Bersama Berjuang

Showing posts with label Mazlan Aliman. Show all posts
Showing posts with label Mazlan Aliman. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Mazlan Aliman Punca 8 Peneroka Felda Bakal Disaman RM1.2 Juta? Tahniah Peneroka!!!



MASIH ingatkah semua dengan tindakan 8 orang peneroka Felda yang mengemukakan injuksi bagi menghalang Koperasi Peneroka Felda (KPF) mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada Februari 2012?  Injukasi ex-parte bertarikh 17hb Februari 2012 yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuantan itu telah menyebabkan KPF membatalkan EGM yang sepatutnya berlangsung pada 22 Februari 2012.

Mazlan Aliman kemudian dengan bangganya menganggap injuksi dan pembatalan mesyuarat tersebut adalah kemenangan kepada peneroka.  

Tapi malang bagi Mazlan Aliman apabla Mahkamah akhirnya menolak permohonan injuksi tersebut pada 2hb April 2012.

Yang ramai tidak tahu ialah, permohonan tersebut ditolak dengan kos, termasuklah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh KPF akibat dari pembatalan mesyuarat tersebut.  Banyak belanja yang KPF telah keluarkan untuk membawa lebih 1,200 perwakilan dari serata negara ke mesyuarat tersebut, dengan kos penginapan, pengangkutan, sewa bilik mesyuarat dan sebagainyalah.  

Tapi semuanya berakhir dengan pembaziran akibat dari tindakan 8 orang peneroka ini tadi yang termakan hasutan Mazlan Aliman.

Menurut maklumat yang diterima, KPF secara lisan telah menyatakan bahawa kos yang ditanggung oleh KPF dalam mengadakan EGM itu hampir mencecah RM 1.2 juta.  Walau bagaimana pun jumlah sebenar gantirugi ini akan ditaksirkan oleh Mahkamah kemudian.

Jumlah gantirugi yang bakal diputuskan Mahkamah nanti, tentu tidak jauh berbeza dengan yang akan dituntut KPF, kerana sudah pasti KPF ada semua butiran perbelanjaan bagi menyokong tuntutan mereka di Mahkamah.

Timbul persoalan, dari mana 8 peneroka ini akan memperolehi wang untuk membayar ganti rugi yang dituntut oleh KPF?  RM 1 juta bukan sedikit.  Kalau harap hasil kebun semata-mata, mahu berpuluh tahun mengumpul untuk dapat jumlah itu.  Lebih-lebih lagi kita bercakap tentang peneroka yang hanya menerima  hasil kebun masing-masing pun sekitar RM 4,000 – RM 5,000 sebulan.

Waima ditambah dengan durian runtuh RM 15,000 seorang yang diumumkan Perdana Menteri pada Selasa pun, masih tidak cukup untuk membayar jumlah ganti rugi yang dituntut KPF terhadap mereka.  Itupun kalau mereka masih tidak ada malu menerima wang hasil dari usaha penyenaraian yang mereka tentang pada awalnya.

Kita mahu lihat, dimana pemimpin pembangkang, terutama Mazlan Aliman berada dalam kes ini?  Apakah mungkin Mazlan Aliman, PAS atau PKR yang menjadi dalang disebalik tindakan peneroka ini akan membayar wang tersebut bagi pihak peneroka terbabit?  Walaupun tidak mustahil, ia tidak mungkin dilakukan.

Yang akhirnya akan rugi dan jatuh bankrap ialah peneroka sendiri.  Inilah padahnya kerana menjadi patung mainan Mazlan Aliman dan Pakatan Rakyat sehingga sanggup diperalatkan untuk kepentingan politik masing-masing.

8 peneroka ini tidak ada bezanya dengan Saiful Bukhari yang taksub dengan Anwar Ibrahim tapi akhirnya diliwat oleh Penasihat PKR itu.  Cuma bezanya disini bukan liwat sahajalah, tapi natijah dari kejadian itu tetap sama.

Takkanlah semua rakyat Malaysia mahu menerima nasib yang sama diterima 8 peneroka ini baru hendak buat keputusan menolak Pakatan Rakyat.  Kisah-kisah seumpama ini sudah cukup untuk kita menentukan pihak mana yang patut dipilih menjadi kerajaan dalam pilihanraya nanti.



Thursday, January 27, 2011

LIVE PRK TENANG: JENTERA PAS DI SABOTAJ MAZLAN ALIMAN SECARA "HALUS"???


Mazlan Aliman meroyan tidak dapat kerusi PRK Tenang.  Sebagai kononnya pejuang Felda yang terulung, Mazlan beranggapan dia sepatutnya dicalonkan untuk bertanding disitu.  

Suara-suara di Tenang memberitahu yang terdapat "internal conflict" dalam jentera PAS berikutan isu calon.  Mazlan dikatakan memboikot jentera PAS secara "halus".  

Cuba korang fikir, satu Malaysia dia canang fitnah Felda, tup-tup orang lain bertanding di Felda.  Mmg la hangin satu badan!!! 

LIVE PRK TENANG: "TELOR" JANTAN MAZLAN ALIMAN DIJENTIK AHMAD MASLAN???




Datuk Ahmad Maslan menyambut cabaran Mazlan Aliman untuk berdialog dan bukannya berdebat.  

GT setuju dengan Ahmad Maslan bahawa melalui sesi dialog, perbincangan lebih efisien dan dapat menyelesaikan masalah kerana masa yang panjang dan butir2 lengkap akan diperolehi.   ANAK harus bersikap bertanggungjawab andai benar mereka tulus untuk membantu anak-anak Felda.  Dan bukannya hadir untuk mencari political mileage semata-mata!

Ahmad Maslan menambah bahawa beliau tidak takut untuk berdebat disebabkan itu adalah rutin dari sekolah menengah hingga ke universiti.  Namun, debat yang selalunya sekitar 1 jam tidak cukup untuk menyelesaikan permasalahan yg dibangkitkan. 

Pada pendapat GT, Mazlan Aliman sebenarnya kecewa apabila tidak dicalonkan di PRK Tenang.  Maka, untuk menonjolkan dirinya, dia mengikut jejak langkah songsang Anwar, iaitu mencari publisiti murahan, yg dianggap dapat "market" dirinya untuk PRU akan datang. 

AHMAD MASLAN MENCABAR MAZLAN ALIMAN, ANDAI BENAR DIA ANAK JANTAN, SAHUT CABARAN DIALOG INI, UNTUK RAKYAT FELDA!!!

ADA TELOR KA, MAZLAN ALIMAN???

Thursday, December 30, 2010

ANAK kurang ajar dgn BAPAK dikenakan ISA!!!


Mazlin Aliman semakin celaru.  Pada waktu ini, mungkin si mazlan tgh pening, nak cari idea apa lagi untuk serang Felda.  Terakhir, babi hutan pun boleh dijadikan isu.  Kurang ajar punya ANAK!!!

Diharap BAPAK pula tanggungjawab terhadap peneroka2 Felda.  Dapatlah kiranya didik ANAK yang tak pandai mengenal budi, yang asyik mencari alasan dan isu.  Bahasa mudahnya, disekolahkan balik...

Terbaru, Felda mengorak setapak lagi dengan menggunakan ISA untuk mengurustadbir perjalanan operasinya.  ANAK sudah goyang nampaknya.. hahahaha...

Tahniah pada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dilantik sebagai Pengerusi Felda berkuatkuasa 1 Januari 2011.  Semoga Tan Sri Isa dapat terus memajukan FELDA. 

Felda sudah gunakan ISA.  

KDN???  Hishamuddin keris mana...??? Hishamuddin...??? 

Thursday, December 16, 2010

KISAH MAZLAN ALIMAN DAN BABI HUTAN

Dah lama GT perhatikan gelagat Mazlan Aliman, anak peneroka felda yang gagal mengurustadbir ladangnya, lalu nak jadi hero pada peneroka felda.  Abang kandungnya dah suruh dia bertaubat, kembali ke pangkal jalan. GT tak hairan apabila pada PRU akan datang, dia ditawarkan tempat untuk bertanding.  Klu berani, pergilah bertanding kat kwsn Belitung, kg halaman blogger Wak Jengkol.  Kan Wak???

GT baca kat Haramkahjadah, Mazlan menjadi menjadikan "babi hutan" sebagai isu.  Penggunaan "babi hutan" ini bertujuan nak menampakkan betapa teruknya pengurusan tanam semula oleh Felda.  Mmg agaknya fuckatan suka sgt dengan babi, kat selangor ada ladang babi, panggang 5 ekor babi, dan sekarang babi hutan.  GT akui, masih ada tempat2 kat area felda yang agak seman samun.  Tak mustahil ada babi hutan.   Tapi gambar babi hutan kat situ tak pulak si Mazlan ni tunjukkan.  Main cakap je la tu.  

Kalaulah disebabkan babi hutan ini felda  jadi tidak cekap dan bangkrap, lebih baik dia salahkan sistem pendidikan negara yang melahirkan rakyat ber IQ macam dia!!!

Golongan tidak berterima kasih macam dia nih ramai, yang jadi guru, penjawat awam, beruniform dsb. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...