Bersama Berjuang

Tuesday, February 28, 2012

TERKINI: Badrul Amin Diperangkap Pimpinan PKR? Siapa Dalangnya?


Sungguhpun "menggunakan" isteri pertama bagi meminimakan apa yang sedang dilaluinya, ia langsung tidak menjadi gara-gara pendedahan laporan polis, tentang betapa "ringan tangan" nya, waima di hadapan anak-anaknya sendiri.  

Percubaan untuk mempotretkan imej sang suami mithali, ia tetap gagal.  Facts don't lie.

Perhatikan Badrul Amin ketika ini, dari saat dia hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Pahang untuk memberi keterangan.  Di manakah pemimpin-pemimpin PKR atau Pakatan yang lain?  

Ianya sama sekali bertentangan dengan kelaziman mereka.  Strategi untuk menunjukkan saling menyokong sudah  hilang apabila Badrul Amin berkeseorangan tanpa teman-teman seperjuangan di sisi.  Kes Anwar, Elizabeth Wong, Suhaimi Penderhaka, dan beberapa yang lain, pasti akan ada teman mengiringi.  Sekarang apa sudah jadi?

Maklumat yang GT terima mengatakan segalanya berpunca dari jawatannya sebagai Ketua Penerangan Negeri, lantikan dari Menteri Besar Selangor. Mungkin ramai yang masih ingat, bagaimana Khalid Ibrahim dan DUN telah meluluskan dana yang besar, kira-kira RM15 juta untuk TV Selangor, dan media-media propaganda mereka yang lain.  

Berlaku sesuatu yang diluar dugaan Badrul Amin, apabila wujudnya "pengacau" gara-gara peruntukan yang telah diluluskan itu.  Dan "pengacau" ini sangat sukar dibendung, gara-gara sikapnya yang dilihat gila kuasa, dan suka mencampuri urusan orang lain.  

Apa yang berlaku kepada Badrul Amin mungkin juga berpunca dari RM15 juta ini.  Tidak menghairankan, kerana jumlah yang banyak itu pastinya membangkitkan selera penyamun-penyamun yang sedang memfaraidkan kekayaan negeri.  Mana mungkin ikan di depan mata dibiarkan sahaja oleh si kucing.

Berlakulah krisis dalam, dalam merebut harta "rampasan perang" tersebut.

Pengacau yang wujud pula memang tidak mengenal erti malu, kecuali kemaluan, dek kerana sikapnya yang asyik lagak kononnya berkuasa.  Ia membawa kepada pengunduran salah seorang orang penting di sebalik media propaganda mereka.  Tak boleh tahan... 

Badrul Amin diasak bertubi-tubi, sehingga tersentap hatinya, dan bengang. Tatkala amarah syaitan menguasai, Badrul Amin dikhabarkan membawa sekumpulan pengamal media yang bersamanya keluar dan menyertai "kumpulan media" lain. 

Ini membangkitkan kemarahan si "pengacau".  Story coverage tergendala, dan segalanya menjadi kucar-kacir.    Tiada berita mahupun liputan untuk propaganda.  Perhitungan harus dibuat.  

Apakah benar ini menjadi pencetus konspirasi dalaman bagi menyingkirkan Badrul Amin dari peta politik ?

Perkembangan terkini menyaksikan tiada sebarang usaha mempertahankan Badrul Amin dengan bersungguh di kalangan pemimpin mereka.  Malah, blogger-blogger mereka dilihat senyap, seolah membiarkan Badrul Amin terkapai-kapai keseorangan.  Berseorangan tanpa teman politik ketika memberi keterangan.

Dan kenyataan untuk berundur diri kononnya demi parti, adalah usaha mendapatkan simpati dengan menjual kononnya "kesetiaan".


Ia memberi indikasi penamatan karier politiknya.  Perbuatannya yang boleh dianggap "sabotaj" kepada gerakan proganda mereka, kini tiba masa terbaik untuk menitiknohtahkannya.  Full stop!

Siapa dalangnya?

3 comments:

  1. 15 juta kau nak kecoh, yg 250 juta macamana???

    ReplyDelete
  2. Hey Samdol,

    isunya bukan nilai, isunya apakah badrul amin dikhianati oleh politik dalaman parti?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...