Bersama Berjuang

Showing posts with label TS Isa Samad. Show all posts
Showing posts with label TS Isa Samad. Show all posts

Friday, March 18, 2011

SERONOKNYA DIBAYAR GAJI UNTUK BALUN YANG MEMBAYAR GAJI!!!


Akhirnya YAB Perdana Menteri, DS Najib menerangkan kepada rakyat tentang isu perlantikan TS Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru.  

Perlantikan TS Isa sebenarnya adalah dari pengalaman luasnya dalam pentadbiran, pengurusan dan  kemasyarakatan.  

Isu ini menjadi topik bualan yang hangat dikalangan pihak pembangkang berhubung dengan "sejarah" TS Isa Samad sewaktu pemilihan UMNO suatu ketika dulu.  

Cili kasi taruk!, muncul pula golongan-golongan "intelligent" dalam sektor ekonomi yang mengatakan perlantikan itu akan hanya mengundang malapetaka kepada pasaran.  Perkara ini turut menjadi peluru PAS sewaktu PRK Kerdau baru-baru ini.

Individu "intelligent" ini pula masih dan sedang menikmati jawatan dan gaji yang lumayan, dibayar oleh GLC milik kerajaan!!!  

Seronoknya andai dibayar gaji untuk menghentam pihak yg membayar gaji!  It is called an intelligent move!

Wednesday, February 23, 2011

ZAFRUL ANAK EMAS WAHID? MAYBANK ANAK EMAS SIAPA?


Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Dato Seri Wahid Omar berkata bahawa kenyataan Zafrul terhadap perlantikan TS Isa Samad sebagai Pengerusi Felda adalah bersifat peribadi, dan bukannya atas kapasitinya yg mewakili Kumpulan Maybank.

Alasan DS Wahid ini saling tak tumpah seperti alasan2 yang diberi oleh pemimpin parti2 pembangkang apabila tersilap langkah.  Ini adalah nak cover!!!

Andai inilah alasan dari seorang leader GLC, maka selepas ini beliau layak untuk menghadiri forum pembangkang dan berkata bahawa DS Najib telah membuat keputusan yang salah dengan melantik TS Isa.  

DS Wahid kemudian boleh berkata bahawa ini adalah pandangan peribadinya, dan bukan atas kapasiti sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank!!!

Tidak dilupa bahawa KJ juga berhak memberi pandangan peribadinya seperti "Kalimah Allah???  Errr.. No komen!!!" atau "Saya menyokong saranan Tony Pua untuk menghapuskan kouta bumiputera untuk pemilikan rumah!  Ini pandangan peribadi saya, dan bukannya atas kapasiti sebagai KP UMNO!!!

Mohon maaf kepada pembaca sekalian, perumpamaan2  ini terpaksa GT gunakan untuk jawapan bodoh dari orang pandai.  GT sekolah atap jeerr...

Maaf dipinta atau maaf diberi, isunya disini ialah the damage has been done!!!

GT bersetuju dengan sahabat blogger Warisan 2057 yg menulis "Zafrul Anak Emas Wahid?".  KLIK SINI.

Sunday, February 13, 2011

MASIH ADA SINAR UNTUK KERJASAMA UMNO - PAS


Dalam simposium Dilema Melayu anjuran Aspirasi di PWTC baru-baru ini, TS Isa Samad telah berkata bahawa gabungan antara UMNO dan PAS adalah satu cita-cita yang sukar untuk direalisasikan.  Walau bagaimanapun, masing-masing boleh memainkan peranan dalam isu yg melibatkan Melayu dan Islam.  

GT bersetuju dengan pendapat beliau ini.  Kedua-dua parti politik ini sebenarnya mempunyai sejarah "rivalry" yang panjang.  Berkisar dari keluarnya PAS dari UMNO.  

GT menganggap gabungan antara UMNO dan PAS adalah hampir mustahil berikutan masing-masing mempunyai pemimpin yang pastinya bernafsu besar;  untuk menjadi ketua dalam mentadbir negara ini.  Walau bagaimanapun, gabungan bukanlah satu-satunya pilihan yang ada.  

Kerjasama atau perpaduan sebenarnya lebih praktikal di mana bergabung tidak diperlukan, namun portfolio atau bidang kuasa/tugas masing-masing dibuat dengan jelas, nyata dan terang.  GT tidak pernah putus asa untuk melihat kerajaan perpaduan di antara UMNO - PAS, yg menjadi tunjang perjuangan Melayu Islam dan juga bumiputera di negara ini.  

Anda bayangkanlah kekuatan ummah pada ketika itu, yang pasti akan membuat kafir dzimmi atau harbi tidak mampu untuk bertindak sewenang-wenangnya.  Malah, tidak mustahil mereka juga akan menyokong, disebabkan mereka sedar kekuatan kita, dan menentang kita bukanlah satu pilihan yang bijak.  

Semoga Allah memberi petunjuk agar perpaduan ini dapat dibina. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...