Bersama Berjuang

Friday, February 24, 2012

"Full House" di Bicara Minda Membuktikan Tun M Tokoh Negarawan Yang Dihormati!!


GT ingin ucapkan syabas kepada Kementerian Belia dan Sukan, yang dipimpin oleh Datuk Ahmad Sabery Chik, yang mengambil inisiatif dalam mendekatkan golongan kepimpinan persatuan belia kepada tokoh negarawan tersohor, Tun M.  

Foto diatas membuktikan betapa sambutan luar dugaan ini adalah petanda Tun M mendapat perhatian serius di peringkat pemimpin pelapis.  Mengikut penganjur, mereka menjangkakan seramai 1000 orang belia akan hadir, namun jangkaan meleset, apabila seramai kira-kira 1500 wakil belia yang memenuhi ruang Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC pagi tadi.  Penganjur terpaksa membuka satu lagi dewan, bersebelahan dengan Dewan Tun Dr. Ismail ini bagi menampung jumlah hadirin.

Dalam ucapan pembukaan, Datuk Ahmad Sabery Chik mengimbas kembali kejayaan Tun M dalam menentukan halatuju negara.  Bukan itu sahaja, Tun M juga dilihat sebagai pemimpin yang berjaya mentadbir negara dengan cara tersendiri, sehinggakan negara-negara lain mengikut cara dan pendekatan yang diambil oleh Tun M.  

Tun M pula, dalam ucapannya secara terbuka menyatakan bahawa golongan pimpinan belia adalah pelapis kepimpinan negara.  Dan mereka seharusnya diberi ruang dan peluang untuk menyumbang idea untuk pembangunan negara.  Sedikit teguran, budaya mencantas pemimpin muda yang berkaliber harus diminimakan, dan pemimpin yang sedia ada perlu sedia berundur apabila tiba masanya, bukan terus-terusan berada di tampuk kuasa.  

Paling menarik, sesi soal jawab, di mana Datuk Ahmad Sabery Chik bertindak sebagai moderator.  Dan respons dari hadirin sangat menggalakkan, sehingga terpaksa menghadkan soalan-soalan berikutan kekangan masa.  Siapa yang tidak teruja, apatah lagi golongan belia, apabila diberi peluang untuk melontarkan soalan tentang kepimpinan dan halatuju belia kepada negarawan tersohor negara.  Tun M sendiri menjawab soalan-soalan itu.  

GT merasakan aura kehebatan seorang pemimpin, yang pastinya menjadi ikon kepada setiap warga belia yang hadir pagi tadi.  

Dan kehadiran yang ramai itu sebenarnya memberi petanda atau isyarat yang sihat kepada KBS, kerana satu acara terbesar untuk belia, iaitu Himpunan Sejuta Belia 2012 di Putrajaya pada bulan May nanti.  

Syabas KBS, program bersama Tun M ini, GT klasifikasikan sebagai berjaya!  Semoga kejayaan ini dapat menjadi benchmark, untuk bersiap sedia, May menanti.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...