Bersama Berjuang

Wednesday, February 29, 2012

Definisi "Bercuti Sebulan" Oleh MB Selangor Adalah...???


Menurut Badrul Amin, dia disarankan bercuti oleh majikannya.

Bercuti sebulan untuk merehatkan fikiran, atau mententeramkan emosi? Seharusnya ia begitu, seandainya konsep manusia yang sedang menghadapi masalah dalam hidupnya dijadikan dasar.

Dalam konteks pentadbiran korporat, bercuti sebulan bermakna berehat dari memikirkan hal-hal yang membelenggu diri, atau menyelesaikannya secepat mungkin supaya boleh kembali bertugas.  Tak salah sekiranya seorang majikan bersikap "ihsan" dalam menjaga kebajikan pekerjanya.  

Namun pada Badrol Amin dan majikannya, cuti sebulan mungkin bermakna menjelajah seluruh negara untuk berceramah tentang apa yang sedang dihadapinya.  

Itu prosedur operasi standard PKR dalam menjawab isu, berceramah untuk terus memburukkan UMNO sebagai dalang konspirasi.  

Dan prosedur ini diambil, diciplak, diilhamkan dari apa yang telah dilakukan oleh Anwar apabila menghadapi prosiding mahkamah.  

Bercuti apa ke jadah sekiranya mampu membuat roadtour bukankah itu petanda "fit to work".  Khalid Ibrahim, yang dicanangkan oleh Mat Sabu sebagai pakar ekonomi dan korporat, harus faham membezakan samada pekerjanya fit to work atau pun tidak.  

Badrul Amin berkata untuk "berehat", tetapi rupanya "berehat" itu bermakna berceramah.  Kita tunggu, apa yang bakal terjadi apabila dia mula "bercuti" nanti.

GT nak tanya, bercuti sebulan tu tanpa gaji, atau cuti bergaji?  Kalau berbayar, mmglah dasar perabih harta negeri.  Udahlah dibayar, diberi cuti, kemudian berceramah tentang masalah peribadi pulak tuh..

Khalid faham tak ni, ye?

1 comment:

  1. Badrul membawa isteri pertamanya untuk menghalang dirinya berkhalwat lagi. Seeloknya bawa dua-dua isteri. Tindakan ini bagus. Untuk berceramah sepanjang hari itu tidak mengapa, sebab itulah kepandaiannya, jika disuruh menoreh getah masa cuti begini sungguhpun dapat duit tidak dapat dilaksanakan oleh Badrul kerana tidak berkemahiran.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...