Bersama Berjuang

Sunday, February 26, 2012

Faekah Husin Cabar DS Noh Omar??? Kahkahkahkahkah...!!!



SELCAT BAGAIKAN MATI HIDUP SEMULA, KATA NOH OMAR
TANJONG KARANG, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) "bagaikan mati hidup semula" apabila ia dilapor akan menyambung semula sesi pendengaran awam berhubung isu pasir pada 5 Mac ini.

Beliau berkata sewaktu Selcat ditubuhkan dan menyiasat salah laku pemimpin Barisan Nasional (BN), pendengaran awam yang dilaksanakan begitu laju sekali perjalanannya. 

Bagaimanapun, apabila pendengaran awam yang melibatkan pentadbiran negeri dan pengurusan pasir, Selcat hanya bersidang dua hingga tiga hari sahaja,katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 421 penerima di sini hari ini. 

"Ia berhenti setahun lebihlah dari 2010 sampai sekarang ni. Itupun (disambung) sebab kita timbulkan isu itu balik, Raja Petra timbulkan, kemudian UMNO Selangor timbulkan balik, pegawai-pegawai (Kumpulan Semesta Sdn Bhd) yang diberhentikan timbulkan balik... iapun (Selcat) hidup balik," katanya.

Noh berkata jika didiamkan, pendengaran awam Selcat mengenai isu penyelewengan pasir akan terus mati dan ia akan nampak seolah-olah ditubuhkan bagi kepentingan politik. 

Isnin lepas, Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim dilaporkan berkata pendengaran awam berhubung isu penyelewengan pasir yang membabitkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, akan disambung tiga hari mulai 5 Mac. 

Noh turut mempersoalkan permintaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin supaya beliau hadir pada pendengaran Selcat. 

"Jadi, (perkara ini) kena jelas. Kalau setakat hadir suruh tengok, tak payahlah," katanya. 

Mengulas tindakan PAS mengarahkan calon pilihan raya parti itu agar membuat Bai'ah (perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa), beliau berkata tindakan tersebut diambil mungkin kerana pembangkang dalam keadaan tertekan dan takut kepada bayang-bayang sendiri. 

Semalam, akhbar melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setiap calonnya yang bertanding, diwajibkan berbai'ah dan siapa yang melanggarnya, akan "celaka dunia dan akhirat". 

"Dia tidak yakin rakyat akan menyokong mereka, malah mereka juga tidak yakin dengan calon-calon mereka kerana saya percaya calon-calon yang ada pendirian tegas akan bercakap soal perjuangan Islam," katanya. 

Sebagai contoh, bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mendakwa perjuangan PAS telah lari daripada landasan awalnya, iaitu penubuhan sebuah negara Islam. 

Bernama

GERAKAN TIMUR:
GT cukup "teruja" apabila Faekah 3M (minah muka minyak) membuka mulut busuknya.  Dah berkali-kali lagaknya seperti MB, atau seorang ahli politik.  

Siapa Faekah Husin, untuk bersuara bagi pihak SELCAT?  SELCAT punya Jawatankuasanya sendiri, dan nama Faekah tidak tertulis dalam senarai itu.  

Ini adalah bukti Faekah perlukan "perhatian & belaian".  Itu bahasa kias.  Secara mudahnya, Faekah gila kuasa!  Setiap ruang yang ada, Faekah cuba menjadi heroin, yang akhirnya membawa kepada kenyataan-kenyataan lalok laksana menagih heroin.  

Apa yang rakyat mahu dengan adalah dari mulut Menteri Besar sendiri.  Mengapa sehingga kini, masih senyap dan membisu seribu bahasa?  

Adapun kebisuan MB itu dapat diduga, kerana kerajaan negeri tidak konsisten dalam menangani isu penyelewengan pasir.  Pada awalnya, MB mahukan Transparency International menyiasat isu pasir ini.  Kroni sendiri, maka mudah untuk buat cover up barangkali.  

Kedua, tiba-tiba sahaja Exco hebat yang berjaya menahan lori pasir dengan berkain pelikat pada subuh hari mahukan debat dalam isu ini.  

Ketiga, SELCAT pula dicadangkan untuk isu pasir ini, walaupun pernah dibicarakan suatu ketika dulu, namun ditutup setelah 2 hari diperdengarkan tanpa sebarang keputusan.  

Maka, benarkan dakwaan DS Noh Omar bahawa SELCAT hanya berfungsi untuk kepentingan politik semata-mata!

Chemistry antara Faekah dan pasir pula membawa kepada satu cadangan. GT cadangkan agar Faekah menggunakan pasir sebagai  "scrub" untuk hilangkan minyak di mukanya!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...