Hilang garangnya Badrul Amin. Ungkapan-ungkapan panas seperti bapak syaitan, segala perkataan kurang enak jelas hilang dari mulutnya. Walhal, semua orang tahu betapa "hebat"nya dia berceramah.
Itulah yang dinamakan menagih simpati, baik dari masyarakat, mahupun kepimpinan partinya sendiri. Nadanya merendah diri, sugul dan mungkin bingung. Sangat kontra berbanding karektornya sebelum ini.
Ada beberapa point penting yang sahabat blogger, Semut Hitam, cuba utarakan dalam video ini. Antaranya bagaimana sikap Peguamnya yang cuba cover line bila berbicara soal kepartian. Apakah peguam itu juga ahli PKR?
Sejak bila PKR gagal membuat laporan polis, sekiranya berlaku sesuatu kepada pemimpin mereka? Apatah lagi apabila dipukul beramai-ramai? Bukankah ini budaya mereka, bagi mencipta persepsi bahawa ianya benar-benar berlaku? Mengapa tidak serahkan kepada pihak polis?
Menanggung segalanya bersendirian? Sayang perjuangan PKR? Fuhhh.. sungguh mulia! Psywar untuk simpati. Apakah bukan kerana sudah tersepit, disebabkan penolakan dalam parti sendiri?
Minit 4:09 pula membayangkan seolah-olah ada krisis dalaman...
Minit 4:35 pula dia "tersasul", sebelum peguamnya cuba cover line...
Amati video di atas, kerana ianya memberi seribu makna. Kredit kepada sahabat blogger, Semut Hitam.
Terima Kasih yang banyak lagi berbelah bagi pada Ustad Badrul Amin kerana merosakkan imej PKR dan perjuangan Islam dalam PR dan dengan serta-merta menguatkan perjuangan UMNO dalam masa yang hampir dengan PRU-13 akan datang ini. Usaha PAS menyingkirkan Hasan Ali juga banyak membantu menguatkan jentera UMNO. Terima kasih sekali lagi. Teruskan usaha murni mu itu.
ReplyDelete