KUALA LUMPUR 22 Feb. - Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. (Restoran Sekinchan) akan menganjurkan kempen pendaftaran pemilih ”Kenduri Jom Daftar Undi” di Laman Pengantin di Setiawangsa di sini pada Ahad ini.
Pengasas dan pemilik Restoran Sekinchan, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, kempen itu, yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), akan berlangsung dari 11 pagi hingga 6 petang.
"Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat Restoran Sekinchan dalam membantu SPR menambah jumlah pengundi ekoran jumlah rakyat Malaysia yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi masih tinggi”, katanya pada sidang media mengenai kempen itu di sini, hari ini.
Sambil mempelawa orang ramai mengambil peluang untuk mengundi, Jamal berkata, restoran itu juga akan membuat promosi menerusi Facebook, Twitter selain mengedar risalah di sekitar Lembah Kelang. - BERNAMA
GERAKAN TIMUR:
Bergegar mana pun komentar anda di blog ini, tidak akan ada makna sekiranya anda belum mendaftar sebagai pemilih.
Berapi mana pun komentar anda di blog ini, tidak akan bermakna sekiranya ahli keluarga anda belum lagi mendaftar sebagai pemilih.
Sekiranya anda dan ahli keluarga sudah layak untuk mendaftar, maka daftarlah sebagai pemilih. Kerana anda adalah senjata, undi anda adalah peluru.
Kita akan berperang tidak lama lagi, perang dunia moden yang menjadikan demokrasi sebagai ideologinya. Jadi, apa tunggu lagi?
1 undi bermakna kemenangan! JOM DAFTAR!!!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!