Bersama Berjuang

Showing posts with label Majlis Peguam. Show all posts
Showing posts with label Majlis Peguam. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Majlis Peguam Wajib Tutup Firma Zain & Co... Masalahnya, Majlis Peguam Pun Hamlau!!!



Beberapa akhbar sebelum ini telah melaporkan bagaimana Firma guaman Zain & Co telah bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih melalui sistem demokrasi.   Rakan kongsi firma tersebut, Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui SUARAM sebagai pertubuhan yang sah bagi meyakinkan peguam-peguam Perancis untuk mewakili pertubuhan tersebut dalam isu scorpene yang sebenarnya bukan isu.  

Apa yang mengejutkan ialah firma ini mendapat banyak kontrak guaman dengan kerajaan Malaysia.   Justeru, apa yang dilakukan oleh firma ini bukan setakat mengkhianati negara tetapi juga pelanggan mereka, sekali gus mengingkari peranan mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan, iaitu institusi yang sepatutnya memegang amanah tertinggi.  

Bagi seseorang yang tidak mengambil tahu hal politik, tentulah melihat tiada apa-apa yang salah dengan tajuk yang penulis pilih di atas, berdasarkan laporan akhbar tersebut.  

Namun, bagi yang cukup arif dengan perjalanan politik Malaysia tajuk yang penulis pilih itu amatlah melucukan.   Ini kerana, bagaimana kita menuntut Majlis Peguam mengambil tindakan ke atas Zain & Co. kerana bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sedangkan Majlis Peguam sendiri merupakan sebahagian dari keseluruhan perancangan yang sama? 

Tiada siapa boleh menafikan bahawa Majlis Peguam sering mengambil tindakan berat sebelah dan tidak professional dalam isu-isu yang membabitkan kerajaan Malaysia.   Contohnya, dalam isu demonstrasi BERSIH, beberapa pemerhati telah mendedahkan bagaimana Majlis Peguam telah memutuskan bahawa polis telah bertindak ganas dengan hanya berdasarkan bukti yang memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.  Manakala bukti yang dikemukakan oleh polis langsung tidak diberi perhatian.  

Sikap Majlis Peguam ini secara tidak langsung, membenarkan tuduhan pembangkang bahawa pendokong undang-undang Malaysia adalah korup dan tidak berintegriti.  Tetapi, yang peliknya, pihak yang tidak berintegriti dan korup itu semuanya memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.  

Lebih buruk lagi, Majlis Peguam tidak pula menunjukkan minat untuk menangani isu membabitkan ahli-ahli mereka yang bermasalah seperti menipu pelanggan, lembab dan terlibat dalam kes jenayah iaitu isu yang benar-benar melibatkan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan.  

Sikap Majlis Peguam ini tidak lebih seperti politikus jalanan yang suka mencari publisiti murah semata-mata untuk memburukkan kerajaan.   

Hakikatnya, kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Zain & Co. bukanlah kecil.  Jika tindakan gagal dikenakan ke atas mereka, akan dengan sendirinya membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem, seseorang, sesuatu pihak yang bertanggungjawab dalam undang-undang negara ini.  

Di masa yang sama, adalah lucu jika kita menyuruh  Majlis Peguam yang mengambil tindakan terhadap firma tersebut kerana harapan sebegitu samalah seperti menyuruh seorang ketua perompak mengambil tindakan terhadap anak buahnya, dalam rompakan yang dilakukan bersama. 

Peguam "Bersetubuh" Dengan SUARAM Untuk Menipu... Haram Jaddah Betul!!!



Rakan kongsi firma guaman, Zain & Co, Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebagai pertubuhan sah.

Ahli Parlimen Bebas, Wee Choo Keong berkata surat itu bagi meyakinkan peguam di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham supaya kedua-duanya bersetuju mewakili pertubuhan itu membawa kes pembelian kapal selam, Scorpene ke mahkamah negara berkenaan.

"Suaram terima berpuluh-puluh juta dan firma guaman ini seperti grand design untuk tutup kegiatan ini dan bagi memburukkan negara serta berniat jahat.

"Zain & Co yang berpejabat di Jalan Tun Perak juga memperoleh kontrak besar daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Kenapa Grand design kerana surat ini ditandatangani rakan kongsi syarikat guaman itu, Amir Hamzah. SUARAM bukan badan berdaftar, tidak sah tapi dalam surat rasmi kepada peguam di Perancis menyatakan SUARAM adalah badan sah melalui Suara Inisatif tetapi tidak kata sendirian berhad.

Pendedahan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembagunan 2013 Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, semalam.

Choo Keong turut mendakwa Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) menerima antara RM50 juta hingga RM70 juta yang kemudiannya disalurkan kepada SUARAM dan portal berita Malaysiakini.

"Rakan kongsi firma itu, Amir Hamzah terlibat dalam kegiatan Majlis Peguam dan keadaan ini kritikal kerana ia berlaku dalam negara ini dan membabitkan firma guaman yang besar," katanya.

Beliau meminta Majlis Peguam mengambil tindakan terhadap peguam itu kerana tidak profesional.

Choo Keong juga mempersoalkan kenapa Peguam Negara belum memutuskan sama ada siasatan terhadap SISB mempunyai bukti kukuh dan boleh dihadapkan ke mahkamah atau tidak kerana kertas siasatan sudah lebih sebulan dihantar.

Sementara itu, Menteri Perdaganagan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kes itu akan  diputuskan selepas Peguam Negara memperoleh kertas siasatan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS)

"Peguam Negara kata nak tunggu siasatan ROS baru tindakan bersama diambil (terhadap SISB), alasannya kerana ada hubung kait antara SISB dan SUARAM. Siasatan terhadap SUARAM dilakukan ROS dan ia bukan bawah kementerian ini," katanya.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati perniagaan SISB babitkan kegiatan seperti latihan, program pendidikan, perunding dan perdagangan (trading).

"Bagaimanapun dagangan membabitkan penjualan kemeja t hanya 0.06 peratus daripada kesuluruhan pendapatan syarikat itu dan ia sesuatu yang menghairankan, manakala semua punca pendapatannya daripada dana asing," katanya.  

Wednesday, October 3, 2012

Memorandum Bantahan Kepada Majlis Peguam Malaysia Oleh Kawan-Kawan GT!!!



MEMORANDUM BANTAHAN
KEPADA
MAJLIS PEGUAM MALAYSIA

Keamanan negara merupakan satu perkara yang tidak boleh dikompromikan bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara dapat  dinikmati oleh seluruh rakyat. Tanpa keamanan, negara akan jadi hura-hara, tyrani, ekonomi akan kucar-kacir, rakyat sengsara, masadepan anak Malaysia jadi tidak ketahuan.

Peranan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak dari sebelum merdeka telah memastikan hingga sekarang ketenteraman dan keamanan negara ini dapat kecapi hingga ke hari ini. PDRM telah diiktiraf sebagai antara pasukan polis yang terbaik di dunia apabila berjaya menyelesaikan antara 36% - 48% kes jenayah pada setiap tahun. Ini melebihi tahap piawaian INTERPOL iaitu 20 % daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun.

Berdasarkan pula kepada soal selidik bebas yang dilaksanakan oleh sebuah agensi bebas antarabangsa yang mengukur kepuasan masyarakat terhadap tugas yang dilaksanakan oleh PDRM, sebanyak 70.5 % daripada mereka yang berurusan di pejabat dan balai-balai polis telah menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan layanan yang diterima.

Namun kami amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia yang bersikap double standard dalam soal keamanan negara ini. Dalam banyak hal Majlis Peguam Malaysia telah mempersoalkan wibawa pasukan keselamatan dinegara ini terutamanya pasukan polis.

Majlis Peguam Malaysia dilihat gagal menyumbang kearah keamanan dan kesejahteraan dinegara ini. Badan ini dilihat sentiasa mencari salah dan mempertikaikan setiap inci tidak tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat.

Majlis Peguam Malaysia harus bersikap neutral dalam setiap isu, tanpa mengorbankan hakikat bahawa soal ketenteraman, keamanan, kesejahteraan, dan keadilan rakyat serta kemakmuran ekonomi negara menjadi matlamat. Badan ini harus bebas dari cengkaman anasir asing yang cuba menggangu gugat dan irihati terhadap keharmonian dan kemakmuran yang rakyat nikmati sekarang.

Kami rakyat Malaysia menggesa agar Majlis Peguam Malaysia memperjuangkan kedaulatan undang-undang dinegara ini tanpa memperjudikan nasib majority rakyat yang mahukan ketenteraman dan keamanan negara menjadi kriteria utama kehidupan yang lebih baik dinegara ini.

Kami rakyat Malaysia juga menyokong penuh usaha gigih dan berterusan PDRM untuk menggunakan segala kuasa yang ada didalam undang-undang untuk memastikan ketenteraman, keamanan, keharmonian, dan kemakmuran negara dapat dipertahankan.

PDRM sumber keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.


Yang memperjuangkan ketenteraman dan keamanan negara,

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) 

Jaringan Cina Malaysia (JCM)

Pertubuhan Waris Malaya

4 Justice

Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI)

2 Okt 2012

Wednesday, May 23, 2012

PANASSS... Anwar Menang Kes Liwat Saiful Bukhari Kerana "Kowtim" Yusof Zainal Abidin?



BUKAN sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar dalam isu Bersih pagi tadi. Semuanya gara-gara melihat peguam yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari.  Ia seolah-olah melihat Mahathir berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.

Sementara ramai yang beranggapan, Anwar menang kes tersebut kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.

Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, GT tidak pasti, tapi GT yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku.  Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius

Sekarang fahamlah kita kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan.  Fahamlah kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari.  Soal kebenaran disebalik ‘isu’ yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.

Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini?  GT yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.  

GT percaya, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.

Yusof tidak perlu menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti yang dilakukannya sebentar tadi.  Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.

Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan.  Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.

Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat.  Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan?  Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.

Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.

Tuesday, May 15, 2012

Majlis Peguam Menerima Undi Bukan Ahli Dalam EGM Mereka, Apa Makna BERSIH?



Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam yang diadakan Jumaat lepas untuk membincangkan Perhimpunan BERSIH 3.0 menyaksikan pertelagahan pendapat di antara ahli-ahli yang hadir.  

Beberapa orang ahli majlis tersebut mengkritik sifat berat sebelah dan tidak professional Majlis Peguam dalam membincangkan resolusi kerana jelas pihak jawatankuasa telah menyembunyikan sebahagian fakta dari dibentangkan dalam perbincangan.  Dalam mesyuarat tersebut, hanya video yang menunjukkan polis memukul perusuh yang ditayangkan sementara video yang menunjukkan keganasan sengaja dicetuskan oleh perusuh langsung tidak ditunjukkan walaupun pihak mereka memilikinya.

Berdasarkan pembentangan fakta yang tidak lengkap itu, Majlis Peguam kemudian telah memutuskan resolusi yang seratus-peratus menyalahkan pihak polis.  Kesalahan pihak penganjur dan perusuh yang mengingkari undang-undang pula langsung tidak diambilkira.  

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga rungutan mengenai kehadiran pelajar ‘chambering’ di EGM tersebut yang turut mengundi usul yang dibentangkan sedangkan mereka tidak layak untuk mengundi.   Ini menyebabkan ramai ahli yang tidak puas hati dan mendesak agar Mesyuarat tersebut diumumkan sebagai tidak sah.  

Menurut Presidennya, Lim Chee Wee, resolusi tersebut tidak boleh dipertikai tetapi pihak yang mempertikai boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.  Alasan beliau, ahli-ahli punya hak untuk bertentangan pendapat.  Dalam ertikata lain, Majlis Peguam berhak membuat keputusan apa saja walaupun terdapat fakta yang disembunyikan serta dikira di atas undi yang tidak sah. 

Jika Majlis Peguam sendiri tidak menitikberatkan undang-undang, atas dasar apa lagi harus kita hormati mereka sebagai pengamal undang-undang? 

Walaupun Majlis Peguam cuba menafikan tetapi umum sedia maklum bahawa Majlis Peguam adalah proksi kepada Pakatan Rakyat.  

Maka, amat bertepatan untuk Majlis Peguam digelar BARua COUNCIL kepada Pakatan Rakyat.  Praktisnya persis apa yang berlaku dalam pemilihan Cabang PKR, dengan menipu undi serta menafikan undang-undang.

Justeru, tidak mustahil tindakan Majlis Peguam ini adalah berdasarkan undang-undang baru yang bakal diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat (PR) jika mereka memerintah.  

Dalam undang-undang PR ini, mana-mana rakyat yang tidak puas hati terhadap sesuatu perkara boleh berarak di mana saja, mengganggu sesiapa saja dan menceroboh mana-mana kawasan larangan bagi  menyatakan ketidakpuasan hati mereka.  Jika dihalang oleh pihak berkuasa, maka mereka berhak mengganas dan pihak berkuasa tidak boleh sama sekali mengambil tindakan terhadap mereka.  

Selain itu, undang-undang baru ini juga membenarkan pihak pengamal undang-undang untuk menyembunyikan mana-mana bukti atau fakta yang tidak memberi keuntungan atau tidak menepati kepentingan mereka.  Hukuman juga boleh dijalankan dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.  

Kita telah pun menyaksikan undang-undang ini dipraktikkan oleh Majlis Peguam sendiri hari ini, serta dalam pemilihan parti PKR suatu ketika dahulu di mana membawa kepada pergaduhan besar dan memaksa beberapa pemimpin dan ahli keluar parti.  

Mungkin Majlis Peguam perlu ‘merasa ubat mereka sendiri’ (a taste of their own medicine) sepertimana yang dilalui oleh Ambiga, bekas Presiden mereka serta Penganjur BERSIH 3.0 baru-baru ini.   

Apabila Ambiga ‘disuapkan’ dengan Perhimpunan Aman oleh para peniaga di hadapan rumahnya, beliau tiba-tiba melenting dan meroyan marahkan para peserta.  

Justeru, kita agak, mungkin Lim Chee Wee juga ingin sangat merasa ubat yang sama iaitu mengundang Perhimpunan Aman di hadapan rumahnya pula.  Lebih elok jika perhimpunan tersebut bertukar ganas dengan para peserta memprovok, mencabar, menghamun, mencacinya, dan kemudiannya melompat dan memusnahkan keretanya serta mencederakannya.  

Dalam pada itu, pihak polis adalah dilarang sama sekali untuk masuk campur atau akan didakwa oleh Majlis Peguam sebagai ‘keganasan polis’.  

Apa kata Lim Chee Wee?

Friday, May 11, 2012

BERSIH 3.0: Bila Majlis Peguam Sendiri Tidak Akur Pada Undang-Undang, Baik Tukar Nama Jadi Majlis Kandang Babi!



Buat kesekian kalinya, Majlis Peguam menyerlahkan siapa sebenarnya mereka, iaitu salah satu dari beberapa badan atau pertubuhan yang merupakan rangkaian dari parti pembangkang.   

Badan atau pertubuhan rangkaian dari parti pembangkang boleh dilihat dalam berbagai bentuk, antaranya BERSIH, Kumpulan Hijau dan bermacam-macam lagi yang memakai nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).    Tidak musthail, jika diteliti, ahli-ahli kesemua kumpulan ini hampir semuanya adalah orang yang sama dan juga mempunyai modus operandi yang sama iaitu cuba membuat huru-hara melalui demonstrasi atau provokasi.  

Inilah yang terjadi dalam BERSIH 3.0 di mana BERSIH membuat demonstrasi sementara Majlis Peguam membuat provokasi. 

Sebagai peguam, ahli-ahli mereka pastinya cukup bijak memutarbelit dan memanipulasi fakta. Dan inilah yang mereka lakukan selama ini demi untuk mencapai matlamat ‘merombak’ Malaysia mengikut acuan yang mereka inginkan.   ‘Bentuk’ Malaysia yang mereka inginkan boleh dilihat dalam isu-isu yang diperjuangkan mereka.  Antaranya, hak LGBT dan juga hak untuk murtad, yang mana dianggap mereka sebagai hak asasi dan keadilan bagi manusia sejagat.  

Bagaimanapun, bagi mencapai matlamat ini di Malaysia, agama Islam, Melayu dan Raja-raja menjadi penghalang utama dan kerana itu perlu dihapuskan, sama ada melalui pilihanraya yang mana peluang mereka adalah agak tipis, atau melalui jalanraya, atau apa saja.  

Maka tidak hairanlah Majlis Peguam menjadi rangkaian pembangkang kerana pembangkang, iaitu DAP dan PKR juga berpegang kepada matlamat yang sama.    PAS walaubagaimanapun, tidak faham dan tidak tahu apa-apa dan hanya menurut saja asalkan ada peluang untuk ke Putrajaya. 

Apabila BERSIH 3.0 gagal, dan menjadi senjata makan tuan kepada pembangkang, maka Majlis Peguam pantas membela sekutu mereka bagi memastikan matlamat untuk memburukkan Malaysia tercapai.    Dengan itu, mereka telah bertindak menutup mata dan telinga tentang hakikat bahawa BERSIH 3.0 telah melanggar undang-undang sejak dari mula lagi apabila tidak menunaikan janji untuk ‘Duduk dan Bantah’ dengan aman.  

BERSIH 3.0 juga melanggar undang-undang dengan mengingkari arahan polis untuk bersurai.  

Dan kemuncaknya BERSIH 3.0 telah melanggar perintah mahkamah bahawa Dataran Merdeka adalah haram bagi mereka.  

Undang-undang dan mahkamah adalah dua perkara yang seharusnya diangkat bagaikan ‘berdaulat’ bagi para peguam.  Malah, dalam perbicaraan, sekiranya pihak pendakwa memperolehi bukti secara tidak sah, walaupun bukti tersebut jelas merujuk kepada pesalah, peguam akan berhujah agar pesalah wajib dibebaskan dari tuduhan.  Begitulah tingginya kedudukan undang-undang dan mahkamah bagi para peguam sehinggakan ia mengatasi keadilan itu sendiri. 

Namun, dalam isu BERSIH 3.0, Majlis Peguam telah berhujah dengan tidak berdasarkan undang-undang mahupun keadilan, tetapi emosi dan sentimen politik semata-mata.  

Ini terbukti apabila Majlis Peguam bersikap bacul dengan memanipulasi laporan daripada 78 sukarelawan yang memerhatikan BERSIH 3.0 dari enam penjuru.  


Perkara ini didedahkan sendiri oleh seorang peguam, Ranjit Singh Dhillon melalui rakaman video youtube mempersoalkan kenyataan bercanggah oleh Pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee serta tindakannya menyembunyikan perkara sebenar tentang bagaimana keganasan tercetus dalam BERSIH 3.0.  Menurut laporan tersebut, perusuh telah terlebih dahulu mengganas sebelum polis bertindak balas.  

Kata Ranjit, "Undang-undang adalah sesuatu yang khusus. Kita sepatutnya berkhidmat untuk rakyat. Laporkan apa yang sebenarnya berlaku dan serahkan kepada rakyat untuk menilai,"

Kita bernasib baik, masih ada peguam yang waras dan professional seperti Ranjit dalam negara ini.  Jika tidak, bagaimana negara boleh berfungsi dengan baik apabila peguam-peguam asyik membela pesalah tanpa langsung mengambil kira kebenaran, keadilan, undang-undang mahupun perintah mahkamah.  

Tidak tahulah sama ada Majlis Peguam masih mempunyai sedikit maruah untuk merasa malu apabila sikap berat sebelah dan tidak adil mereka terdedah.  Kita harap Majlis Peguam dapat belajar sesuatu dari pendedahan ini iaitu hak asasi manusia itu tetap tertakluk kepada undang-undang.  Justeru, walau apapun kecenderungan politik, prinsip hidup atau kepercayaan agama, setiap seorang rakyat termasuk juga para peguam, adalah wajib akur kepada undang-undang.  

Bukankah ini perkara paling asas dalam bidang guaman?

Wednesday, May 9, 2012

PANASSS... BERSIH 3.0: Peguam Ranjit Singh Bidas Penipuan Bar Council!



Salah seorang daripada ahli Majlis Peguam (Bar Council) telah muncul di YouTube dan meminta agar Majlis Peguam memberi sebab terhadap segala keganasan yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 3.0 didalam laporan mereka.

Dalam video selama tujuh minit tersebut yang dimuatnaik pada tiga hari yang lalu, peguam, Ranjit Singh Dhillon berkata bahawa Pengerusi badan tersebut, Lim Chee Wee telah 'termakan senjata sendiri' melalui kenyataan bercanggah yang dibuat terhadap provokasi kepada pihak polis yang dilakukan oleh peserta-peserta.

"Dia (Lim) adalah seorang ketua terhadap sebuah badan professional dan didalam laporan dsebanyak 26 mukasurat tersebut, segala apa yang ditulis adalah bercanggah.

"Undang-undang adalah sesuatu yang khusus. Kita sepatutnya berkhidmat untuk rakyat. Laporkan apa yang sebenarnya berlaku dan serahkan kepada rakyat untuk menilai," kata Ranjit terhadap laporan tersebut.

Beliau berkata bahawa pada peringkat awal laporan tersebut, Majlis Peguam menyatakan bahawa tiada provokasi dilakukan terhadap pihak polis pada awalnya. Provokasi hanya dilakukan di saat-saat akhir perhimpunan.

Ranjit menyatakan bahawa beliau agak terkejut apabila Lim tidak menyatakan apa-apa terhadap apa yang menyebabkan berlakunya keganasan di Dataran Merdeka ketika perhimpunan tersebut, dan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa walaupun setelah penghadang polis dimusnahkan, pihak polis tidak berganjak sehingga peserta masuk sejauh 50 meter dari penghadang tersebut.

Laporan tersebut adalah berdasarkan pemerhatian 78 sukarelawan dari majlis tersebut dan mereka memerhatikan perhimpunan tersebut dari enam penjuru.

Mereka memfokuskan bahawa keganasan pihak polis adalah lebih teruk berbanding dengan tindakan mereka pada perhimpunan yang sebelumnya, Bersih 2.0.

Ranjit berkata, kebebasan untuk berhimpun di negara-negara demokrasi perlu ada batas dan syarat-syarat tertentu.

Apabila membandingkan kedua-dua perhimpunan, beliau berkata bahawa peserta Bersih 2.0 merempuh masuk ke Dataran Merdeka walaupun kawasan tersebut tidak meluluskan permit mereka untuk berhimpun di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, penganjur Bersih 3.0 masih mahukan Dataran Merdeka walaupun pihak berkuasa telah menawarkan Stadium Merdeka kepada mereka.

Beliau bersetuju bahawa perhimpunan Bersih adalah satu perhimpunan antara NGO-NGO, tetapi, beliau berkata bahawa perhimpunan seperti itu akan sering disertai oleh pemimpin-pemimpin politik yang mahu berkerjasama dengan pihak penganjur.

Sunday, January 15, 2012

Bar council Tidak Faham Bahasa Melayu??? Biar GT Terjemahkan!!!



Kenyataan Media

GAPS mengalu-alukan kenyataan Bar Council yang memberikan pandangan dalam setiap isu yang menyentuh masyarakat. Namun kenyataan Bar Council dalam isu Liwat 901 amat tersasar jauh dari prinsip Hak Untuk Di Dengar yang antara lain menjadi maxim penting dalam keadilan sejagat.

Tingkat mahkamah dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan merupakan antara pertimbangan untuk memastikan Hak Untuk DiDengar diberikan kepada tertuduh dan mangsa dalam mana-mana kes yang dibicarakan dinegara ini.

Gesaan Bar Council yang mendesak Jabatan Peguam Negara tidak membuat rayuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901 merupakan sekatan yang cuba di buat kepada mangsa dalam kes yang tragis ini.

Gesaan ini boleh ditafsirkan sebagai sikap Bar Council yang double standard dan diskriminasi dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat dimana hanya mempertahankan golongan feudal dan atasan manakala cuba menindas golongan rakyat marhaen yang teraniaya.

Gesaan ini juga boleh dilihat usaha untuk menjuruskan kepada sistem undang-undang rimba dan menolak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dalam sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia.

Hak mangsa dan tertuduh harus diadili hingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi di negara ini. Penindasan terhadap hak ini adalah kezaliman pemerintah kepada rakyat yang diperintah.

GAPS ingin mendesak Jabatan Peguam Negara memfailkan segera Notis Rayuan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901.

Justice For Rakyat = Justice for Saiful


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

13 Januari 2012.

GERAKAN TIMUR:


Sememangnya kita tahu bahawa Bar Council sangat pro kepada Anwar, Ambiga dan Aziz (Nik).  And that's what we call 3 Asses!  

Afraid that Bar Council may have difficulty to understand bahasa Melayu, I hereby would like to be a translator to Bar Council, that Hak Untuk Didengar will be pronounced, in English, as Chance To Be Heard. 

FCUK U!!!

Monday, September 12, 2011

Sembang Rakyat - Video Tentang Majlis Peguam...



GT akan terus memerhatikan pergerakan Majlis Peguam.

Kerana apa?  Anda tahu jawapannya...

Friday, August 26, 2011

Majlis Peguam Bersuara Lagi Bagi Pihak Fuckatan!!! Hak Rakyat Cuba Dinafikan!!!

Fuckatan selalu mempromosikan kebebasan, segalanya.. bersuara melalui media, kebebasan agama kononnya.  

Dan Majlis Peguam semakin dilihat sebagai "unit khas" yang menyokong pergerakan Fuckatan dengan IFC mahupun Bersih, yang kononnya mahu kan pilihanraya yang telus.  

Namun mengapa pula mereka menggelupur apabila video pemeriksaan JAIS tersebar di blog-blog?  Bukankah ia sebahagian daripada kebebasan media yang diperjuangkan?

Rupanya Majlis Peguam takut kerana rakyat dapat melihat insiden yang berlaku secara live dan real!  Bukankah ia juga "telus" untuk rakyat?  Dan pendedahan video ini pastinya menyebabkan juak-juak pembangkang tidak dapat spin apa jua fakta, kerana rakyat dapat menilai kebenaran hakiki.  

Politik beb... takkan nak Mat Sabu atau Ronnie Liu yang mempertikaikan?  Maka cara yang terbaik, suruh satu lagi badan yang kononnya independent, walau hakikatnya pro kepada mereka untuk mewujudkan isu ini.  Barulah ahli politik fuckatan terselamat dari kritikan berhubung isu kebebasan media.

GT pasti rakyat sudah tahu pendirian Bar Council melalui movement mereka.  IFC dan Bersih bukanlah satu lagi rahsia bahawa mereka berminat untuk campurtangan dalam hal ehwal politik negara.  Satu Malaysia mengenali siapa Ambiga.

Sibuk dengan lafaz kebebasan dan ketelusan, rupanya itu sekiranya ia memihak kepada mereka, tetapi tidak sekiranya merugikan politik mereka.  Hak rakyat yang dilaungkan hanyalah retorik semata!  Double standard!!!
Jangan terkejut kalau ramai ahli mereka yang akan bertanding sebagai calon bagi Fuckatan.  

Wednesday, July 13, 2011

Majlis Peguam Ingin Menyaman PDRM Gara-Gara BeerShit ???

Majlis peguam kata Polis gunakan kekerasan yang melampau!

Mgkin Lim Chee Wee terlupa, perhimpunan itu haram di sisi undang-undang.  Dan sebarang tindakan mencabar pihak berkuasa, semestinya tindakan tegas harus diambil.

Takkan nak Polis gemalai ala-ala ucop wilca sambil menari caklempung semasa nak tahan PERUSUH?  FRU contohnya, bukanlah dari Kebajikan Masyarakat! 

Jangan lupa, polis sediakan tempat tahanan yang baik, siap dengan penyediaan makanan BUFFET dan tempat menunaikan ibadah. Apa yang melampaunya?

Tgk video Tian Chua dibawah ini... 


Siapa yang cuba menyerang siapa?  Siapa yang melampau?

GT tidak hairan, kerana Majlis Peguam dipenuhi dengan "najis-najis" AmPIGa sendiri.  Lantas, wajarlah sekiranya kenyataan itu menyokong AmPIGa.

Yang menghairankan, bagaimana pula Majlis Peguam naif tentang undang-undang untuk berhimpun seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan?  Ada orang kata pada GT, diorang professional, so kita kena ikut!

Itulah kita.  Asyik mengikut, mengangguk dan membontoti.  Tak pernah cuba mengenal dan faham Perlembagaan negara sendiri.  AmPIGa kata lawan... turunlah berduyun-duyun lawan. Nik Aziz kata haram.. ikut haram!  

Jgn esok Nik Aziz kata kambing itu jelmaan Imam Mahadi, korang percaya sudahlah!

GT sokong saranan GAP, sudah sampai masanya Muslim Bar Council digagahperkasakan!

Untuk majlis peguam, selaras dengan sokongan mereka terhadap IFC dan BeerShit, GT sarankan tukar lambang majlis mereka seperti dibawah:

Friday, February 18, 2011

MAJLIS PEGUAM CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS RAKYAT???


Majlis Peguam menjangkakan kos guaman akan meningkat sebanyak 400%. 

Apa relevennya kenaikkan kos ini?

Alasannya, berbagai sistem yang diperkenalkan yang dapat memendekkan tempoh perbicaraan menyebabkan beban tugas peguam semakin meningkat.  

Apa punya alasan dari golongan yang dikategorikan sebagai intelektual. 

Apabila kes tertangguh, yuran tetap dikenakan oleh peguam.  Siapa untung?

Apabila kes selesai cepat, maka rakyat tidak perlu membayar kos guaman yang berterusan.   Bukankah ia mengungtungkan rakyat??? 

Pernah korang tgk peguam miskin???  

Adakah ini satu lagi bentuk serangan untuk membakar sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan menjangkakan kenaikan kos guaman yang berpunca dari penambahbaikan sistem ini untuk rakyat?

Majlis Peguam seharusnya lebih bertanggungjawab kepada rakyat.  Bukan mencari kesempatan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...