Bersama Berjuang

Showing posts with label NFC. Show all posts
Showing posts with label NFC. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Isu NFC: Lebih Baik Rafizi Ramli Buat Filem Gay Jamban!




DISEKELILING Rafizi sekarang, rata-rata orang menganggapnya sebagai hero kerana kononnya berjaya menumbangkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dalam isu National Fedlot Corporation (NFC). Puji-pujian ini menjadikan Rafizi teruja dan rasa ‘terer’ yang amat sangat.  Dia yakin bahawa isu ini saja mampu memenangkannya dalam kerusi Parlimen dimana dia akan dicalonkan nanti.

Tapi pelbagai perkembangan semasa kebelakjangan ini menjadikan isu NFC ini kurang menarik lagi dah, sekurang-kurangnya dari segi politik yang menguntungkan Rafizi.

Antaranya pengesahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri bahawa Shahrizat tidak terbabit dengan NFC, tidak seperti yang digembar-gemburkan dulu.  Disember lepas, Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa projek NFC tidak bermasalah, yang bermasalah NFCorp – syarikat yang dimiliki dan diuruskan suaminya, Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail.

Justeru, Rafizi perlu memikirkan sesuatu untuk menyambung hayat NFC ini kerana pilihanraya yang diharapkannya berlangsung lebih awal, tidak menjadi kenyataan.  Ini penting, sebab orang Malaysia diketahui hanya berminat dengan isu yang masih panas, isu yang dah sejuk kurang nak diberi perhatian.

Lagipun Rafizi tidak ada kelebihan lain yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin yang pro rakyat melainkan isu NFC ini sahaja.  Statusnya sebagai anak emas Anwar (ada kata anak ikan) dan latar belakang pendidikan di luar negara menjadi Rafizi sebagai golongan elitis yang tidak pro rakyat.  Kedudukan Rafizi yang naik mendadak dalam PKR, dari Penasihat Kewangan kepada Pengarah Strategik, ada kena mengena dengan hubungan intimnya dengan Anwar, tidak lebih dari itu.

Maka itu, terfikirlah Rafizi untuk menerbitkan sebuah filem yang berkaitan dengan NFC (seperti dilapor Malaysiakini).  FIlem, seperti mana yang kita tahu memainkan peranan mendekatkan artis dengan masyarakat, bukan masyarakat dengan artis. Rafizi juga mengimpikan untuk mendapatkan populariti dengan pendekatan yang sama.  Dia sendiri tak mahu dekat dengan rakyat, tapi mahu rakyat dekat dengan dia melalui penerbitan filem berkaitan NFC ini.  

Kebetulan ada filem-filem pendek ‘pro kerajaan’ dari kumpulan yang menggelarkan Bangkang Dari Longkang sedang mendapat sambutan hebat di Youtube, maka penerbitan filem oleh Rafizi ini nanti dijangka akan menyaingi kepopularan Bangkang Dari Longkang, dalam masa yang sama menghidupkan kembali cerita NFC yang semakin pudar kepopularitiannya seperti yang penulis sebutkan di atas.

Menurut maklumat yang penulis dengar, Rafizi akan bekerjasama dengan penggiat filem pro Pakatan Rakyat seperti Hishamudin Rais, Jit Murad dan pelakon Mislina Mustaffa untuk menjayakan filem tersebut nanti.  Terlupa Rafizi bahawa semua nama-nama yang disebutkan di atas punya idea tapi tidak ada nilai komersial, walaupun ada pengalaman dan keupayaan.  

Sedangkan nilai komersial itulah yang menarik penonton. 

Tapi, apa sekalipun kita tidak pedulilah sama ada Rafizi nak buat filem atau apa.  Yang kita harapkan kalau masih ada maruah, masukkan juga babak dimana Rafizi menghasut, membayar kakitangan Public Bank untuk mendapatkan salinan penyata kewangan NFC, seterusnya melanggar undang-undang negara (Akta Bank Dan Insititusi Kewangan – BAFIA).

Ini penting sebab pemimpin pembangkang sering bercakap tentang matlamat tidak menghalalkan cara, terutama bila membincangkan video seks Anwar.  Sekarang kita nak lihat, Rafizi berani ke tak berani mendedahkan apa sebenar yang dilakukannya sehingga ke tahap memperalatkan orang lain dan undang-undang negara.

Filem tersebut mungkin hanya laku dan menjadi bualan dikalangan-kalangan mereka sahaja.

Saturday, June 2, 2012

Kak Jat Terbukti Tidak Terlibat, Si Pemfitnah Harus Diajar Kerana Keparat!!!



Keputusan siasatan oleh Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Datuk Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat dalam sebarang proses pemberian projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) serta pinjaman RM250 juta.

Sehubungan dengan itu siasatan terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditutup kerana tiada kes selepas terbukti beliau tidak terbabit dalam sebarang penyalahgunaan kuasa.

Dengan perkembangan terbaru ini sepatutnya pemimpin PR perlu berani tampil ke depan untuk meminta maaf setidak-tidaknya dapat menonjolkan masih ada sekelumit rasa insaf dalam hati selepas berbulan-bulan Shahrizat dijadikan punching beg.

Kalut isu NFC mula berkumandang selama beberapa bulan semuanya gara-gara kegilaan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin pembangkang yang lain menyalahtafsir teguran penambahbaikan yang disediakan dalam laporan Audit 2010. 

Setelah hampir 8 bulan imejnya di calarkan dengan cerita sensasi dan maruahnya diperkotak katikkan oleh pembangkang dengan tuduhan rasuah serta salahguna kuasa, akhirnya kebenaran muncul mengatasi pembohongan dan kebatilan.

Kini Shahrizat sudah boleh bernafas lega kerana kekalutan dan onak duri yang ditabur oleh Rafizi sudah berjaya diharungi. Bukan calang-calang wanita yang masih mampu berdiri sekalipun bertubi-tubi 'di tendang' oleh orang lelaki.

Namun kesan calar dan kerosakan maruah serta kredibiliti diri yang terguris tetap perlu mendapat pembelaan yang setimpal. Rafizi tetap perlu diajar erti keperitan menerima balasan diatas sikap galaknya bermain persepsi serta memfitnah sesuka hati.

Shahrizat jangan sesekali berundur daripada tindakannya menyaman Rafizi dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain. Biarkan mereka menggelupur seperti cacing kepanasan.

Teach them a lesson!

Tuesday, May 22, 2012

Apakah Thumbdrive Ini Punca Maklumat Bocor Di Public Bank? BAFIA Kini Ibarat TALAPIA!!!



KEBELAKANGAN ini seakan sudah menjadi trend dikalangan kakitangan syarikat dan agensi tertentu yang menjadi ‘barua’ dengan menyalurkan maklumat sulit berhubung maklumat sulit akaun pelanggan mereka kepada parti pembangkang, khususnya PKR untuk kepentingan politik parti tersebut.

Sulit tidak bermaksud ada yang penyelewengan atau seumpamanya tapi lebih kepada memelihara imej dan kepentingan perniagaan pelanggan tersebut yang mungkin terjejas jika maklumat tertentu sampai ke pengetahuan pihak yang tidak sepatutnya. 

Lebih tepat lagi memelihara etika dan profesional kerja ke atas maklumat sulit pelanggan, dan soal ini bukan setakat dilaksanakan di Malaysia malah di serata bank di dunia.

Sebelum ini sudah ada kes, kakitangan sebuah hotel di Putrajaya yang mendedahkan  dokumen dalaman hotel yang menunjukkan anggaran perbelanjaan majlis pertunangan anak Perdana Menteri, sehingga dijadikan isu oleh PKR kononnya Perdana Menteri menggunakan wang rakyat, sedangkan sebenarnya tuduhan itu tidak benar sama sekali dan telah dijawab oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri.

Terbaru, sebuah bank terkenal, Public Bank pula terjerat dalam modus operandi yang sama apabila seorang keraninya (kini bekas kerani), Johari Sulaiman diperalatkan PKR untuk mendedahkan butiran akaun syarikat National Feedlot Corporation (NFC), sedangkan hakikatnya perbuatan itu adalah menyalahi etika perbankkan disamping Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).

Siapa Johari Sulaiman, latar belakang dan peranannya dalam mendedahkan maklumat sulit akaun pelanggan (dalam hal ini NFC), masih menjadi tanda tanya banyak pihak.  Kalau tidak kena dengan gaya, akan ada lebih ramai pelanggan yang menutup akaun di Public Bank, jika Public Bank tidak tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Benarlah kita ada sedikit maklumat mengenai Johari Sulaiman yang didedahkan Rafizi dalam sidang medianya Jumaat lepas, tapi kita tahu semua itu hanya untuk tujuan gimik politik dan tidak boleh dipakai.  Yang penting ialah untuk Public Bank sendiri tampil membuat kenyataan rasmi mengenai Johari Sulaiman, lebih-lebih lagi setelah Johari menuduh dia ditekan pihak bank dan Bank Negara sehingga membawa kepada perletakkan jawatannya berhubung dengan isu ini.

Disamping itu Public Bank perlu mendedahkan penemuan dalam siasatan dalaman (Domestic Inquiry) yang dikatakan telah dijalankan ke atas Johari Sulaiman sebelum perletakkan jawatannya.

Penulis tidak yakin Johari Sulaiman berseorangan dalam hal ini.  Pihak bank sudah tentu menghadkan akses kepada maklumat pelanggan untuk setiap kakitangannya.  Seorang kerani biasa seperti Johari Sulaiman tidak mungkin mempunyai akses kepada segala-galanya, penulis yakin dia dibantu dan semua inilah yang perlu dijelaskan oleh Public Bank.

Para pendeposit Public Bank, terutamanya dari sektor korporat perlu tahu hal ini kerana sudah tentu mereka tidak mahu maklumat perbankan syarikat mereka, menjadi bahan untuk ‘dijual’ oleh kakitangan bank tersebut kepada siapa yang berminat.  Hari ini kepada PKR, besok-besok mungkin kepada saingan perniagaan yang lain pula, asal kena dengan harganya.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah juga perlu masuk campur dan meneliti kelainan (anamoli) dalam urusan kewangan Johari Sulaiman.  Dari air mukanya, penulis tidak nampak dimana letaknya ‘kejujuran’ Johari Sulaiman – jika benar dia melanggar etika kerjanya sendiri untuk kepentingan umum (kononnya).  Yang penulis lihat, ada agenda tersembunyi dan habuan tertentu yang menyebabkan Johari Sulaiman sanggup mempertaruhkan segala-galanya untuk menjadi barua kepada PKR dengan menyampaikan semua maklumat sulit tersebut.

Habuan inilah yang perlu disiasat oleh SPRM, Bank Negara dan sesiapa juga yang terbabit.

Malah penulis suka melihat Public Bank menyaman Johari Sulaiman dan PKR kerana mendedahkan dan menggunakan maklumat sulit pelanggan bank tersebut untuk kepentingan politik sempit mereka.  Biar ini menjadi pengajaran kepada mana-mana kakitangan bank di luar sana yang bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah Johari Sulaiman.

 Sumber:  Beruang Biru & The Polar Bear

Saturday, April 7, 2012

Benaknya Kepala Otak Rafizi Sehingga Tidak Mampu Membezakan NFC Dan NFC Corp!



RAFIZI (baby boy Anwar Ibrahim), sekali lagi cuba mengelirukan rakyat dengan dakwaan kononnya Perdana Menteri menipu dalam soal pembekuan aset NFC, apabila menunjukkan beberapa dokumen yang kononnya membuktikan bahawa pengarah NFC, Datuk Seri Muhammad Ismail dan anaknya sedang cuba melupuskan beberapa aset hartanah milik syarikat tersebut.

Beruang taknak cerita panjang pasal pendedahan Rafizi itu kerana semuanya boleh dirujuk di Internet.

Yang Beruang nak jelaskan disini ialah, maklumat dari sumber dalaman NFC sendiri menyatakan bahawa aset-aset yang didakwa Rafizi akan dilupuskan itu sebenarnya milik NFC Corp, bukan NFC. Aset NFC memang dibekukan seperti mana yang disebutkan Perdana Menteri beberapa bulan lepas, transaksi yang ditunjukkan Rafizi di Parlimen pada Selasa lepas ialah membabitkan NFC Corp.

Jelasnya, tuduhan mengatakan Datuk Seri Najib menipu itu jelasnya tidak benar.  Datuk Seri Najib tidak pernah sama sekali mengatakan aset NFC Corp yang dibekukan sebaliknya NFC sahaja.

Apa yang dibuat Rafizi ini sebenarnya cubaan untuk memanaskan isu yang sebenarnya telah  sejuk.  NFC ini sebenarnya cubaan untuk memalitkan Shahrizat, UMNO dan kerajaan BN dengan skandal tapi jelas dan nyata, kesemua pihak yang disebutkan itu tidak pun terlibat dengan skandal yang disebutkan Rafizi, sebaliknya yang terlibat ialah pihak pengurusan NFC Corp itu sendiri.

Sebab itu yang dibawa dan dituduh di mahkamah hanya suami Shahrizat (Datuk Seri Muhammad Salleh), bukan mana-mana pihak dari UMNO mahupun kerajaan.  Shahrizat pun tidak (terbabit), hanya mengiringi suaminya ke mahkamah sahaja.

Itu pun baru bawa ke mahkamah, belum tentu salah ke betulnya lagi.

Pendek kata, dari segi intergritinya, tuduhan asal Rafizi yang mengaitkan ‘skandal’ NFC dengan Shahrizat dan UMNO telah musnah sama sekali dan ini turut diakui rakyat yang jelas tidak beri perhatian kepada apa-apa perkara berkaitan NFC ini lagi dah sejak Ketua Audit negara sendiri mengesahkan tidak ada penyelewengan berlaku dalam pengurusan NFC.

Sebab itu Rafizi cari juga jalan bagaimana nak perhangatkan keadaan, dengan menggunakan lobi parlimen sebagai lokasi ‘pendedahannya’.  Konon-konon macam dia dah sama taraf dengan ahli Parlimenlah sehingga boleh beri kenyataan di situ.

Tuan/puan semua perlu ingat, Rafizi tidak ada jasa yang nak ditunjuk kepada rakyat untuk menjustifikasi pemilihannya sebagai calon PKR dalam pilihanraya umum akan datang.  Nak kata dia aktivis masyarakat bukan, kata kata ahli agama pun bukan, jadi Anwar perlu reka satu isu untuk mempopularkan Rafizi, sama seperti Anwar mereka himpunan Bersih untuk mempopularkan Ambiga.

Beruang Biru & The Pola Bear

Sunday, March 11, 2012

WOW!!! Portal Pembangkang Berang Kerana Kebodohan Rafizi Dalam Isu Pertunangan Anak PM!


SIDANG media oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR semalam, kononnya untuk mendedahkan ‘bukti kukuh’ mengenai dokumen yang mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  menggunakan wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuannya pada Jun 2011, rupanya berakhir dengan bencana.
Penulis tersentak bila dimaklumkan bahawa dokumen yang ditunjukkan dan diedarkan kepada media semalam sebenarnya hanyalah SEBUTHARGA oleh pihak hotel Shangri La untuk penganjuran majlis tersebut, bukan dokumen pembayaran oleh pihak kerajaan kepada hotel tersebut bagi membiayai majlis itu.
Baca Seterusnya DISINI

Thursday, December 1, 2011

PANASSS... Video DS Shahrizat Mengamuk!!! Rasakan Kuasa... Tamparan WANITA!!!




Berkali-kali GT ulas, terutamanya di PRK-PRK, Gelombang Merah adalah armada yang paling ampuh bekerja untuk parti.  

Kali ini, Jeneral Perang Gelombang Merah mengamuk, gara-gara serangan peribadi oleh Zuraidah Mak Lampir aka Taliban Desperado yang jelas mencari publisiti murahan sehinggakan terlalu mengarut. Tak payahlah GT ulang kembali apa yang Zuraidah Mak Lampir pernah cakapkan... desperado lah katakan...

Edisi dari Kak Jat kali ini, 3 dalam 1, Zuraidah, Rafizi dan Saifuddin kena balun dalam 1 masa!

Rasakan kuasa... Tamparan WANITA!!!

Saturday, November 26, 2011

Isu NFC: Apabila Syaitan Mula Membantu, Maka Kehancuran Islam Bermula!


Apabila isu fidlot menjadi heboh, saya hanya memerhatikan perkembangan tersebut dengan teliti. Ada beberapa perkara yang dapat saya kesan berdasarkan pemerhatian saya sebagai orang awam dan orang Islam.
 
Bagi saya, NFC yang baru hendak masuk tahun ketiga beroperasi mungkin mempunyai kelemahan di sana sini. Apatah lagi wujud perjanjian yang masih belum dan lambat ditandatangani dengan pihak kerajaan menyaksikan, operasi tersebut tidak dapat dijalankan secara menyeluruh. Lagipun NFC mengambilalih kerja-kerja yang ditinggalkan oleh sebuah syarikat dari luar negara yang sepatutnya menjadi kontraktor utama, membuatkan seluruh operasi terpaksa dimulakan dari awal.
 
Namun berdasarkan bukti-bukti serta selarinya dengan laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan sasaran 8,000 lembu bagi tahun 2010 telah dapat dicapai, saya melihat syarikat tersebut sedang berada di atas landasan yang kukuh dan tepat.
 
Saya tidak bermaksud hendak membela NFC kerana saya hanyalah seorang pembaca laporan yang disediakan oleh Ketua Audit Negara dan lawatan yang dibuat ke ladang tersebut baru-baru ini, hanyalah lawatan singkat. Beribu-ribu lembu yang saya lihat di ladang itu, mungkin baru sahaja dimasukkan ke kandang fidlot untuk mengelabui mata saya.
 
Baca seterusnya DISINI.

Friday, November 25, 2011

Isu NFC: Kenapa Rafizi & The Lembu's Sorokkan Identiti Danny Fong Sai Yuk???


Siapa Danny Fong?  Apa hubungan dia dengan NFC?  

Dan kenapa Rafizi & The Lembu's tidak mendedahkan butiran pasal Danny Fong kepada umum? 

Kenapa mereka nak sangat NFC lingkup?

Kenapa sasaran politik mereka adalah NFC?  

Apakah NFC bakal memecahkan monopoli kartel daging yang dikuasai oleh pihak-pihak tertentu?  

Apakah hubungan Danny Fong dengan "pihak-pihak tertentu"?

Sahabat blogger menerjah Rafizi & The Lembu's beserta Danny Fong Sai Yuk (bukan nama sebenar) DISINI


Tuesday, November 22, 2011

PANASSS... NFC Berada Di Negara Arab Untuk Promosi Daging Halal!!! Bukan Seperti Dakwaan Puddin Mat Muka Bulan!


Saifuddin Nasution cuba mengoptimumkan serangan kepada NFC, syarikat yang punya cita-cita besar dalam industri halal.

Kali ini, Pudin Muka Bulan menghalakan fitnah terbarunya, iaitu menuduh bos NFC, Salleh Majid menggunakan wang NFC untuk melakukan umrah.

NFC bukanlah syarikat berhati kecil.  Modal perniagaannya sudah cukup untuk memberitahu akan saiz perniagaan tersebut.  Ia adalah pelan jangka panjang.  

Wajar bagi NFC untuk memasarkan produk daging mereka ke peringkat antarabangsa.  Dan sebagai produk halal, tentunya negara-negara Arab menjadi sasaran utama, kerana lebih mudah atas faktor jumlah penganut Islam.  Dan negara seperti UAE dan Saudi Arabia menjadi hub penting untuk penetrasi pasaran negara-negara Islam lain.

Gambar diatas menunjukkan Pengarah Eksekutif NFC berada di UAE untuk tujuan promosi produk mereka.  Ini menunjukkan usaha dari NFC. 

Selepas itu, Arab Saudi menjadi destinasi bagi tujuan yang serupa, mencari potensi pasaran kepada produk daging halal.

Dan apakah NFC tidak boleh berada di Arab Saudi untuk tujuan perniagaan? 

Salahkah, sedang punya kesempatan berada disana, seorang hamba Allah melakukan ibadah umrah atas rasa kasih pada Rasullullah, dan Rab nya? 

Apakah sebenarnya motif Saifuddin membuat kenyataan sejahat ini kepada Salleh Majid?  Mengapakah sampai tahap begini permainan politiknya?  

Apakah dia mengambil idea dari serangan fitnah terhadap ibadah haji yang dilaksanakan oleh PM?  

Apakah agama Saifuddin, sebenarnya?

Baca juga terjahan sahabat blogger DISINI.

Saturday, November 19, 2011

MESTI BACA: 7 Fakta NFC Yg Juga Menjadi 7 Dalil Mengapa Rafizi Berotak Lembu Didedahkan!!!


Tuduhan pertama - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa tidak bercakap benar apabila menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta.

Mengulas perkara ini, Mohamad Salleh berkata, pengeluaran dana itu mempunyai dua tahap dan kedua-dua pemimpin itu berkata benar bahawa NFC hanya mendapat RM181 juta pada 2009.

Katanya, jumlah RM250 juta dimasukkan dalam Akaun Pinjaman Khas (SLA), tetapi proses pengeluaran baki dana memerlukan pengesahan dan perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.

Tuduhan kedua – harga seekor lembu NFC RM4,481, berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,700.

Katanya, tuduhan itu berikutan kegagalan memahami prinsip pengurusan akaun yang menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu. Ini menyebabkan perbelanjaan perjalanan dan utiliti juga dimasukkan dalam harga ternakan.

“Berikutan pengurusan akaun, lebih banyak lembu dijual, harga semakin rendah. Ini menyebabkan pada peringkat awal harga seekor lembu NFC adalah mahal,” katanya.

Bagaimanapun, perbandingan tidak boleh dibuat dengan lembu tempatan kerana ternakan NFC adalah antara 70 hingga 100 peratus lebih berat berbanding lembu tempatan.

Tuduhan ketiga – rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran NFC.

Katanya, diskaun tiada kaitan sepenuhnya kerana Meatworks bersama 70 pembeli lain juga menerima diskaun sama daripada RFC dan jumlah RM2.9 juta itu sebenarnya diskaun dan promosi RFC kepada semua pembeli berdaftar.

Tuduhan keempat – NFC mencatat kerugian antara RM7 juta hingga RM11 juta pada 2009 dan akan menghadapi masalah menyebabkan kerajaan melupuskan pinjaman itu.

Menjawab tuduhan itu, Mohamad Salleh berkata, pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman.

“Perniagaan NFC sedang berkembang dan ini membolehkan harga seekor lembu diturunkan dan keuntungan meningkat. Dijangka syarikat akan mencatat keuntungan pada 2015 atau 2016. Oleh itu, menuduh NFC gagal adalah tidak adil pada peringkat ini," katanya.

Tuduhan kelima – dakwaan Rafizi dana disalurkan dari NFC kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC.

Beliau berkata, NMLC diwujudkan bagi membolehkan pengimportan lembu, penyembelihan dan pemprosesan diasingkan dari fungsi pengedaran dan peruncitan yang diuruskan RFC.

“Tiada dana yang masuk dalam poket individu, terutama secara langsung dikaitkan dengan Shahrizat. Tuduhan berlaku penyelewengan dan ketirisan dana adalah fitnah kerana semua pelaburan dibuat atas nama NFC dan NMLC," katanya.

Tuduhan keenam – pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta, bagaimanapun dakwaan mengatakan RM9.8 juta diseleweng untuk tujuan itu yang tiada kena mengena dengan industri ternakan lembu.

Katanya, pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC.

“Sebenarnya menempatkan dana itu dalam simpanan tetap adalah kurang kontroversi, tetapi tidak memberi hasil sepatutnya kepada syarikat melalui dana sebanyak itu.

“Kondominium itu diberi diskaun 20 peratus dengan jaminan sewa sebanyak RM30,000 sebulan yang dikreditkan dalam kumpulan NFC. Katakan memasukkan RM13.8 juta dalam simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus akan memberi pulangan sebanyak RM379,500.

“Sewa pula memberi pulangan RM360,000 setahun. Oleh kerana hartanah ini dibeli 20 peratus lebih rendah berbanding nilai pasaran maka diandaikan jika hartanah ini dijual semula pada harga pasaran, maka akan ada tambahan RM2.76 juta bersama sewa setahun RM360,000,” katanya.

Ini bermakna, jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.

Selain itu, katanya hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian.

Tuduhan ketujuh – dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.

Mohamad Salleh berkata, sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.

Selain itu katanya, NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan.

Tuduhan kelapan – perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 sedangkan hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.

Katanya, setakat ini perbelanjaan itu hanya kira-kira 0.3 peratus daripada RM250 juta, iaitu suatu jumlah kecil berbanding nilai projek.

“Pada peringkat awal NFC, pengurusan syarikat perlu pergi ke Australia untuk berjumpa perunding dan juga membeli lembu. Perbelanjaan begini memang dijangka dan dimasukkan dalam bajet,” katanya.

Tuduhan terakhir – Rafizi mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.

Katanya, NFC tidak wujud pada 2006 dan jika tentangan itu adalah berdasarkan daya maju syarikat itu, mereka tidak sepatutnya terlalu banyak merujuk kepada personaliti, tetapi terhadap daya maju syarikat.

“Ini menunjukkan secara terang-terangan serangan terhadap menteri, malah keluarganya,” katanya.

GERAKAN TIMUR:
So, segala soalan Rafizi Lembu telah terjawab.  Pukul 10.35 malam nanti, satu lagi artikel bakal menyusul tentang kerajaan PKR negeri Selangor.  

HOT story pasal kerajaan Selangor.  Ini fakta, bukan cobaan.  Tetapi PKR cuba sedaya upaya untuk menutup penyelewengan ini.

Mohon Rafizi, Mak Lampir atau Pudin jawab pulak.  Tak kisahlah, sesiapa pun boleh jawab, asalkan boleh jawab dengan intelek.  Almaklumlah, bila si Khalid Jamban yang jawab, alamatlah ke lautlah jawapannya.  

Faekah pun boleh jawab kalau faham soalan.. hehehehe...

Isu NFC: Perkara-Perkara Yg Tidak Didedahkan Oleh Rafizi Otak Lembu!!! Belajar Tinggi Konon!!!


Dia berstatus Pengarah Strategik PKR.  Belajar di London, dan balik ke Malaysia dan diklasifikasikan sebagai intelektual oleh Fuckatan.  Dan jawatan yang dipegangnya itu adalah berdasarkan merit, merit atas apa yang sanggup diperlakukan oleh Al Jub keatasnya!

GT nak cerita pasal National Feedlot Corporation, yang dipolitikkan oleh si pecacai harbi laknatullah, Rafizi Lembu.

Pertama, ianya adalah "open tender", dan bukan "direct nego".  Direct negotiation ni sangat popular di negeri Selangor pada masa kini, sungguhpun dahulu merekalah yang mengembek sana sini menghentam BN atas praktis yang sama.  

Dan bercerita tentang "open tender", NFC telah berjaya mendapatkan tender tersebut, sekaligus mengalahkan beberapa syarikat lain yang turut sama membida projek ini.  So, projek ini open tender, bukannya "direct nego".  Fair and square.

Kedua, projek ini dibiayai menerusi "Soft Loan".  Ini beerti NFC wajib membayar semula wang pinjaman yang diberikan kepada syarikat berkenaan.  Ia tidak sama dengan apa yang diperkatakan oleh Fuckatan, iaitu wang rakyat digunakan tanpa ada prosedur pembayaran balik.  Apa yang cuba mereka gambarkan ialah NFC dibiayai dengan cara mencuri wang rakyat!  Walhal, ia WAJIB dibayar balik!

Ketiga, tahukah anda bahawa industri pengimportan daging ini telah dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu?  Ia melibatkan urusniaga bernilai RM1.5 Billion!  Monopoli bermakna mereka lah yang menentukan harga, dan kenaikan harga amat sukar dikawal oleh kerajaan.  Dan seperti biasa, harga barang naik, kerajaan yang bersalah.  Dan tentunya ada yang marah, gara-gara usaha kerajaan ini bakal menyebabkan status monopoli mereka tergugat!  

Apabila mereka tidak dapat memonopoli, maka akan ada harga alternatif yang bagus untuk rakyat.  Untuk siapa?  Untuk RAKYAT!!!  Jadi, apa yang Rafizi marahkan sangat bila kerajaan berusaha memberi harga yang baik kepada pasaran, demi untuk rakyat?

Berkenaan dengan pembelian kondo dengan duit yang dipinjamkan, apa masalahnya?  GT bersetuju dengan Dr. Mohamad Salleh, Pengerusi NFC yang berkata bahawa keputusan untuk membuat pelaburan ke atas kondo ini adalah yang terbaik berbanding membiarkan wang berkenaan di dalam bank yang hanya akan memberi pulangan sebanyak 2.6 peratus sahaja.  

Kondo itu sedang disewakan kepada expatriates, itu merupakan income kepada syarikat.  Dan menurut konsultan kewangan tersohor, melalui bukunya, Azizi Ali memberitahu bahawa by the time you hold the house's key, it means the price of that house has gone up to 20%.  Kita bercakap tentang soal kondo yang terletak di Bangsar, bukan Bukit Beruntung!  

Sementara duit yang ada di bank, takkan nak biarkan dengan keuntungan 2.6% je kot..  Bukan semua benda boleh dibuat secara serentak, ia berperingkat-peringkat, pasti bukan semua duit digunakan dalam masa yang sama!  So, pakai dululah balance dalam bank untuk dapat keuntungan syarikat.

Korang ingat, kartel daging tu nak biarkan je ke projek ini berhasil?  Pasti akan gunakan lobbying power di luar negara untuk menghalang projek ini.  Apa jua cara!  Jadi, jangan hairan sekiranya projek ini tidak berjalan dengan lancar.  Segalanya mungkin! 

Tapi projek NFC tetap berjalan dengan baik... tgk gambar kat bawah ini:




Tuuu diaaaa... Thumbs Up!!!
Ada orang bertanya, kalau camtu, invest je la kat bidang hartanah, mengapa nak spend kat bidang pertanian?  Biar GT jawab.  

Pertanian ini melibatkan national security matters.  Kalau kita terpaksa depend kat outsider untuk makanan, masa depan yang malap buat negara.  Apa jadi kalau diorang pakat stop bekalan makanan kat kita?  Begitu juga dengan mengapa kerajaan masih lagi mengawal soal padi dan beras negara.  

Bila makanan tak cukup kat negara, apa yang terjadi?  Tak payah kecoh pasal politik atau pilihanraya, lupakan sahaja kerana pada waktu itu, kita lebih cenderung untuk berperang!

Pada GT, bukan semua perkara boleh dipolitikkan.  Ini soal national security.  Dan ia melibatkan syarikat perniagaan, bukannya individu atau ahli politik.  Fuckatan ni, dah takdak isu membina lain untuk kepentingan rakyat ke?

Perhatikan 3 ekor lembu yang dikenalpasti mengalami sakit kuku mulut, sawan serta gila babi berada di NFC sewaktu rakan-rakan blogger meliwat melawat ladang NFC di Gemas semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...