Bersama Berjuang

Tuesday, August 11, 2015

SULTAN JOHOR DAN PERDANA MENTERI DIFITNAH!

“A lie told often enough becomes the truth.” Kata-kata Vladimir Lenin ini ada kebenarnya lebih-lebih dengan perkembangan Internet dan media-media sosial yang menjadikan kita semua hidup dalam era maklumat di hujung jari.

Ada pihak yang cuba menangguk di air keruh apabila menyebarkan berita palsu melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp yang mengatakan kehadiran YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri ke negeri Johor terpaksa melalui Lapangan Terbang Singapura.

Tidak cukup dengan itu, fitnah tersebut berterusan dengan memalitkan Perdana Menteri ke kancah politik kotor dengan penyebaran fitnah bahawa tiada kemudahan dan majlis sambutan dibuat bagi menyambut ketibaan Perdana Menteri oleh Kerajaan Negeri Johor atas titah Sultan Johor.


Cubaan mengheret institusi beraja Johor dilihat sebagai tindakan terdesak pihak pembangkang yang bermain persepsi dengan cubaan melemparkan persepsi negative terhadap hubungan antara Putrajaya dengan Kerajaan Negeri Johor serta insititusi beraja negeri Johor.

Walhal, Perdana Menteri dijadualkan untuk ke Singapura bagi memenuhi undangan Kerajaan Singapura bagi acara Hari Kebangsaan Singapura. Visual kereta bernombor plat negara Singapura yang digunakan oleh Perdana Menteri adalah disediakan oleh Kerajaan Singapura kepada Perdana Menteri untuk masuk ke Johor bagi tujuan merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang, sebelum kembali ke Singapura untuk acara rasmi di sana.

Infrastuktur telekomunikasi yang baik di Malaysia telah disalahgunakan oleh pihak pembangkang yang telah banyak menyebarkan fitnah dan tidak berlandaskan fakta. Tanpa mengira kesahihan sumber maklumat, mereka telah sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan liar tanpa bukti untuk menyokong hujah-hujah mereka. Fitnah dan penipuan yang ditanam hasil penyebaran maklumat palsu ini amatlah berbahaya kerana ianya akan meracuni pemikiran rakyat tanpa disedari.

Walaupun sesuatu maklumat tersebut adalah tidak benar, jika ianya diulang berulang kali maka ianya akan dipercayai sebagai maklumat yang betul. Ini secara tidak langsung akan membentuk persepsi rakyat untuk membenci kerajaan secara membuta-tuli dengan membuat pelbagai fitnah terhadap pemimpin negara termasuk cubaan mengaitkan pemimpin-pemimpin negara dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada membunuh kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah S.W.T :- “Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh” (Al-Baqarah : 217)

Dalam perkara ini, rakyat perlu lebih bijak dalam menentukan kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Ini penting bagi mengelakkan rakyat terpedaya dengan tipu helah pembangkang yang menggunakan taktik propaganda songsang, penentuan agenda dan sensasi.

6 comments:

  1. Orang ramai dah tak mempercayai lagi fitnah2 yang berterusan dari puak2 kafir dapig.

    DAH SERIK! TAK NAK TERJERUMUS DALAM DOSA PENYEBARAN FITNAH!

    ReplyDelete
  2. Perbuatan Najib terus ke Singapora menunjukkan beliau rasa org melayu johor sudah tidak penting lagi....munkin tak ada kenderaan berplat johor utk ambil dia di changi dan bawa ke johor...sebab tu dia pakai plat singapora...Cuba tanya sultan johor dia pergi singapora naik kereta sapa...yg pasti bukan kereta berplat singapork...rakyat johor memang tak suka pun dengan kereta berplat singapora...mereka banyak sombong..

    ReplyDelete
  3. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete
  4. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...