Bersama Berjuang

Friday, February 24, 2012

TAZKIRAH PAGI: Hadi Awang Perlu Faham Maksud "Wasatiyyah"!!!


Wasatiyyah dari segi bahasa, merujuk kepada konsep pertengahan dan seimbang. Konsep ini diambil sebagai pendekatan terbaik dalam pelbagai perkara, termasuk modal insan, masyarakat madhani dan mentadbir negara. Pendekatan Wasatiyyah ini semakin popular, apabila Perdana Menteri sendiri mengiktiraf konsep Wasatiyyah, dalam membangunkan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.  

Bersederhana dalam segala pendekatan, dan mengelakkan sifat melampau, fanatik dan taksub yang akhirnya akan membawa kepada sifat khawarij.    

Konsep ini bukan baru, malah ianya telah pun diaplikasikan oleh mantan-mantan Perdana Menteri yang lalu. "Moderate", itulah yang selalu bermain di mulut Tun M, sehingga disalahertikan oleh pihak pembangkang, dengan melabel Tun M sebagai liberalis, dan tidak berpegang kuat kepada ajaran Islam.  

Wasatiyyah, dengan pendekatan kesederhanaan dan seimbang, sebagai contoh, boleh dikaitkan dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Contohnya, Islam dijulang sebagai agama persekutuan, namun agama-agama lain masih dikekalkan hak untuk diamalkan oleh penganutnya. Jelas, tiada budaya melampau yang menafikan hak agama lain.  

Dalam erti kata lain, GT berpendapat boleh juga wasatiyyah ini didefinasikan sebagai pendekatan berhemah. Dalam apa juga keadaan, berhemah amat penting dalam menyampaikan maksud, atau melaksanakan sesuatu perkara. Ia selaras dengan sabda Rasullullah SAW "Allah SWT menyukai sifat lemah lembut dalam segala urusan".  

Wasatiyyah membawa pengamalnya ke dimensi baru pemikiran, apabila hujah atau pendapat yang berbeza diambil kira sebelum kesimpulan dibuat. Pendapat yang terbaik akan diambil, dengan hitungan dalil aqli dan dalil naqli. Ia mengelakkan dari sifat jumud yang menghalang keupayaan otak untuk berfikir.  

Wasatiyyah juga berperanan mengelakkan sikap fanatik dan taksub, yang kebanyakkannya boleh dilihat pada ahli PAS. Sifat keterlaluan dan melampau PAS sejak bermulanya Amanat Hadi Awang sehinggalah sekarang telah melahirkan ahli-ahli yang kaku hatinya, beku otaknya, kerana merasakan hanya mereka sahaja yang benar. Menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya demi kepentingan politik dapat dilihat jelas wujud di dalam  PAS. Haram dan bidaah menjadi ucapan mereka, tanpa memperhalusi secara mendalam sebelum sesuatu hukum itu dijatuhkan.  

Kenyataan Undi PAS masuk syurga, kenyataan Nik Aziz itu nabi, adalah contoh terbaik. Ianya berpunca dari doktrin pentarbiyahan melampau, yang melahirkan ketaksuban dan fanatikal.  

Hadi Awang perlu bermuhasabah, kerana pendekatan ekstrimnya, apatah lagi dengan kenyataannya yang terbaru, iaitu barangsiapa melanggar baiah PAS, maka celakalah dunia dan akhirat.  

Suatu pengakuan yang membuktikan betapa keras dan kakunya hati beliau, apabila menolak hujah-hujah lain dan merasakan dirinya sahaja yang betul.  

Tanpa disedari, nafsu sedang menungganginya, untuk mengekalkan kuasa, lantaran tiada lagi kehormatan buat seorang Presiden di kalangan mereka sendiri.  Maka Hadi Awang telah gagal membezakan antara Islam dan PAS. Menjadikan Islam sebagai topeng, PAS sedang berusaha untuk terus relevan di persada politik negara.  

Kepada Hadi Awang, fahamilah konsep wasatiyyah, iaitu berhemah, bersederhana dan seimbang.

2 comments:

  1. Whao!!! U r better than tgha lah...I bet his reign of qualification on islamic knowledges n his position as ulama antarabangsa is not enough. Kudos to u sir...seorang ahli agama yg diam2 ubi... ;)

    ReplyDelete
  2. Whao!!! U r better than tgha lah...I bet his reign of qualification on islamic knowledges n his position as ulama antarabangsa is not enough. Kudos to u sir...seorang ahli agama yg diam2 ubi... ;)

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...