Bersama Berjuang

Wednesday, February 29, 2012

Suka bermunajat, Akhirnya Isteri Orang Nak Dipanjat? Apa pula kena mengena dengan pihak Istana?



Maaf andai ada yang tersinggung dengan tajuk diatas.  Sesungguhnya perkataan bermunajat itu sangat mulia, namun ianya juga sering digunapakai oleh segelintir pihak sebagai topeng semata-mata.  

Berikutan dengan isu From Lynas To Lendir? ini, terdapat cubaan mengaitkan Tengku Mahkota Pahang.  Ini bukan fitnah, inilah yang ditulis di laman portal pembelit, Malaysiakini.  

Kenyataan dari Badrol Amin itu sebenarnya berunsurkan menagih simpati.  Namun pada hemat GT, terdapat unsur-unsur mengheret institusi Raja ke dalam isu ini.  Ia mungkin bertitik tolak kepada kes yang berlaku suatu ketika dulu, iaitu kes Kartika Sari yang diberi pengampunan dari menjalani hukuman sebat.  

Dengan menceritakan betapa "rapat"nya hubungan di antara dirinya dan Tengku Mahkota Pahang, dan kononnya Tengku Mahkota ingin campurtangan adalah taktik terbarunya.  Bagi PKR, "menjual" nama kerabat bukanlah asing, di mana di Selangor pada suatu ketika, Faekah Husin juga pernah memberi kenyataan yang berunsurkan "penjualan" nama Tuanku Sultan Selangor dalam isu perlantikan SUK Selangor.  Ia semata-mata untuk menagih simpati rakyat, terutamanya orang Islam dan Melayu.

Untuk makluman, Bernama melaporkan Tengku Mahkota Pahang sedang berada di Korea, untuk tujuan rawatan dan sekadar ingin tahu siapa pemimpin PKR yang telah ditangkap khalwat.  Tiada unsur campurtangan istana dalam isu ini.  

Jangan pula nanti, pihak Istana pula dituduh berkonspirasi kerana tidak membantunya, kerana mengikut kenyataan awal Badrul Amin, yang Tengku Mahkota telah menghantar orang kanannya bertemu dirinya dan gambaran awal kononnya akan ada campurtangan istana. 

Atau, lebih perit lagi, UMNO pula dipersalahkan kerana menghalang Istana dari campurtangan dalam isu khalwat ini. 

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...