengan perhubungan terbaru dengan tokoh pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim, yang dianggap sebagai "kenalan lama" oleh Misuari.


Dan semalam telah menoktahkan niat dan agenda sebenar beliau yang pernah didedahkan oleh Wikilieaks.

Nur Misuari mengambil kesempatan penuh temubual eksklusif bersama Al-Jazeera dengan menuduh Malaysia campurtangan hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak.


Rakyat perlu mengetahui Nur Misuari bukan lagi pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), namun masih lagi menggunapakai gelaran pengerusi MNLF sebagai batu loncatan untuk mendapat perhatian dunia dan media.

MNLF pun sebenarnya mengecam tindakan Nur Misuari mempergunakan nama pertubuhan itu dalam menghalalkan tindakan Jamalul Kiram III dan anggota pengganas, sebagai membalas budi Fuad Kiram yang menganugerahkan pangkat keturunan "Datu" kepadanya, agar merampas kembali Sabah.

Pengerusi sebenar MNLF, Muslimin Sema, menegaskan mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Jamalul Kiram III di Lahad Datu dan Semporna.

Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.

MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka.

"Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita.


"Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila.

Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu.

Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu.



Begitu juga dengan pendedahan yang dilakukan oleh Asree Sug, penulis buku TAUSUG & Kesultanan Sulu.

Beliau melihat insiden berdarah dan tragedi di Lahad Datu ini bukanlah perjuangan rakyat Sulu yang sebenarnya, namun lebih terdorong oleh kerakusan untuk merampas Sabah dari Malaysia.

Namun agak aneh dan pelik ...

Dua pemimpin pengganas ini, Jamalul Kiram III dan Nur Misuari, secara serentak melakukan dua kenyataan bersama semalam melalui dua media berasingan.


Pengganas Jamalul Kiram III melalui media PHILLIPINE STAR dan pengganas Nur Misuari melalui media AL-JAZEERA ...

Kedua-dua kenyataan pengganas ini secara total mahu merampas kembali Sabah dari Malaysia.

Pssstt, Anwar Ibrahim ... lu tak nak back-up ke pengganas-pengganas "kenalan lama" lu ni ...
 
Sumber: GWM

Wednesday, March 13, 2013

MESTI BACA: PANASSS... Lahad Datu Digemparkan Dengan Kehadiran Kapal Perang USS Guardian Milik Amerika Di Perairan Sulu!!!




Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit."

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.

Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.

Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

LAHAD DATU: Zul Nordin Sertai Konspirasi Terancang Malam Ini! Khalid Samad Pura-Pura Jadi Waris Sultan Sulu?


Jom turun malam ini. Untung-untung boleh tgk Khalid Samad kena sawan babi... tak pun kena sawan Sulu.. Muahahaha...


Lahad Datu: WOWWW..!!! Foto Bukti Tian Chua Dibayar UMNO Untuk Berkonspirasi Lagi!!!


Agak-agak korang lah... berapa Tian Chua dapat dari UMNO untuk buat pusingan U-Turn setelah mendakwa insiden pencerobohan dan tembak-menembak di Lahad Datu adalah konspirasi semata-mata? 

Foto di atas adalah "sandiwara" kerajaan negeri terhadap keluarga Allahyarham Korporal Muhd Azul Tukiran. 

Kenapa pula si Tian Chua nih tiba-tiba muncul untuk sama-sama menjayakan "konspirasi terancang UMNO" di Lahad Datu? 



Cibai lu Tian Chua... 

TERKINI: 2 Yang Gugur Terima Penghargaan, Dan Diterbangkan Ke Kota Bharu Untuk Pengkebumian



Pesawat yang sama akan menerbangkan kedua-dua jenazah ke Kota Bahru untuk dikebumikan di kampung halaman mereka di Kelantan.

Anggota yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan, manakala anggota yang cedera di pipi ialah Khairul Anuar Amar, 35, dari Langgar, Kedah.

Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Kementerian Pertahanan memutuskan bahawa kedua-dua perwira negara itu dinaikkan ke pangkat koperal penuh.

Al-Fatihah...

TERKINI: Jenazah Dua Perwira Negara Yang Gugur Tiba Di Pengkalan TUDM Subang



Petaling Jaya, 13 Mac - Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah.

Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu. 

Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb.

Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati.- BERNAMA

Al Fatihah...

Tuesday, March 12, 2013

TERKINI Lahad Datu: Seorang Lagi Perwira Negara Gugur!


Dukacita dimaklumkan seorang perwira negara yang cedera dalam insiden tembak menembak pada jam 10.30 pagi tadi telah meninggal dunia sebentar tadi. Ini mengikut maklumat tidak rasmi. GT baru sahaja menerima satu khidmat pesanan ringkas (sms) dari seorang kenalan dan GT masih menanti berita kesahihan tersebut. 

Dalam insiden tersebut, 3 orang pengganas telah mati dan dua lagi dipercayai cedera tetapi dapat melarikan diri. 

Operasi memburu saki baki pengganas masih diteruskan sehingga kini. Sementara itu, polis telah menahan kira-kira 6 orang suspek yang berkait dengan pengganas Sulu di Kg Bangau-Bangau.

Orang awam diminta jangan mendedahkan sebarang foto, atau maklumat berkenaan dengan pergerakan pasukan keselamatan negara di media sosial kerana dipercayai pihak pengganas menggunakan media tersebut untuk mengesan pergerakan operasi ini. 

Jumpa dan tembak... itu sahaja yang diperlukan oleh Perwira Negara terhadap pengganas Sulu. 

Fight For Our Right!!!




Antara Mereka Berdua, Yg Mana Anda Percaya?

GT serahkan kepada anda utk menilai. Pilihan ditangan anda.

posted from Bloggeroid

Monday, March 11, 2013

LAHAD DATU: Tian Chua Sahkan 3 Pemimpin PR Dibayar RM3 Juta Oleh UMNO???


Foto ini membuktikan bahawa ketiga-tiga pemimpin Fuckatan Harami ini terbabit secara langsung dalam konspirasi UMNO dalam insiden pencerobohan Lahad Datu. 

Pencerobohan Lahad Datu adalah konspirasi UMNO, mengikut dakwaan Tian Chua. 

GT pasti, mesti mereka-mereka ini telah dibayar oleh UMNO untuk menjadi "superstar" dalam sandiwara terbaru ini. 

Tidak sabar rasanya untuk GT ketahui, berapakah bayaran yang diterima oleh setiap seorang dari mereka kerana sudi turut sama berkonspirasi bersama UMNO. 

Perghhh... itu belum lagi seramai 6000 orang yang hadir sama di majlis pengkebumian Perwira Negara, Allahyarham Korporal Azrul Tukiran, di Kg Rantau Panjang Klang. 

Kalau 1 orang UMNO bayar RM50 untuk hadir berlakon sebagai extra di dalam konspirasi ini:

RM100 x 6000 = RM600 ribu

Berapa pula untuk bayaran pelakon utama seperti Teng, Manicka dan Charles pulak?  

Korang rasa berapa ek? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...