Bersama Berjuang

Thursday, March 24, 2011

LELAKI Y VIDEOLEAKS: BUKTIKAN VIDEO ITU SHAHIH, MOTIF JATUH NO. 2!!!


Datuk Trio telah muncul memberi penjelasan.  Apa yang mereka lakukan hanyalah untuk mendedahkan kebenaran moralitus seorang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri.  

Ramai yang skeptikal tentang motif pendedahan ini.  Yg paling melantun-lantun gabra sudah tentulah Johari Abdul, MP PKR yang gagal memanipulasikan keadaan untuk menghirup lendir keuntungan dari video lelaki Y.  Maka dia pun berlakon sebagai "hero" dengan mendedahkan ini adalah umpan BN untuk menarik lebih ramai MP PKR menentang Anwar Ibrahim dengan dijanjikan habuan kewangan. 

Sudahlah Johari... "Itu mmg sipolan.. benar!  Itu ketua PR!".  Checkmate!!!

Apakah dendam menjadi motif utama pendedahan ini?

Blog X-PKR menulis "dikhabarkan banyak janji-janji kepada Eskay tidak ditunaikan AnWAR, bahkan banyak pula wang Eskay diguna oleh AnWAR. Eskay juga terlibat mengatur beberapa 'keperluan' AnWAR yang tidak boleh disediakan oleh orang lain. Pendekata, Eskay adalah orang kepercayaan AnWAR sebelum beliau sedar hanya dipergunakan saja oleh AnWAR."

TS Rahim sendiri berkata bahawa Anwar, dengan arahan oleh PM, Tun M pada masa itu, menyuruh beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri berikutan kes yang membabitkannya walaupun mahkamah membuktikan TS Rahim tidak bersalah.  Malah, Tun M juga mengakui bahawa beliau tidak pernah memberi arahan kepada Anwar untuk berbuat demikian. 
Tanyalah ahli politik.  Mereka tahu "politik kotor" permainan Anwar.  ABIM pernah dimungkiri, Allahyarham Ghaffar Baba pernah dibohongi.  Tun M apatah lagi.  Adat berpolitik, apabila menggunakan taktik kotor untuk berpolitik, bersedialah untuk menghadapi musuh politik yang diciptanya sendiri.  

Setiap orang yang terlibat dalam skandal pendedahan ini punya motif masing2.  Tidak perlu utk kita panjang2kan isu motif ini kerana fokus utama ialah kesahihan video xxx tersebut.  

Rakyat berhak untuk tahu tentang kebenaran isi kandungan video seperti didakwa.  Soal yang paling besar ialah ia melibatkan seorang yang mgkin menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Drama king akan semakin hebat lakonannya, bukan sekadar di pentas politik, malah di atas ranjang!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...