Bersama Berjuang

Showing posts with label Faekah Husin. Show all posts
Showing posts with label Faekah Husin. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Faekah Husin Belasah Anwar Ibrahim... Boleh Tahan Pedas Dia Punya Ayat!



Tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, daripada PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan turut mendapat perhatian bekas mufti Perlis, Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurut Asri, tindakan tersebut hanya akan mengorbankan duit rakyat.

“Berapa banyak wang rakyat terkorban jika YB asyik letak jawatan. Jika alasan kukuh takpa. Ini apa alasan?” katanya di dalam laman twitter rasminya malam semalam.

Selain Asri, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin turut dilihat mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial twitter miliknya, dengan ‘menyerang’ mereka yang dilihat cuba untuk menyingkirkan bosnya.

Faekah melalui tweet lewat malam tadi meminta mereka yang berada di luar Selangor agar meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959. Dia turun mengingatkan ‘mereka’ tindakan itu boleh dilihat sebagai menghina Sultan Selangor.

“Politician outside Selangor, do study State's Constitutions, the process and procedure. Don't insult Sultan and never overestimate yourself,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mereka yang ingin memecat Khalid itu sebagai ‘bernafsu besar’.

“Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?” soalnya.

Kerusi Dun Kajang N25 bakal menyaksikan pilihan raya kecil apabila bekas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Dalam kenyataan media tiga perenggan  Isnin malam, Lee antara lain hanya berkata keputusannya untuk meletakkan jawatan adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat (PR) berkhidmat untuk rakyat Selangor'.

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh speaker DUN Selangor Hannah Yeoh petang semalam yang mengatakan akan memaklumkan secara kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Yeoh turut berkata, dia telah menerima surat peletakan jawatan Lee.

Paling menarik, apabila ramai di kalangan penganalisis politik yang melihat peletakan jawatan itu bagi membolehkan ‘kemelut’ dan ‘pergolakan politik’ PKR Selangor di selesaikan. Malah ada yang merasakan tindakan itu bagi membolehkan Anwar bertanding di peringkat DUN sekali gus mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Mungkin kerana ingin mengampu dan membodek Anwar, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin segera mengeluarkan kenyataan media yang menyokong Ketua Pembangkang itu diletakkan sebagai calon.

Melalui kenyataan 5 perenggan yang dikeluarkan petang tadi, dia mengatakan HANYA Anwar yang sesuai menjadi calon.

“Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang,” ujarnya.

Thursday, July 5, 2012

Khalid Ibrahim Boleh Diisytihar BACUL Kerana Faekah Hussin Lebih Berkuasa!!!



Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita.  Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya?

Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab.   Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”.  Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco.  Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.  

Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid.   Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.  

Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah.  Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti.  Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.  

Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan.  Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.  

Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri. 

Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam.   Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.  

Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya.   Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.  

Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah.   Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.  

Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah.  PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang.  Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak.  Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal.   Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.

Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi.  Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13.   Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri.  Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco?    Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri.  Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.  

Monday, June 25, 2012

Desakan Menyiasat Keluarga Faekah Husin



Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato’ Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.

Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.

Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah. 

Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?

Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?

Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.

Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi. 

Saturday, June 9, 2012

Si "Ehem-Ehem" Terus Menjadi Biawak Hidup Kepada Khalid Ibrahim!


GT antara yang cukup gemar menunggu sebarang kenyataan dari mulutnya.  Ini kerana, setiap bait perkataan itu akan membuktikan keupayaan otaknya berfikir, lalu melalut-lalut sehingga menjadi beban kepada Khalid Ibrahim. 

Kesian Khalid, mungkin ini perancangan "seseorang" untuk menjatuhkan Khalid dari dalam.  Jom baca kisah  si "biawak hidup" yang terus membebankan Khalid Brahim. Kesian Khalid... muahahahaha!!!

Sunday, March 18, 2012

Khalid Ibrahim Dalam Dilema: Antara Faekah Dan Anwar Ibrahim!


Semalam semasa menghadiri sidang media oleh Ronnie Liew, saya telah diberitahu oleh kenalan saya di  Pejabat MB bahawa Biro Politik PKR yang bermesyuarat minggu sudah dengan sebulat suara telah meluluskan usul untuk meminta Menteri Besar Selangor menamatkan khidmat Cik Faekah sebagai Setiausaha Politik.

Alasan yang diberitahu kepada saya ialah Cik Faekah ini terlalu gemar mencampuri segala urusan yang tiada kena mengena dengan tugasan beliau sebagai Setiausaha Politik. Semenjak beliau menjawat jawatan tersebut pelbagai pihak telah 'dipaksa' tunduk dan menurut arahan beliau. Antaranya pengurusan TV Selangor sehingga menyebabkan pengurusan kanan berhenti dan membawa keluar hampir sepertiga kakitangan nya keluar. Badrul Amin yang diminta memberi perincian segala perbelanjaan aktiviti beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor sehingga menyebabkan Badrul 'menyentap' dan menyepikan diri seberapa ketika. Semua ini dilakukan diluar bidang tugasan beliau. Beliau dianggap terlebih sudu dari kuah.

Tapi yang panas sekali ialah Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Selangor yang terpaksa melaporkan segala perbelanjaan pejabat Penasihat kepada Faekah. Bajet semua mesti mendapat kelulusan melalui Faekah. 

Semasa mesyuarat Biro Politik saya difahamkan bahawa Kak Wan keberatan hendak meluluskan usul tersebut tetapi akur setelah didesak oleh Anwar yang begitu imosional sehingga mengeluarkan hamburan ayat yang tidak berapa enak kepada Faekah. 

Apakah perjalanan pengurusan Pejabat Menteri Besar akan bertambah cekap dan effisien setelah Faekah dipecat? Adakah ini komplot untuk mengasingkan dan menghakiskan terus kuasa Khalid sebagai Menteri Besar? Banyak persoalan yang bermain difikiran saya setelah mendapat berita ini.

Apa yang anda semua terfikirkan??


GERAKAN TIMUR:
Apa?  Faekah bakal dipecat?... Tidaaaakkkk.... Tolong lah Khalid, jangan pecat Faekah.  Siapa lagi nak interfere dan tunjukkan kebodohan apabila dia dipecat nanti???

Dia masih lagi anak dara.. kesian dia Bang Lid... 

Auwwwwww...

Sunday, February 26, 2012

Faekah Husin Cabar DS Noh Omar??? Kahkahkahkahkah...!!!



SELCAT BAGAIKAN MATI HIDUP SEMULA, KATA NOH OMAR
TANJONG KARANG, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) "bagaikan mati hidup semula" apabila ia dilapor akan menyambung semula sesi pendengaran awam berhubung isu pasir pada 5 Mac ini.

Beliau berkata sewaktu Selcat ditubuhkan dan menyiasat salah laku pemimpin Barisan Nasional (BN), pendengaran awam yang dilaksanakan begitu laju sekali perjalanannya. 

Bagaimanapun, apabila pendengaran awam yang melibatkan pentadbiran negeri dan pengurusan pasir, Selcat hanya bersidang dua hingga tiga hari sahaja,katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 421 penerima di sini hari ini. 

"Ia berhenti setahun lebihlah dari 2010 sampai sekarang ni. Itupun (disambung) sebab kita timbulkan isu itu balik, Raja Petra timbulkan, kemudian UMNO Selangor timbulkan balik, pegawai-pegawai (Kumpulan Semesta Sdn Bhd) yang diberhentikan timbulkan balik... iapun (Selcat) hidup balik," katanya.

Noh berkata jika didiamkan, pendengaran awam Selcat mengenai isu penyelewengan pasir akan terus mati dan ia akan nampak seolah-olah ditubuhkan bagi kepentingan politik. 

Isnin lepas, Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim dilaporkan berkata pendengaran awam berhubung isu penyelewengan pasir yang membabitkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, akan disambung tiga hari mulai 5 Mac. 

Noh turut mempersoalkan permintaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin supaya beliau hadir pada pendengaran Selcat. 

"Jadi, (perkara ini) kena jelas. Kalau setakat hadir suruh tengok, tak payahlah," katanya. 

Mengulas tindakan PAS mengarahkan calon pilihan raya parti itu agar membuat Bai'ah (perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa), beliau berkata tindakan tersebut diambil mungkin kerana pembangkang dalam keadaan tertekan dan takut kepada bayang-bayang sendiri. 

Semalam, akhbar melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setiap calonnya yang bertanding, diwajibkan berbai'ah dan siapa yang melanggarnya, akan "celaka dunia dan akhirat". 

"Dia tidak yakin rakyat akan menyokong mereka, malah mereka juga tidak yakin dengan calon-calon mereka kerana saya percaya calon-calon yang ada pendirian tegas akan bercakap soal perjuangan Islam," katanya. 

Sebagai contoh, bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mendakwa perjuangan PAS telah lari daripada landasan awalnya, iaitu penubuhan sebuah negara Islam. 

Bernama

GERAKAN TIMUR:
GT cukup "teruja" apabila Faekah 3M (minah muka minyak) membuka mulut busuknya.  Dah berkali-kali lagaknya seperti MB, atau seorang ahli politik.  

Siapa Faekah Husin, untuk bersuara bagi pihak SELCAT?  SELCAT punya Jawatankuasanya sendiri, dan nama Faekah tidak tertulis dalam senarai itu.  

Ini adalah bukti Faekah perlukan "perhatian & belaian".  Itu bahasa kias.  Secara mudahnya, Faekah gila kuasa!  Setiap ruang yang ada, Faekah cuba menjadi heroin, yang akhirnya membawa kepada kenyataan-kenyataan lalok laksana menagih heroin.  

Apa yang rakyat mahu dengan adalah dari mulut Menteri Besar sendiri.  Mengapa sehingga kini, masih senyap dan membisu seribu bahasa?  

Adapun kebisuan MB itu dapat diduga, kerana kerajaan negeri tidak konsisten dalam menangani isu penyelewengan pasir.  Pada awalnya, MB mahukan Transparency International menyiasat isu pasir ini.  Kroni sendiri, maka mudah untuk buat cover up barangkali.  

Kedua, tiba-tiba sahaja Exco hebat yang berjaya menahan lori pasir dengan berkain pelikat pada subuh hari mahukan debat dalam isu ini.  

Ketiga, SELCAT pula dicadangkan untuk isu pasir ini, walaupun pernah dibicarakan suatu ketika dulu, namun ditutup setelah 2 hari diperdengarkan tanpa sebarang keputusan.  

Maka, benarkan dakwaan DS Noh Omar bahawa SELCAT hanya berfungsi untuk kepentingan politik semata-mata!

Chemistry antara Faekah dan pasir pula membawa kepada satu cadangan. GT cadangkan agar Faekah menggunakan pasir sebagai  "scrub" untuk hilangkan minyak di mukanya!

Tuesday, January 24, 2012

Untuk Cover Bos, Faekah Husin Jual Nama Tuanku Sultan Selangor, Lagi???


GT sebenarnya memang ternanti-nantikan kenyataan dari si Faekah ini.  

Selalunya, dia bercakap tanpa tahu keseluruhan fakta.  Hanya main serkap jarang.  Niatnya nak jadi hero kepada bosnya.  Tapi selalu dia nih hero to zero.  

Benarkah Faekah, sekali lagi, menjual nama Tuanku Sultan Selangor dalam isu portfolio agama Islam di Selangor? KLIK SINI

Wednesday, November 23, 2011

"Khalid Ibrahim & Faekah Husin Adalah A.P.T.B" - DS Noh Omar ???


DUN Sarawak dengan Selangor berbeza: Noh Omar

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu tidak menjadikan Pilihan Raya Negeri Sarawak sebagai contoh untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kerana hanya memperlihatkan pengetahuannya yang cetek.

Bagi saya, agak menghairankan apabila Abdul Khalid sebagai seorang pemimpin Kerajaan Negeri tidak memahami perkara asas mengenai pembubaran Dun dengan menjadikan Sarawak sebagai perbandingan.

‘Tarikh luput’ DUN Sarawak berakhir pada 21 Julai tahun ini manakala tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013 dan negeri itu baru sekali mengadakan Sidang Dun.

Contoh yang diberikan Abdul Khalid itu tidak masuk akal kerana tarikh tamat DUN di negeri itu tidak sama, bezanya hampir dua tahun dengan pembubaran Parlimen. Negeri itu pula baru sahaja selesai pilihan raya negeri, takkan hendak dibubarkan.

Kalau buat dua kali pilihan raya, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi. Abdul Khalid sepatutnya mengikut langkah Kerajaan Kelantan yang turut membubarkan Dun sama seperti tarikh pembubaran Parlimen sejak Pas memerintah negeri itu.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sebuah akhbar yang menegaskan pendirian bahawa Selangor tetap tidak akan membubarkan DUN sehingga Jun 2012 walaupun dikritik banyak pihak.

Abdul Khalid turut mempersoalkan mengapa tindakan Sarawak yang mengumumkan pilihan raya secara berasingan sebelum ini tetapi tidak dijadikan isu sebagaimana di Selangor.

Sebelum ini beliau dilaporkan berkata, kerajaan Negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Tindakan Kerajaan Negeri pimpinan pakatan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sudah seronok berkuasa dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor.

Rakyat memang sudah faham mengenai perbezaan Dun Sarawak dan Parlimen tetapi Abdul Khalid sengaja tidak mahu faham kerana mahu menjaga kepentingan pakatan pembangkang di negeri ini.

Sementara itu saya menyifatkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah  Husin sebagai ‘tidak tahu berpolitik tetapi cuba berpolitik’ apabila mendakwa saya cuba menonjolkan diri dan menenggelamkan peranan Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman.

Faekah juga tidak memahami hierarki politik tetapi mahu komen tentang politik. Dia tidak faham jawatan saya sebagai Timbalan Pengerusi Umno Selangor dan jawatan Satim sebagai Ketua Pembangkang di Dun Selangor. Masing-masing ada peranan dalam pentadbiran dan politik. Jangan komen jika tidak faham kerana hanya akan memalukan diri sendiri.

Ini tidak ada dalam hierarki PKR yang sudah terbalik songsang apabila menteri besar tiada jawatan dalam parti, sebaliknya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali hanya menjadi wakil rakyat biasa dalam Dun.

Sebab itu ada desakan dari ahli parti itu agar Abdul Khalid diturunkan sebagai menteri besar. Perkara ini diakui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ternyata pentadbiran Abdul Khalid semakin tidak dipercayai oleh ahli parti itu sendiri.


Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Selangor

GERAKAN TIMUR:
Adoiiyaaaa... Camna la buleh tak faham antara DUN Selangor dan Sarawak.  Kalau perkara asas begini pun tidak mampu difahami, siapa la yang dok lantik dia jadi Menteri Besar Selangor...  

Setpolnya pulak rindukan "belaian" kot... tu la.. alangkah eloknya jadi pembantu rumah kat rumah Azizah daripada jadi Setiausaha Politik.  Tak faham, tapi buat-buat faham.  Lepas tu, apa yang terlihat dari si Faekah ini?  

Apa?  

Tahu jawapannya? 

Confirm?  

Betul ke nih?

Yelah.. betul lah tu.. bodoh melantun-lantun!

A.P.T.B - Apa pun tak bley...!!!

Tuesday, April 19, 2011

ADUHAI SELANGOR... ANAK DARA TUANYA BERBOHONG LAGI!!!


Apa yang dikatakan oleh Faekah adalah pembohongan semata-mata.  Anak dara yang pandai berbohong ini adalah SetPol kepada Khalid Gagap.

Kali ini, belaan si Khalid Gagap ini cuba mengaitkan nama KDYMM Sultan Selangor dalam isu perlantikan adik RPK sebagai Pengerusi Anak Syarikat dan Syarikat Bersekutu KDEB. 

Papa Pembohong - Anuwar
Mama Pembohong - Ajijah
Anak Pembohong - Nurul Ijjah
Anak Dara Tua Pembohong - Busuk punya mulut!!!

Wednesday, February 23, 2011

KLIMAKS TAK TERHINGGA!!! LAPORAN SPRM KE ATAS SALAHGUNA WANG RAKYAT OLEH MBI, ESOK!!!!


Pergerakan Pemuda UMNO Selangor bergandingan dengan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akan membuat laporan SPRM berkenaan salahguna wang rakyat oleh Khalid Ibrahim dengan membiayai 100 bilik hotel Perwakilan Kongress PKR Nov 2010.  

Laporan ini akan dibuat esok, 24 Februari 2011 pada jam 11 pagi di Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.

Khalid dan Faekah.... Tungguuuuuuuuuuuuuu.... kami datang.. huhuhuhu...!!!! 

Tuesday, February 22, 2011

PART 4- KLIMAKS: BUKTI SALAHGUNA WANG RAKYAT!!! KHALID DAN FAEKAH!!! APA KOMEN ANDA???


Bibik Faekah sila ambil semua bukti2 dan buat sila buat press statement.  Guna wang rakyat untuk biayai penginapan perwakilan PKR ni perkara biasa rupanya ya...  ada lagi tak dokumen2 lain yang hampir sama kesnya?  Meh sini GT publishkan... ala.. perkara biasa dan tak janggal kan...



Siap resit tuuuuuu....  huhuhu...  Abg2 SPRM, tunggu apa lagi...  siasat Khalid dan Faekah skali...  dah klimaks tuuuuuu. huhuhuhu...

PART 3: BUKTI SALAHGUNA WANG RAKYAT UNTUK PARTI KELENTONG RAKYAT!!!


SPRM, sila ambil bukti-bukti dibawah ini untuk siasatan anda!!!  Faekah kata "ini biasa, tak janggal".  Aduhaiii... statement dari "bibik" yg kemudiannya dilantik menjadi setpol.  Bukti seterusnya akan didedahkan malam nanti...  semakin menghampiri klimaks... huhuhuhu...  Abg Khalid... jgnlah tergagap-gagap...





PART 2: LAGI BUKTI SALAHGUNA WANG RAKYAT OLEH KHALID IBRAHIM!!!


Kerajaan Selangor telah menggunakan wang rakyat melalui MBI untuk membiayai penginapan perwakilan PKR di Hotel Armada.  

Faekah kata ini perkara biasa, tak janggal.  

Semalam jam 8.00 malam GT sudah kemukakan bukti yang pertama.  Bukti-bukti seterusnya dari untuk tatapan anda!!!


SPRM pasti sedang enak mengumpulkan bukti2 ini.  Tunggu abg2 SPRM, petang ini jam 3.30 petang akan ada lagi bukti yang panassss.. panaaass....

Kenapa tak keluarkan semuanya???  

Tak best... adagen panas belum bermula, sudah terpancut.  Apa baranggggg...!!!

Wednesday, December 22, 2010

SIAKAP SENOHONG, FAEKAH SUKA BOHONG!!!



Faekah... Faekah... Faekah... tidakkah cukup engkau memalukan dirimu sendiri dikhalayak umum???  

Cakap main ikut sedap mulut je...  Kasihan....  Sengal babi ubi mu masih tidak berubah... hahahahaha...

Keris Putera menulis di SINI

DS Khir menjawab di SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...