Bersama Berjuang

Friday, May 6, 2011

KITAB HIDAYAH AL-SALIKIN - HARUS MEMBUKA AIB SESEORANG APABILA...? ANWAR BAGAIMANA?


Apakah Hukum Menyebar Video Maharaja Al Qubul wal Dubul?

Islam mewajibkan umatnya menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tidak baik antaranya ialah mengumpat . Mengumpat ialah menyebarkan keaiban atau keburukan orang melalui lidah. 

Hukumnya adalah berdosa. Namun ianya harus pada enam keadaan iaitu :

1. Mengadu keburukan atau kejahatan seseorang kepada hakim supaya diadilinya.

2. Mendedahkan keburukan seseorang supaya dia berhenti daripada melakukan perbuatan jahatnya (selepas nasihat tidak berhasil)

3. Meminta fatwa daripada ulama tentang perbuatan keji seseorang

4. Menakutkan atau menghindarkan seseorang atau orang ramai daripada bersahabat dengan orang fasiq kerana bimbang terpengaruh dengan kefasiqannya (lebih-lebih lagi perbuatan fasiqnya itu boleh mengancam kedudukan agama dan negara)

5. Hendak memberi tahu nama seseorang dari satu golongan yang ramai mempunyai nama yang sama. Justeru disebutlah keaiban atau kecacatan pada dirinya.

6. Menyebut kejahatan orang yang masyhur dengan perbuatannya kerana dia tidak akan memarahinya bahkan berbangga dengan gelaran tersebut.

Persoalannya bagaimana pula sebaran keaiban dengan kaedah video klip ? Jawabannya samalah seperti mengumpat iaitu dosa besar kecuali bertepatan dengan salah satu daripada 6 keadaan yang diharuskan tersebut.

Rujukan :  Kitab Hidayah al-Salikin , muka surat 172, Bab menjauhi maksiat zahir 

Kesimpulan. Renung - renungkan. 


Akhirnya Wan Azizah telah menjadi seorang ahli politik, bukan lagi seorang isteri.
(lepas ni press conference baca skrip lagi)

Sumber:  Wayang Kulit Moden 

GERAKAN TIMUR:
Ada penambahan / komen dari anda? 

1 comment:

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...