Bersama Berjuang

Showing posts with label PRK Merlimau. Show all posts
Showing posts with label PRK Merlimau. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

KEPUTUSAN RASMI: KITA MENANG!!! SYUKUR!!


Alhamdulillah...

Di Merlimau calon BN Roslan Ahmad Menang BN mendapat 5962 undi manakala PAS mendapat 2319 undi. 

Majoriti 3643 undi

Di Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad Menang BN mendapat 5060 undi manakala PAS mendapat 2336 undi.  

Majoriti 2724 undi

BN MENANG!!!!


Barisan Nasional barisan kita
Penegak wawasan rakyat malaysia
Membina satu bangsa berjaya
Itulah wawasan kita
Berpadu kita rakyat semua
Menuju malaysia jaya
Barisan Nasional parti kita
Parti untuk rakyat jelata
Khidmat kami untuk semua
Tanpa mengira bangsa
Barisan Nasional barisan kita
Penegak wawasan pembela bangsa
Membina satu bangsa berjaya
Itulah wawasan kita

repeat

Membina satu bangsa berjaya
Itulah wawasan kita

KEPUTUSAN TERKINI: PENANDA JAHILIYAH PAS DITOLAK RAKYAT!


Keputusan belum rasmi setelah selesai pengiraan undi di PRK Kerdau & Merlimau

N28 Kerdau
BN 5060
PAS 2336
MAJORITY 2724


N27 Merlimau
BN 5917
PAS 2317
MAJORITY 3684 

Sinar kemenangan menanti rakyat!  

SELAMAT MENGUNDI KEPADA ORANG KERDAU & MERLIMAU!!!



GERAKAN TIMUR ingin mengucapkan selamat menunaikan kewajipan kepada semua pengundi-pengundi di Kerdau dan Merlimau.  

GERAKAN TIMUR dengan ini mengajak, meminta, memohon agar pengundi-pengundi di kedua-dua tempat ini berfikir dengan bijak dalam memilih calon-calon yang berwibawa untuk mewakili suara rakyat.  

Oleh itu, UNDILAH BARISAN NASIONAL!!!

Thursday, March 3, 2011

PRK MERLIMAU: GERAKAN TIMUR MENCABAR CALON PAS UNTUK BUKTIKAN KESAHIHAN AKADEMIKNYA!


Heboh di Merlimau bahawa calon PAS menipu taraf pendidikannya dalam mengimbangi pencapaian akademik calon BN.  

Flyer diatas menyatakan bahawa calon PAS ini mempunyai diploma tassawuf islam.  Ini agak meragukan berikutan tidak dinyatakan institusi mana yang menganugerahkan diploma tersebut.  Terdapat cerita yang mengatakan bahawa diploma ini dikeluarkan oleh institusi yang dimiliki oleh PAS.  

Ada juga versi yang mengatakan bahawa diploma ini palsu dan rekaan semata-mata.  Cukuplah bapa saudaranya ditipu RM100 ribu, GT tidak mahu rakyat pula ditipu.

Calon BN Kerdau yang difitnah telah membuktikan kesahihan taraf akademiknya.  Atas prinsip keadilan dan kebenaran, demi Islam, GT juga ingin memberi peluang kepada Hasanudin membersihkan dirinya dari khabar angin ini.

DENGAN INI GERAKAN TIMUR INGIN MENCABAR HASANUDIN UNTUK MEMBUKTIKAN KESAHIHAN TARAF KELAYAKAN AKADEMIKNYA!!!

Wednesday, March 2, 2011

PRK MERLIMAU: GEMPAR!!! CALON PAS LESAPKAN RM 100 RIBU!!!


Gempar!!!  Andai calon BN Kerdau dibantu oleh bapa saudaranya berkempen, calon PAS Merlimau juga dibantu oleh bapa saudaranya.

Bapa saudara Yuhaizad mendesak agar calon PAS itu menarik diri dalam masa 24 jam dari bertanding sebagai wakil rakyat berikutan telah melesapkan wang berjumlah RM 100 ribu milik bapa saudaranya!!!  Perkara ini pernah diajukan kepada PAS Melaka sebelum ini bertujuan untuk memujuk Yuhaizad mengembalikan wang tersebut.  Namun tiada sebarang tindakan dari peramPAS.

Dasar penyamun berketayap!  Mmg sial calon PAS ini.  Duit pak sedara pun dia sapu, duit rakyat lagi la.  

Tuesday, March 1, 2011

PRK MERLIMAU: MAKCIK KEDAI MAKAN BAGI FLYING KICK KAT JENTERA PAS!


Niat seorang pembantu Yuhaizat Abdullah untuk menunjuk pandai di sebuah kedai di Merlimau Lama, akhirnya memakan diri, bahkan memalukan bukan sahaja dirinya bahkan Yuhaizat Abdullah, ADUN Kubang Rotan Nasir Mustafa dan beberapa orang anggota rombongan calon PAS meraih undi.

Pembantu berkenaan dalam cubaannya untuk mencuba masakan berkata:

“Takkan hari-hari nak masak asam pedas kakak, kita tukarlah masakan lain, cuba dulu,” katanya yang merujuk penguasaan BN di Merlimau sejak sekian lama.

Namun, cubaan itu dibalas oleh wanita pemilik kedai berkenaan yang berkata: “Lauk memang boleh tukar encik, tapi kalau kerajaan, biarlah yang ada ini (BN).” (MALAYSIAN INSIDER)

Kadang-kadang tunjuk pandai ni memang bagus, terutama kalau khalayak adalah golongan yang kurang pandai. Tetapi lebih banyak masanya, tunjuk pandai menjadi masalah besar apabila orang yang cuba menunjuk pandai sebenarnya tidaklah lebih pandai daripada orang yang cuba ditunjuknya.

Apa yang berlaku di Merlimau Lama, mungkin menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh Yuhaizat Abdullah, apatah lagi, peribadinya mulai diragui terutama dengan penipuan keahliannya dalam Gerakan Belia 4B, diploma tasawwur dari ILHAM yang dilaporkan mudah dibeli, track-record kerjanya di Siemen Semiconductor yang dikatakan kerap ponteng dan bermasalah di tempat kerja, selain menumpang isterinya seorang guru di kuaters perumahan guru.

Sumber:  The Flying Kick

GERAKAN TIMUR:
Berkali-kali GT tulis untuk amaran kepada anda semua walaupun GT bukan menteri amaran.  Inilah ciri-ciri bAhlul PAS, iaitu tidak bersyukur dan berterima kasih serta bebal!

GT selalu labelkan mereka begini.  Otak terbahagi kepada 3 bahagian; medula oblongata, serebrum dan serebelum.  Tapi puak2 PAS ini berfikir menggunakan KEPALA LUTUT!

Muaaahahahahahaha....

Friday, February 25, 2011

PRK MERLIMAU: PAS BOHONG LAGI???


Sinar Harian telah melaporkan bahawa calon PAS PRK Merlimau berpengalaman luas di dalam pertubuhan seperti Belia 4B.  Belia 4B adalah persatuan belia yang menyokong aspirasi kerajaan Malaysia.


Apa yang sebenarnya dilaporkan oleh Sinar Harian?  Adakah benar bahawa calon PAS Merlimau adalah ahli Belia 4B?  Atau ini satu pembohongan oleh PAS? 

Setiausaha Kehormat GB4B Kawasan Jasin telah membuat kenyataan menafikan laporan dari Sinar Harian ini dan memohon agar Sinar Harian menarik laporan itu.
KLIK SINI,

PRK MERLIMAU: JENTERA PEMUDA UMNO SEMAKIN BERSEMANGAT!!!


Jentera Pemuda UMNO di PRK Merlimau kali ini akan bertambah kekuatannya dengan penubuhan cawangan baru di Kg Chinchin dengan penyertaan seramai 78 ahli baru Pemuda.  

Borang keahlian menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh 78 pemuda kampung tersebut kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pada satu majlis bersama penduduk kampung tersebut kelmarin.

Tahniah GT ucapkan kepada Pemuda UMNO Melaka atas kejayaan ini.  Kerahkan sepenuh kekuatan untuk memastikan PAS hilang wang deposit di Merlimau!!!

Thursday, February 24, 2011

PRK MERLIMAU: CALON BN TELAH DIUMUMKAN!!!


Calon BN untuk PRK Merlimau telahpun diumumkan.  Seperti calon BN Kerdau, GT pasti calon Merlimau ini juga punya ciri2 "winnable candidate".  Ayuh kita kenali calon BN ini. 

Nama: Roslan Ahmad
Tempat Lahir: Merlimau Pasir
Umur: 44 Tahun
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Zalifah Hj. Omar
Anak: 4 Orang ( 3 lelaki, 1 perempuan)
Kerjaya: Pengurus Unit Pembangunan Perniagaan dan Sosiol Ekonomi di Perbadanan Melaka Holding Sdn Bhd.

Pendidikan
i. Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau
ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau
iii. Sekolah Menengah Teknik Melaka
iv. Maktab Adabi Muar
v. Diploma Pentadbiran dan Perniagaan di Institiut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Kuala Lumpur / Swansea Institute Higher Education (S.I.H.E) UK.
Pengalaman Politik
i. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Merlimau (1998-2008)
ii. Ketua Penerangan UMNO Cawangan Merlimau (2008-2011)
iii. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Jasin (1998-2001)
iv. AJK Pemuda UMNO Bahagian Jasin merangkap AJK Biro Pendidikan Pemuda UMNO Negeri Melaka (2001-2004)
v. AJK UMNO Bahagian Jasin merangkap Pengerusi Biro Belia dan Sukan Bahagian Jasin (2008-2011) – MediaUMNO
GT ucapkan selamat berkempen kepada beliau.  Juga, kerja keras dari jentera BN keseluruhannya.  Kemenangan mudah yang diwar-warkan tidak seharusnya menjadi BN leka.  Ini kerana pengurangan jumlah majoriti akan membuatkan PAS meraih kemenangan moral. 
Haramkah akan memainkan isu ini 7 hari 7 malam...

Monday, February 21, 2011

ALLAH MAHA BESAR: MESEJ PENTING UNTUK ORANG MERLIMAU!!!


Isu YBK sangat merugikan rakyat Selangor.  Hak orang miskin dan anak yatim telah dinafikan oleh Khalid Gagap.  Bukan itu sahaja, hak rakyat untuk menikmati pembangunan dari terbinanya UITM kampus Serendah telah terkubur tanpa nisan.  

Pembinaan kampus yang seharusnya menjadi pemacu ekonomi untuk kawasan2 sekitar Hulu Selangor hanya tinggal mimpi.  

Kezaliman rejim Khalid yang menindas rakyat Selangor akhirnya memaksa YBK membawa projek ini ke Merlimau.  Pembinaan UiTM menjadi bukti bahawa orang Merlimau akan menikmati pembangunan ekonomi yang lebih pesat nanti.  Pembinaan ini juga bakal menyaksikan peluang pembelajaran kepada anak-anak bangsa, tanpa mengira anak orang PAS atau PKR. 

UiTM di Merlimau yg akan dibina adalah airmata rakyat Selangor.  Itu adalah hak rakyat Selangor, namun dinafikan bulat-bulat oleh rejim anti-melayu DAP Selangor pimpinan Khalid gagap.  

Allah maha Besar, PRK Merlimau yang akan berlangsung sebenarnya memberi mesej penting kepada orang Merlimau.  Bukti kekejaman Fuckatan Selangor berada di hadapan mata anda.  
ORANG MERLIMAU, JANGAN ULANGI KESILAPAN PENGUNDI SELANGOR!!!

Tahniah kepada DS Ali Rustam yg bertindak bijak dan pantas demi pembangunan negeri dan rakyat Melaka.  Rakyat Merlimau harus berbangga dengan kepimpinan Ketua Menteri Melaka. 

p/s - nantikan laporan SSDE Pendamaran Jaya dan Sri Andalas pada jam 10.30 dan 12.03 nanti..

Saturday, February 19, 2011

PRK MERLIMAU & KERDAU SERENTAK: SELAMAT BERJUANG, SAHABAT BLOGGERS!!!


Confirmed!!!  PRK Merlimau dan Kerdau akan dilangsungkan serentak pada tarikh yang sama.  Hari mengundi adalah pada 6 Mac 2010 manakala penamaan calon adalah pada 26 Februari 2011.  

Insyaallah, GT akan turun ke Merlimau itupun andai Husam Musa beri sedikit peruntukan... hahahahahaha... jgn harap!!!

Para bloggers yang dihormati, siapkan peluru berpandu Scud anda!!!  

Selamat Berjuang juga kepada Bloggers Pahang seperti Braveheart, Semut Hitam dll.  Pastikan Kerdau digenggaman Barisan Nasional!!!

Friday, February 18, 2011

GEMPAR!!! GENGSTER PAS BLASAH REMAJA DI MERLIMAU???


Politik keganasan acuan gengster politik telah menular sempena PRK Merlimau.

Seorang remaja tanpa semena-mena dihalang oleh sebuah motosikal dan dipukul dari belakang ketika melalui hadapan masjid Ar Rahim, Merlimau, tempat berlangsungnya ceramah politik.

BENARKAH INI ADALAH KERJA GENGSTER POLITIK PAS?




KLIK SINI

Thursday, February 17, 2011

MAHFUZ OMAR MENYERAH KALAH!!! TAPI PENUH MUSLIHAT!!!


Mahfuz Omar kata DUN Merlimau hanyalah "exercise".  Hahahahahaha....  Kata orang2 yang dah tau kalah.  

Namun UMNO jgn leka.  Kerna kekurangan majoriti akan menyebabkan berita itu di muka depan Haramkah 7 hari berturut-turut.  

BN Melaka kena all out, jgn bagi mereka curi walau 1 undi daripada keputusan PRU 2008 yang lalu.  

Jom tgk Mahfuz exercise!!!


ARMADA GELOMBANG MERAH BAKAL MELANDA MERLIMAU!!!


Apa yang menarik dan GT nantikan ialah kehebatan Gelombang Merah beraksi di Merlimau.  GT sudah menjadi saksi kehebatan jentera ini di Tenang.  Superb!!!

Pelancaran Jentera Wanita UMNO dan BN telah dirasmikan oleh DS Shahrizat dan DS Ali Rustam di Merlimau semalam.  Menurut DS Shahrizat, akan hadir 5000 ahli armada untuk menggempur Merlimau.  GT harap momentum ini dapat diperhebatkan lagi.  GT percaya, kem pembangkang tahu akan kehebatan Gelombang Merah, walaupun sering dicemuh dgn kata2 "apa yg makcik2 UMNO ni boleh buat?".  



Syabas dan Tahniah kepada kepimpinan Wanita, DS Shahrizat, Dato Hamidah dll.  GT menunggu kehebatan Gelombang Merah di Merlimau!!!

Thursday, February 3, 2011

PRK MERLIMAU: PAS TIDAK MAHU SHAMSUL ISKANDAR???


Arus gelombang PRK Merlimau sudah bermula.  Perkhabaran bahawa Shamsul Iskandar mengidam bertanding di sana nampaknya menerima penolakan dari warga setempat.  

Dewan Pemuda Pas sudah menyelar Shamsul berikutan hasratnya itu.  Kerusi tanding PAS, masakan mahu diserahkan kepada PKR.  

Terbaru, arus penolakan Shamsul diterjemahkan dengan banner-banner yang GT rasakan milik PAS, yang ditulis dengan cat hijau.  Mesejnya jelas, mereka mahukan calon tempatan.  Dan Shamsul bukanlah orang Merlimau, walaupun dia mau.  

Kredit kepada blog M.I.M yang menyiarkan gambar2 ini.  


Thursday, January 20, 2011

TERKINI: TARIKH PRK DUN MERLIMAU!!!



SPR akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi menentukan tarikh PRK untuk DUN Merlimau Melaka berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohammad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung.

AL FATIHAH - ADUN MERLIMAU MENINGGAL DUNIA


Alfatihah. 

GT mendapat info terkini bahawa ADUN Merlimau, Datuk Mohammad Hidhir Abu Hassan telah meninggal dunia setelah mendapat rawatan serangan jantung sebelum ini.  

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.  Amiinnnnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...