Bersama Berjuang

Monday, January 30, 2012

Foto2 Penangan Hasan Ali Bersama Puluhan Ribu Yg Buatkan Nizar Komunis Meroyan Sampai Gila!!!


Petanda Gerakan Islam, Ummah Dan Raja-Raja Melayu mendapat sokongan rakyat!!!  

PAS semakin hilang relevennya!!!

Kredit kepada Sg. Rapat Online yang snap the pictures!

Khalid Ibrahim Bagi "Hint" Pembubaran DUN Selangor Kepada Zulkifli Ahmad???

Pic:  Kredit to Umno Kuala Selangor

Trial Election 13 ini dipercayai dianjurkan oleh PAS Kuala Selangor.  

Apakah ini petanda bahawa Khalid Ibrahim sudah memberikan signal kepada rakan parlimennya, Zulkifli Ahmad bahawa Menteri Besar itu bersedia untuk membubarkan DUN?

Maksudnya mudah, Khalid dan Zulkifli ingin mengetahui samada mereka masih lagi relevan atau tidak di kawasan berkenaan.  Ia mungkin juga menjadi titik tolak kepada keputusan samada terus bertanding di kawasan masing-masing, atau mencari kawasan baru yang mudah janji-janji ditaburkan.  

Rakyat Ijok masih menagih janji, rakyat Kuala Selangor tidak mendapat sebarang manfaat dari Ahli Parlimennya, yang dilihat lebih berminat untuk bersuara kepada isu kalimah Allah dan pluralisma semata.

Khalid ingin bubarkan DUN awal??? Silakan...!!!

Sunday, January 29, 2012

PANASSS.. Pusat Seks Antarabangsa Di Kawasan Pesuruhjaya PAS Selangor!!! TAKE BEER...



KLANG – Sebuah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di sekitar Meru dipercayai menjadi tempat menyediakan perkhidmatan seks sejak tiga tahun lalu.

Dengan bayaran serendah RM50, perkhidmatan itu disediakan khusus untuk warga asing. Difahamkan, lelaki tempatan tidak dibenarkan memasuki premis itu kerana pengusaha khuatir rahsia mereka diketahui.

Bagaimanapun, kegiatan tersebut mula terbongkar selepas penduduk berhampiran mendapati premis itu semakin kerap dikunjungi warga asing akhir-akhir ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, apa yang dibimbangi ialah aktiviti tidak bermoral itu akan mempengaruhi generasi muda di kawasan sekitar.

“Kita tidak mahu kawasan ini dijadikan pusat pelacuran. Kegiatan tidak bermoral itu sekarang semakin mengundang ketidakselesaan penduduk,” ujarnya.

Kata Ahmad, pelanggan tempat tersebut terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.

“Saya difahamkan pengusaha premis terbabit menggunakan wanita warga Indonesia sebagai pelayan khidmat seks dan ia amat laris pada hujung minggu,” katanya.

Jelasnya lagi, pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari. Semua pelanggan perlu menggunakan pintu belakang bagi memasuki tempat itu.

“Sekali pandang bahagian hadapan bangunan tidak ubah seperti penempatan setinggan warga Bangladesh,” beritahu beliau.

Ahmad berkata, beliau pernah cuba memasuki tempat tersebut namun telah dihalang pengusaha terbabit yang mengetahui beliau orang tempatan.

Kosmo

GERAKAN TIMUR:
Sangat mengejutkan pendedahan oleh Kosmo ini.  Setahu GT, Pekan Meru bukanlah kawasan yang luas, waima terbahagi kepada kawasan lot kedai dan kawasan perindustrian.  Rasanya, jarak dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Meru ke kawasan perindustrian ini sekitar 2 km sahaja.  

Lebih memilukan, mengikut laporan Kosmo, ianya sudah beroperasi selama 3 tahun.  Dan angka 3 tahun itu bermakna kerajaan tempatan bukan lagi dikawaltadbir oleh BN.  

ADUN Meru sebenarnya tidaklah sesibuk mana jika diambil kira dari kedudukannya sebelum ini.  Beliau bukanlah seorang exco, waima Pesuruhjaya PAS Selangor.  Hanya sekadar YDP PAS Kapar, satu jawatan rutin kepada setiap ADUN PAS Selangor.  

Apa yang menjadi persoalan ialah selama 3 tahun itu, apakah ADUN Meru tidak melawat kawasan, atau tidak cuba menyelidiki apa yang berlaku di kawasannya.  Atau, apakah ADUN Meru terlalu sibuk dengan "tugas-tugasnya" di luar negara?  

Atau ADUN Meru sudah merasakan "complacent", atas kemenangan yang besar pada 2008, lantas tidak memandang kawasan walau dengan sebelah mata?

Sebagai contoh, satu ketika, penjualan DVD cetak rompak sangat berleluasa di Meru, dan GT difahamkan sehinggalah sekarang.  Mudah untuk mendapat DVD ini, kerana boleh didapati di pasar malam di sekitar Meru.  

Siakap senohong gelama ikan duri.  Begitulah bidalan orang dahulu yang membawa maksud sehingga ke hari ini.  Akibat dari membiarkan sekecil-kecil gejala berlarutan, akhirnya membawa kepada gejala pelacuran.  

Di mana dia unit amal,  unit amal makruf nahi mungkar, JKKK dan segala unit yang diwar-warkan kepada rakyat, mahupun melalui banner-banner mereka?  Apakah segala unit ini sekadar RETORIK?

Seandainya tidak mampu berbuat apa sekalipun, seharusnya sebagai kerajaan negeri yang memerintah harus bekerjasama yang badan penguatkuasaan untuk memastikan gejala ini tidak berlaku. 

Jangan asyik menyalahkan orang lain, jangan asyik mencantas orang lain, jangan asyik berpolitik 24 jam.  Rakyat mahukan perlindungan, rakyat mahukan ketenteraman awam, rakyat mahukan kawasan yang menepati apa yang PAS janjikan sebagai Baldatun Toiyibatun Wa Robbur Ghofur. 

Meru, Syurga Patpong terbaru di Selangor...  TAKE BEEERRR...!!!

Friday, January 27, 2012

Jawapan Mengapa PAS Cuba Sabotaj Hasan Ali!!!

Hasan Ali mula mencipta fobia di kalangan PASrasit. Keadaan semakin panas dgn perkembangan terbaru di Bangi pagi tadi. Hasan Ali dipecat, tapi PAS yg meroyan.

Arus penentangan golongan pro ulama sudah bermula. Ada 'bonus' dlm gerakan ini. Siapa mereka?

KLIK SINI


Published with Blogger-droid v2.0.4

PANASSS: Banner Hasan Ali Di Bangi Jadi Mangsa Parasit!!!

Kenyataan Media


Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang telah menurunkan 10 banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.


Roadshow itu dijangka akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9 mlm di Balai Pahlawan, Padang Sekysen 2 Bandar Baru Bangi kini sedang disabotaj oleh regim Exco MB Khalid Ibrahim.


Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB. Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan.


Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian? SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masadepan politik seks bebas yang diperjuangkan pakatan selangor sekarang.


Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut.


IMR penyelamat rakyat.


Norman Toha

Pengerusi

Sekretariat Mobalisasi Ummah


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 26, 2012

Portal Terbaru Untuk Generasi Muda!!! Jadikan Ia Rutin Anda!!!


Suara Generasi Baru, satu portal yang GT difahamkan dibangunkan oleh anak-anak muda untuk mencambah pendapat mereka.  

Anak muda mahukan pendapat mereka didengari.  Opportunity to be heard.  Dan jangan pinggirkan mereka, kerana mereka yang akan menentukan kepimpinan masa hadapan.  
Jadikan ia rutin bacaan anda!!!  KLIK SINI

Benarkah Label Parti Adat Sosial Suatu Penghinaan Kepada Islam?


Lucu GT mendengar keluhan ahlul-ahlul PAS.  Dari 2008 sehingga sekarang, atau dalam bahasa mudahnya, dari menang dan berkuasa di Selangor, sejak bila pula PAS perjuangkan Islam?  

Jadi, apa kena mengena PAS dengan Islam?  Apakah salah PAS digelar Parti Adat Sosial?  KLIK SINI untuk bicara menyelamatkan akidah ahlul PAS.

Wednesday, January 25, 2012

PASrasit Kepanasan: Hasan Ali Gempur Akidah Ummah Di Kawasan Khalid Gereja!!!

Klik Banner Untuk Besarkan Imej
Konsepnya sama seperti di Dewan MPK Meru pada minggu yang sudah.  

GT dapat rasakan ada orang terasa panassssss...  terbakar.  Cam syaiton kot... hehehehe...

Mohon sebarkan ke seluruh pelusuk negeri... 

Takbiiirrrrr...

Wowwww... YB Manicksavagam Akan Keluar PKR???


Seperti ada sesuatu yang baru selepas Anwar hadir "meliwat" Pekan Kapar tempoh hari.  YB Manicksavagam dikhabarkan bakal mengejutkan senario politik negara.  

Apa dia???  KLIK SINI

Surat Hasan Ali Yg Buatkan PASrasit Ibarat Cacing Kepanasan!!!


KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN ALI
ADUN GOMBAK SETIA

Berhubung dengan perlantikan YB Dr. Ahmad Yunus sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan tempat saya bagi mewakili PAS, saya ingin memberi sedikit ulasan seperti berikut :

Pertamanya saya ingin mengucap tahniah kepada YB Dr Yunus di atas perlantikan tersebut. Bagi saya beliau adalah calon yang terbaik di kalangan adun-adun Pas di Selangor. Sifatnya yang kurang bercakap tapi kuat bekerja ditambah dengan akhlak yang terpuji menjadikan beliau calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang ada. Tetapi yang lebih penting dari itu, Dr Yunus adalah seorang pimpinan PAS yang komited dengan asas-asas perjuangan PAS yang sebenarnya dan tidak mudah diresapi oleh pengaruh golongan parasit di dalam parti.

Syabas dan tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Dato Menteri Besar di atas pilihan yang tepat walaupun PAS Selangor diberitakan hanya menghantar satu nama untuk diberi pertimbangan.

Adapun mengenai rombakan portfolio Exco, saya berpandangan ianya agak ganjil dan pelik. YB Dr Yunus hanya diberikan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan. Manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang saya sandang sebelum ini telah di serahkan kepada YAB Menteri Besar. Bagi saya rombakan ini telah memberi satu tamparan yang hebat kepada imej dan kedudukan PAS di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini. Lebih menyedihkan apabila portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan PAS sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan parti komponen yang lain. Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan.

Saya masih ingat pesanan dan amanat Tuan Guru Presiden sewaktu penubuhan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008 yang lalu, telah meminta saya dan kempimpinan PAS Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama di pegang oleh PAS dan PAS mesti mempertahankannya

Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah di pijak. 

Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan. Sekali lagi masyarakat melihat PAS terpaksa menjadi pakturut kepada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain.

Hari ini saya dimaklumkan bahawaYAB Menteri Besar telah melantik dua orang pagawai khas untuk membantu tugas beliau dalam portfolio infrastruktur dan kemudahan awam iaitu Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd V. Ganabatirau. Saya tidak nampak kewajaran tindakan YAB Menteri Besar tersebut. Saya khuatir apabila memikirkan masa depan kontraktor-kontraktor bumiputera terutamanya kelas F yang terkial-kial mencari rezki di bumi Selangor. Lebih-lebih lagi YB Xavier pernah mengatakan bawah kerajaan negeri telah memutuskan untuk membuka luas penyertaan projek-projek yang dimajukan oleh kontraktor kelas F dibuka kepada semua kaum. Walhal kelas F sejak dari awal penubuhannya adalah dikhususkan untuk bumiputera.

Akhirnya secara peribadi saya tidak nampak selain daripada pilihan yang tepat terhadap YB Dr Yunus. Yang lainnya tidak memberi khabar gembira kepada ahli-ahli dan penyokong PAS. Bagi saya portfolio Hal Ehwal Islam khususnya adalah di antara portfolio penentu berhubung dengan kesejahteran rakyat di negeri ini. Hanya Islam sahaja yang dapat menjamin kehidupan yang akan memacu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.


YB DATO' DR. HASAN ALI
ADUN Gombak Setia
Pinggiran Taman Tun Dr Ismail

19 Januari, 2012.

Sebelum Hasan Ali, Ustaz Kazim Elias Juga Telah Dipecat Dari Parti Adat & Sukan!!!


Wooo... padanlah Hasan Ali pun kena pecat.  Rupanya Parti Adat & Sukan ini "maksum", dan tidak boleh ditegur.  

GT rasa ramai yang sudah mengenali Ustaz Kazim Elias.  Beliau juga mangsa akibat perbuatannya menegur kepimpinan PAS.  Akhirnya Ustaz Kazim dipecat.  

Bila pula Hadi Awang akan dipecat?  Bukankah Hadi Awang pembuka bicara tentang idea kerajaan perpaduan yang telah menyebabkan "imam mahadi" dan "nabi" PAS murka?  

Nasharuddin Mat Isa, bagaimana?

Ikuti kisah penganiayaan Ustaz Kazim, DISINI

Melayu Jln Kebun, Klang Mengamuk!!! CheguBard & Hindraf Lari Terkencing2!!!


Pada Sabtu malam Ahad yang lepas telah berlaku satu pergaduhan yang melibatkan pertubuhan haram hindraf dengan penduduk-penduduk kampung Jalan Kebun, Klang.

Izinkan kami di sel13.com menerangkan kepada anda apa yang sebenarnya berlaku dan punca kepada masalah tersebut.

Kampung Jalan Kebun
Kampung berkenaan terletak bersempadan antara Shah Alam dan Klang.
Penduduknya 6000 orang dan 100 % melayu.

Penduduk mempunyai semangat persaudaraan serta kejiranan yang tinggi dan tidak berpecah belah walaupun berbeza fahaman politik.

Masjid sentiasa ‘hidup’ dengan aktiviti dan solat berjemaah sentiasa ramai walaupun pada waktu Zuhur dan Asar pada hari bekerja.

Penduduknya sangat sensitif dalam soal agama dan bangsa sejak zaman-berzaman.

Majlis
Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin telah menganjurkan satu majlis ceramah yang dinamakan Tamatkan Rejim Umno dan juga kempen ABU (Asal Bukan Umno) di Dewan MBSA Kampung Jalan Kebun.

Pertubuhan haram hindraf dan Pas turut sama terlibat dalam menjayakan program berkenaan.
Penganjuran program tidak dimaklumkan kepada pihak polis.

Kampung Jalan Kebun terletak dalam Dun Sri Muda yang mana wakil rakyatnya adalah dari parti PKR. Adun berkenaan juga tidak dimaklumkan tentang penganjuran program tersebut oleh Badrul Hisham.

Punca Pergaduhan
Seperti yang kita semua tahu, pengikut-pengikut hindraf kurang ajar. Mereka pernah menyerbu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri pada tahun 2008.

Mereka masuk ke kampung melayu dan buat seperti kampung mereka. Langsung tidak tahu untuk menghormati adat dan agama orang lain. Bukan setakat tidak tahu hormat, malah mereka melakukan provokasi terhadap penduduk kampung pula.

Pada jam 7.30 malam iaitu pada waktu Maghrib, penyokong-penyokong hindraf berkumpul di tepi jalan di hadapan dewan tempat ceramah diadakan dalam keadaan bersorak dan menjerit-jerit sambil mengibarkan bendera hindraf.

Gelagat mereka telah mengundang kemarahan penduduk kampung kerana mereka tidak menghormati waktu Maghrib serta penduduk sekitar.

Penduduk memberi amaran , tetapi mereka tidak mengendahkannya. Berita tersebut tersebar ke serata kampung. Berduyun-duyun penduduk kampung datang ke dewan berkenaan. Berlaku pertengkaran dan cabar mencabar yang membawa kepada pergaduhan.

Sewaktu pergaduhan berlaku Badrul Hisham selaku penganjur utama menyembunyikan diri. Selepas semuanya selesai barulah dia muncul dengan berlagak sebagai seorang hero.

Ulasan Peristiwa
Dalam hal ini kesalahan perlu diletak diatas bahu penganjur,kerana mereka yang menyalakan api terlebih dahulu.

Pergaduhan tidak akan berlaku sekiranya penganjur tidak memilih lokasi di kawasan yang sensitif. Banyak lagi dewan lain yang ada untuk mereka mengadakan ceramah , tetapi kenapa mereka heret hindraf ke kawasan melayu yang sensitif ? Tidak lain tidak bukan untuk tujuan provokasi.

Pergaduhan juga tidak akan berlaku sekiranya penyokong-penyokong hindraf tidak bersorak-sorak sambil mengibar bendera di tepi jalan pada waktu Maghrib.

Sekiranya Adun Sri Muda dari parti PKR dan pihak polis dimaklumkan terlebih dahulu tentang penganjuran ceramah di kawasan berkenaan ,sudah pasti mereka juga akan menghalangnya kerana mereka tahu keadaan tempat tersebut.

Kebiasaannya ceramah-ceramah politik diadakan selepas waktu Isyak. Tetapi di Kampung Jalan Kebun pada hari berkenaan ceramah bermula serentak dengan waktu Maghrib.

Badrul Hisham memang terkenal sebagai seorang kaki provok dan orang yang suka menimbulkan kekacauan. Tidak mustahil dia telah merancang semua itu supaya pergaduhan tercetus kerana ingin mencari publisiti murahan.

Badrul cuba menyalahkan pihak polis dengan menuduh polis lambat bertindak. Selama ini dialah orang yang terkenal dengan sikap suka memaki hamun polis.

Dalam hal ini polis tidak boleh dipersalahkan. Apabila sudah tersepit barulah dia ingatkan polis. Kenapa sebelum anjurkan program dia tidak maklumkan kepada polis ?

Itulah sebabnya penting kebenaran atau permit dari polis sebelum sesuatu program dianjurkan. Tidak lain tidak bukan supaya senang pihak polis bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Sumber:  sel13.com

GERAKAN TIMUR:
Bagi GT, Chegubard sengaja ingin mencetuskan ketegangan terutamanya sentimen perkauman dari masyarakat India.  

Umum tahu bahawa Hindraf sudah ditolak oleh masyarakat India, dan perkembangan terkini, lebih ramai mereka kembali ke pangkuan BN.

Pihak polis perlu ambil tindakan.  Dan terjerit-jerit pada kala Maghrib di kg melayu adalah satu tindakan sengaja untuk mencetus provokasi! 

Tuesday, January 24, 2012

Untuk Cover Bos, Faekah Husin Jual Nama Tuanku Sultan Selangor, Lagi???


GT sebenarnya memang ternanti-nantikan kenyataan dari si Faekah ini.  

Selalunya, dia bercakap tanpa tahu keseluruhan fakta.  Hanya main serkap jarang.  Niatnya nak jadi hero kepada bosnya.  Tapi selalu dia nih hero to zero.  

Benarkah Faekah, sekali lagi, menjual nama Tuanku Sultan Selangor dalam isu portfolio agama Islam di Selangor? KLIK SINI

Video Hasan Ali - PAS Hanyalah Sebuah Parti Politikus!!! PAS Bukan Agama!!!



Datuk Dr. Hasan Ali menjawab soalan dari rakyat,  di Majlis Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan MPK, Meru

Video Ustaz Hasan Basri Cabar "Exco" Agama Islam Selangor Pimpin Khutbah & Solat Jumaat!!!


Video ucapan oleh Ustaz Hasan Basri di Bicara Memurnikan Aqidah Ummah di Dewan MPK Meru.  

Kepada penyokong PAS dan sekutunya, jangan dengar ucapan ini kerana bisa membuatkan gegendang anda pecah, dan telinga berdarah..

Jom layan..

Bicara Memurnikan Aqidah Ummah - Hasan Ali Bersedia Berperang Dengan PASrasit


Laporan berkenaan Bicara Memurnikan Aqidah Ummah oleh seorang sahabat yang turut hadir pada malam Ummah berpadu untuk bangkit di Meru.
KLIK SINI

Lelaki Bogel Ditembak, Kanak-Kanak Tebusan Bebas!!! Syabas PDRM!!!


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Baru di sini, yang dijadikan tebusan oleh lelaki bogel lebih lima jam dengan memasuki rumahnya, berjaya diselamatkan kira-kira jam 4.09 petang tadi. Mangsa dapat diselamatkan setelah polis melepaskan tembakan mengenai lelaki itu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis terpaksa melepaskan empat das tembakan, yang mengenai rusuk kiri lelaki berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.

"Kami terpaksa mengambil tindakan itu kerana lelaki itu bertindak agresif, mangsa selamat dan dihantar ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut," katanya. Beliau berkata, polis berhadapan dengan sitiuasi sukar apabila lelaki itu berada dengan mangsa di dalam bilik serta bersenjatakan pisau. "Lelaki berusia 34 tahun itu tidak menuntut wang tetapi mahu dadah dan jaminan dia selamat.

Pakar psikiatri turut membantu dalam kejadian ini, lelaki itu tiada rekod masalah mental," katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi tadi, suspek masuk ke dalam rumah mangsa lalu bertindak mengambil sebilah pisau dari bahagian dapur lalu meletakkannya di leher mangsa dan mengugut ahli keluarganya supaya tidak melawan. Rumah mangsa yang terletak di Jalan Raja Mahmud mempunyai tiga bilik. Dia kemudian membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik utama.

 Sehingga jam 3 petang tadi, pasukan keselamatan mendapatkan bantuan beberapa pakar dari HKL untuk memujuk lelaki berkenaan. Kanak-kanak perempuan itu dijadikan tebusan oleh lelaki berkenaan yang menyerbu masuk ke rumahnya ketika dia bersama sekeluarganya sedang menonton televisyen. Pasukan keselamatan turut membawa teman wanita lelaki berkenaan ke lokasi kejadian untuk memujuk dan membebaskan mangsa.

 Menurut bapa mangsa, Syafrudin, 47, yang juga seorang OKU, ketika kejadian dia berada dalam bilik dan lima ahli keluarga lain berada di ruang tamu. Katanya, dia terkejut apabila suspek tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menarik salah seorang anaknya. "Isteri, seorang lagi anak dan anak buah saya sempat berlari keluar. "Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan saya dan suspek ketika itu sudah mengacukan pisau di leher anak saya serta mengugut akan mencederakan anak saya jika kami datang dekat," katanya.

Dia bagaimanapun dibawa keluar oleh anggota polis dan suspek ketika itu sudah membawa mangsa ke dalam bilik. Menurut polis, lelaki itu dipercayai bukan penduduk di sini, tetapi berasal dari Sabah serta mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun dan pernah ditangkap sebelum ini. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3A Akta Culik 1961. -SH

Foto saat-saat kanak-kanak itu diselamatkan...




Kit Siang, Guan Eng, Mat Sabu.. taknak ke puji ketangkasan Polis?

1,000 Ahli PKR Keluar Parti & Sertai BN. Sivaji Pening Kepala!!!





1000 ahli PKR keluar parti dan menyertai BN.  Anwar pening...  Janjinya sudah tidak lagi dipercayai.  Untuk berita selanjutnya, KLIK SINI.

Foto2 Majlis Memurnikan Aqidah Ummah Oleh Datuk Dr. Hasan Ali, Kelmarin!












Sori.. lambat upload.  GT kena bertugas, cari rezeki.  Ini pun tinggal gambar balance je.  Yang lain ter"delete" oleh anak buah GT. Adeehhh... 

So, layan je la ek..

Monday, January 23, 2012

Saturday, January 21, 2012

Live: Hasan Cabar Khalid Ibrahim Pimpin Khutbah & Solat Jumaat!

Panasssss.... Sesi oleh Ustaz Hasan Basri sgt berkesan apabila beliau mencabar "exco" agama Islam Selangor utk memimpin khutbah dan solat jumaat di Masjid Negeri.

Ia selaras dgn pengiktirafan Khalid Samad kepada Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim merupakan individu paling arif dan berpengalaman berbanding calon2 lain. Itu kata Khalid Samad.

Klu lah kenyataan itu dipegang, ini bermakna ostat2 PAS semuanya.... BAGHAL?


Apa Hasan Ali kata? Rahsia...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 20, 2012

LIVE: Hasan Ali Bakal Tumbangkan Dr Rani!!!

Hebat. Ustaz Hasan Basri memberi ceramah dgn penuh semangat. Hadirin cukup ramai sehingga ramai yg terpaksa berdiri di sekeliling dewan. 

Skrin layar d luar memberi peluang yg tidak dapat masuk ke dewan. 

Gambar2 akan GT upload kemudian.

Lepas ini Jeneral Perang PAS Selangor utk bertahun lamanya akan bertempur dgn PAS PIS PUS


Published with Blogger-droid v2.0.3

LIVE: Dari Meru Bersama Hasan Ali!

GT disini. Perkembangan mutakhir akan kami berikan kpd anda semua.

Di kala ini, hadirin sdg menantikan 3 panel. Cuma, Ustaz Azhar berada di Labuan dan akan d gantikan dgn Ustaz Mukram Toiyib dari ISMA.

Hujan mengundang. Doakan kekuatan umat Islam utk hadir beramai2.

Doa anda kami perlukan, kerana hari ini bermulanya usaha menyatukan ummah, berpegang kpd tali tali Allah.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 19, 2012

TERKINI: Pesuruhjaya PAS Selangor Panggil Meeting Tergempar Gara-Gara Roadshow Hasan Ali Ke DUN Meru


Ini berita yang disampaikan oleh seorang sahabat GT, dari unit amal PAS yang dapat berita ini kawannya di Meru, juga unit amal PAS.  

Yang pasti, sahabat GT ini tidak tahu siapa GT.  Heh...! So, kira kawan atas kawan lah...

Berita dari Meru, mengatakan Pesuruhjaya PAS Selangor sedang tidak tentu arah dengan kedatangan Hasan Ali di Meru pada esok malam.  Jiwanya juga mungkin sedang dibakar amarah syaitanirrajim gara-gara terlepas jawatan Exco.

Satu mesyuarat tergempar telah diadakan di pusat khidmat urut masyarakatnya, bagi membincangkan tentang strategi terbaik untuk menghalang rakyat Meru dari mendengar kebenaran.  

Antaranya, dikhabarkan PAS Meru akan membuat satu program pada tarikh dan waktu yang sama, bagi mengelakkan ahlul dan penyokong PAS hadir ke ceramah Hasan Ali.   

Kebimbangan GT ialah, PAS akan "overtake" lokasi ceramah Hasan Ali, sekaligus mengelirukan hadirin yang mahu mencari kebenaran yang dilindungi dengan kebathilan.

Kedua, mesyuarat telah bersetuju untuk memanggil Anwar Brahim untuk hadir ke kawasan samada di Meru ataupun di Pekan Kapar pada hari Sabtu ini.  Satu isyarat jelas, akan "samikna wa atokna" puak-puak PAS kepada si peliwat. 

Sejauh mana kebenaran maklumat ini, sama-sama kita nantikan!!!

Dan pastikan anda terus bersama GT untuk mengetahui update berhubung dengan program ceramah Hasan Ali.  

Bersama KAMI (GT dan unit amal PAS.. kehkehkeh) di blog Gerakan Timur, dari rakyat, untuk rakyat!

Khalid Ibrahim "Exco" Agama Islam: Ya Allah! Kau Selamatkanlah Bumi Darul Ehsan !!!


Khalid Ibrahim sebenarnya cuba untuk mengurangkan "polical damage" kepada parasit di dalam PAS.  Dia terpaksa buat "damage control" untuk melindungi parasit-parasit berkenaan dari pandangan rakyat.  

GT pasti, rakyat nampak siapa parasit itu.  Sudah terang lagi bersuluh.  Tetapi, strategi Khalid memakan diri sendiri.  

Ia lebih teruk dari Ruwaibidhah.  Apakah Ruwaibidhah?  Kupasan menarik mengenai "hari malang untuk umat Islam di Selangor" DISINI

Gombak Setia Bergegar. Video Ahli PAS Keluar Parti!!! Gelombang Hasan Ali Bermula!!!





101 bekas ahli PAS cawangan Kerdas 2 Gombak meninggalkan parti tersebut dan memasuki UMNO kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi PAS dan juga ekoran peristiwa pemecatan keahlian Dato' Dr Hasan Ali dari parti tersebut dan dari exco kerajaan negeri Selangor. Penyerahan borang kemasukan ke dalam UMNO telah disambut oleh Ketua UMNO Bahagian Gombak, Tuan Haji Rahim -

Takbiiiirrrrrrrrrr....!!!!

Wednesday, January 18, 2012

Video DS Noh Omar "Telanjangkan" Ronnie Liu. Orang Cina Pun Marah Dgn Ronnie!!!



Siapa kata UMNO rasis?  Video ini adalah contoh pemimpin UMNO mengangkat persepakatan Barisan Nasional dalam mempertahankan hak rakyat.  Dalam isu ini, GT melihat satu perkara yang mudah.

Isu ini tiada keuntungan politik kepada kerajaan negeri, jadi mmg akan cuba digagalkan.  

Mentaliti pembangkang yang tidak pernah menguntungkan rakyat.  Pembangkang mentaliti otak tungau!!  APTB!

MESTI BACA: Logika Di Sebalik Perlantikan Dr. Ahmad Yunus Hairi Sebagai Exco Agama Yg Baru


Ramai yang mengagak bahawa YB Dr. Rani akan mencapai maksud "inzal politik" apabila berjaya menjawat jawatan Exco Agama setelah Dato Dr Hasan Ali disingkirkan dari satu persatu jawatan yang disandangnya, sehingga tidak lagi bergelar ahlul PAS.

Telahan ramai bahawa Dr. Rani adalah calon favourite dengan mendapat restu Theresa dan Khalid.  Dan sememangnya nama Dr. Rani disebut-sebut oleh penyokong pembangkang sendiri.  

Namun, kita harus bersikap logika, dengan menyusuri kejadian-kejadian yang berlaku sebelum ini, terutamanya yang membabitkan Dr. Rani.  

Pertama, tindakan MAIS tidak melanjutkan tauliah Dr. Rani untuk berceramah di surau mahupun masjid dilihat sebagai tindakan bijak, selaras dengan titah Tuanku Sultan Selangor agar rumah ibadah umat Islam itu tidak dijadikan medan politik.  

Peristiwa ini telah membawa kepada polemik antara Dr. Rani dan MAIS.  Kritikan kepada MAIS dilontarkan, atas dasar katanya satu organisasi pengurusan.  Apakah Dr. Rani terlalu naif untuk memahami bahawa sebarang tauliah dari MAIS harus mendapat perkenan Baginda Tuanku terlebih dahulu? 

Tuanku Sultan Selangor, pastinya mahu ummat Islam bersatu padu bagi membentuk kerajaan yang mantap.  Malangnya, kenyataan pertama Dr. Rani apabila dilantik sebagai Pesurujaya PAS Selangor "Lupakan kerajaan perpaduan".

Ia diikuti dengan larangan kepada ahli PAS agar tidak menyertai Himpunan Sejuta Ummah, himpunan untuk perpaduan ummah menentang gejala murtad.  

Amat mendukacitakan apabila Dr. Rani, sempena menyambut hari malang sedunia 9 Januari 2012, tampil mengeluarkan "fatwa" bahawa turun mempertahankan si peliwat adalah JIHAD!!!

Berbekalkan "peristiwa malang bagi ummat Islam" seperti diatas, atas dasar kelayakkan apa untuk Dr. Rani dilantik Exco Agama Islam?

Dan kemelut dalaman PAS yang menyaksikan pemecatan Hasan Ali sebagai ahli PAS, satu langkah politik oleh parasit yang bertujuan untuk "mengosongkan" kerusi Exco.

GT pasti, Baginda Tuanku Sultan Selangor memerhatikan dengan teliti permainan politik parasit-parasit yang dimaksudkan oleh Hasan Ali.  Tidak sukar untuk menjangka kemahuan parasit ini apabila pemecatan Hasan Ali adalah satu-satunya jalan yang mereka pilih.

Pastinya Baginda Tuanku Sultan lebih mengenali Dato Dr. Hasan Ali, yang telah lebih 3 tahun menjadi Exco Agama di negeri jajahan Baginda.

Kesimpulannya, mengekalkan Dato Dr. Hasan Ali sebagai Timbalan Pengerusi MAIS dan dengan tidak memberi perkenan kepada YB Dr. Rani sebagai Exco yang baru adalah sebijak-bijak keputusan.

DAULAT TUANKU!!!

Tuesday, January 17, 2012

Ostat PAS Terkantoi Memfitnah!!! UFB Steady...






Tak sangka kemunculan UFB telah menyebabkan ada orang sakit hati.  Almaklumlah, orang muda, berhemah, berhujah dengan nas dan hadis dan mula dapat diterima oleh kebanyakkan golongan.  

Stakat berhujah guna perbandingan dan perumpamaan, kanak-kanak PASti pun boleh.  

Tapi ye la, dah namanya ostat PAS, kalau mulut tak busuk tak sah!  Caci maki, fitnah itu makanan ruji mereka!  Pastu kata dia dengar apa yang orang lain kata.. kehkehkeh.. apa punya ostat daaaa.. apa pun tak bley...

Kepada UFB, teruskan perjuangan.  Selagi anta di landasan kebenaran, ana sokong. 

PANASSS... Video Gay Tua Yang Cemburu Dgn Saiful !!!



Once again, a brilliant cynical artwork from Fairuz Ajaff. 

GT masih ingat kat Melodi.  Punyalah menangis air mata selepas balik dari umrah.  Kononnya nak tinggalkan dunia lama yang penuh titik noda dan dosa, dan bina hidup baru.  Kira percayalah gak GT masa tu..

Tiba-tiba je flip flop.  Mulut semakin kurang ajar.  Dulu dok sokong Ummi, la ni lompat pulak kat Azmin.  Tau la dah takde projek kat ASTRO atau mana-mana TV.  Tapi janganlah nampak sangat.

Berapa Azmin bayar lu? hehehehe..

Apakah Ini Teori PASrasit Seperti Dakwaan Hasan Ali?

Kita semua tahu, bahawa kritikan Hasan Ali kepada Anwar menjadi punca pemecatannya.  PAS bacul, kerana membiarkan "orang luar" campurtangan dalam urusan parti.  Apatah "orang luar" itu adalah seorang peliwat!  

Ada orang sedang berdebar-debar.  Siapa parasit itu, dan siapa induknya?  KLIK SINI

Part 3: Apa Khabar YB Dr. Rani... Adnan Kamaruddin Kirim Salam!


Selepas gagal "mencalonkan" dirinya sendiri pada PRU10, muncul watak bernama "Adnan Kamaruddin" yang dikhabarkan telah mengutus surat kepada Presiden PAS ketika itu, Arwah Ustaz Fadhil Noor.  

Apa kandungan surat itu?  

Surat itu meminta agar Arwah Ust Fadhil memecat Pesuruhjaya PAS Selangor ketika itu, Arwah Ustaz Hasan Syukri dan Yang Dipertua PAS Kapar, Cikgu Kusrin Rahamad kerana tidak mencalonkan Dr. Rani.  Dalam surat itu, dinyatakan hanya Dr. Rani "winnable candidate" di DUN Meru.

Bagaimana kepimpinan PAS tidak terpengaruh dengan surat itu?  Pertama, kepimpinan PAS tahu bahawa Dr. Rani hanyalah watak baru, yang bukan lahir dari usrah-usrah PAS. Kefahamannya tentang perjuangan PAS yang sebenar menjadi persoalan. Waima soal keahlian pun menjadi tandatanya, sehinggalah dikenalpasti terburu-buru mengisi borang keahlian PAS dengan harapan menjadi calon pada PRU10.  

Kenapa beriya-iya menjadi calon pada PRU 10?  Kerana mahu mengambil peluang yang ada sempena sentimen Reformasi ketika itu, dengan harapan menang.  Sungguh opportunis!

Dakwat belum kering, dah pandai nak mengatur orang lain! Sungguh licik permainan politikmu, menggunakan orang lain, terus kepada kepimpinan tertinggi!

Menariknya disini adalah siapa sebenarnya "Adnan Kamaruddin?"  Apakah benar surat itu ditulis oleh "Adnan Kamaruddin"?  Atau "Adnan Kamaruddin" hanyalah "alat", seperti mana yang terjadi kepada Ketua Penerangan PAS Selangor baru-baru ini yang bertindak di luar kelaziman PAS?  

GT difahamkan "Adnan Kamaruddin" telah berpatah arang berkerat rotan dengan Dr. Rani, sungguhpun mengikut maklumat, "Adnan Kamaruddin" antara yang terawal menyokong usaha untuk mencalonkan Dr. Rani bertanding sebagai calon PAS di Meru.  

Apakah yang tidak dipersetujui oleh "Adnan Kamaruddin" sehingga mufaraqah dari syaf yang dipimpin oleh Dr. Rani?

Di mana "Adnan Kamaruddin" sekarang?

Watak "Adnan Kamaruddin" digunakan, demi menjadi calon pada 1999, tetapi gagal.

YB Dr. Rani... GT ingin bertanya, betul ke? :)

Tunggu kisah selanjutnya...

Monday, January 16, 2012

PANASSS...Roadshow "SIAPA PASrasit" Oleh Hasan Ali Di DUN Meru Mula Disabotaj!!!


Amat menjengkelkan apabila cubaan untuk membuat ceramah penyatuan ummah berdasarkan perpaduan disabotaj oleh golongan tertentu.  

Itulah yang berlaku kepada program Memurnikan Aqidah Ummah oleh Hasan Ali yang bakal berlangsung di DUN Meru, kawasan Pesuruhjaya PAS Selangor pada Jumaat, 20hb Januari 2012, jam 9.00 malam.  

GT terima sms, bahawa beberapa kain rentang di kawasan DUN Meru telahpun "hilang dalam terang", situasi yang selalunya dialami oleh UMNO DUN Meru.  Kali ini lebih malang, kerana program ini bakal dihadiri oleh ilmuwan Islam membincangkan masalah aqidah dan penyatuan ummah.

Apakah ini kerja-kerja ahlul "parasit" dalam PAS?

Bukan itu sahaja, GT difahamkan perlakuan sabotaj ini juga bakal melibatkan permit penggunaan dewan orang ramai Meru yang telahpun dipohon dan diluluskan.

Kepada penganjur, belajarlah dari pengalaman program SSDE yang selalunya disabotaj pada saat-saat akhir apabila menggunakan dewan hak milik PBT.  Pastikan ada plan B, dan juga cara bagaimana untuk menyampaikan maklumat kepada hadirin sekiranya sekutu harbi laknatullah bertindak pada saat-saat akhir.  Dikhuatiri apabila hadirin sampai pada lokasi awal, seolah-olah tiada sebarang program sebab penganjur terpaksa pindahkan lokasi itu ke tempat lain.

Pengalaman GT sewaktu SSDE, ada program di mana penganjur sedang susun kerusi sedangkan YB Ezam telah pun sampai di tempat ceramah!  

Kepada YB Dato Hasan Ali, GT pohon agar gunakan sahaja platform yang sama untuk dedahkan siapa sebenarnya PASrasit, waima tajuk ceramah Jumaat ini seharusnya menjurus kepada  aqidah penyatuan ummah tanpa mengira samada UMNO mahupun PAS.

Berdakwah untuk kebaikan ummah pun disabotaj, alang-alang biar jadi medan perang.  Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.  

Alang-alang mengenggam bara, biar sampai menjadi abu.  Harapan GT agar ada pejuang yang secara sukarela membantu Hasan Ali, kerana GT pasti tidak ramai orang PAS yang hati kering untuk menentang kemungkaran parti itu!

GT membantu secara percuma, dengan bait-bait kalam di blog ini!  Anda bagaimana?

Pesuruhjaya PAS Selangor Sedang Study Tugas2 Exco???


Pemecatan Hasan Ali selaku ahli PAS telah menyebabkan jawatan exco yang disandangnya turut terjejas.  Ini berikutan jawatan tersebut berdasarkan kuota parti, yang menjadi milik PAS, dan bukannya DAP.

Segalanya dirancang telah baik, apabila pemecatan keahlian membawa kepada satu lagi peluang kepada musuh Hasan Ali, iaitu kekosongan jawatan Exco Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu di Selangor.

Baca selanjutnya DISINI

Surat Terbuka Kepada YB ADUN Meru!


Email ini telah GT terima beberapa hari yang sudah.  Lagi keluhan rakyat terhadap ADUN Meru, YB Dr. Rani.  Keluhan akar umbi, Gerakan Timur ambil peduli.

Salam Yb,

Kami merupakan satu pertubuhan belia yang berdaftar yang berada didalam kawasan jajahan Yb iaitu Meru, disini kami ingin meluahkan perasaan kekecewaan kami terhadap tindak tanduk Yb, yang mana Yb menyokong dan menyarankan ramai orang untuk berhimpun serta berdemo di mahkamah pada 9 Jan 2012 bertujuan untuk menyokong dan membela seorang pemimpin yang sedang dihadapkan muka keadilan.

Kami sedih dengan arahan yang Yb berikan kepada ahli ahli Pas dan juga orang ramai untuk turut serta didalam demonstrasi jalanan ini, yang mana dikhuatiri akan menjadi tidak terkawal dan mendatangkan ancaman kepada pihak pihak yang tidak terlibat.

Disini, kami generasi anak muda masa kini berfikiran, adalah lebih baik Yb dapat membimbing serta mendidik kami ke arqh jalan yang lebih baik serta diredhai.

Kami mencadangkan, tindakan yang lebih baik serta berilmu sekiranya dapat Yb serta barisan pimpinan untuk mempelawa semua rakyat untuk bersama dalam "solat hajat" memohon petunjuk dan hidayah dari yang maha ESA....

Kami juga merasa amat sedih kerana usaha Yb dalam menyokong seorang pemimpin adalah amat keterlaluan dari usaha Yb menghargai pengundi yang pernah mengundi Yb sebelum ini yang terhimpit dalam kemelut tapak perniagaan bazaar di Klang Sentral.

Kami, generasi anak muda masa kini ingin menegaskan bahawa, kami sudah tidak boleh terima dengan cara pimpinan serta pentadbiran Yb kerana Yb hanya menitik berat kepada ahli parti serta penyokong tegar Yb sahaja, ini kerana ada beberapa ahli kami yang telah kepejabat Yb untuk memohon sokongan didalam permohonan jawatan tetapi telah dihalau oleh kakitangan pejabat Yb, kami sedih kerana wakil rakyat kami yang berat sebelah dan hanya mementingkan parti sahaja berbanding rakyat yang diwakilinya...

Kami percaya, ramai rakyat dan pengundi dikawasan ini telah sedar dengan kesilapan yang mereka telah lakukan di PRU12 yang lalu....
 
-suara anak muda meru-
Kelab Belia Generasi Aktif

Sunday, January 15, 2012

Bar council Tidak Faham Bahasa Melayu??? Biar GT Terjemahkan!!!



Kenyataan Media

GAPS mengalu-alukan kenyataan Bar Council yang memberikan pandangan dalam setiap isu yang menyentuh masyarakat. Namun kenyataan Bar Council dalam isu Liwat 901 amat tersasar jauh dari prinsip Hak Untuk Di Dengar yang antara lain menjadi maxim penting dalam keadilan sejagat.

Tingkat mahkamah dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan merupakan antara pertimbangan untuk memastikan Hak Untuk DiDengar diberikan kepada tertuduh dan mangsa dalam mana-mana kes yang dibicarakan dinegara ini.

Gesaan Bar Council yang mendesak Jabatan Peguam Negara tidak membuat rayuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901 merupakan sekatan yang cuba di buat kepada mangsa dalam kes yang tragis ini.

Gesaan ini boleh ditafsirkan sebagai sikap Bar Council yang double standard dan diskriminasi dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat dimana hanya mempertahankan golongan feudal dan atasan manakala cuba menindas golongan rakyat marhaen yang teraniaya.

Gesaan ini juga boleh dilihat usaha untuk menjuruskan kepada sistem undang-undang rimba dan menolak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dalam sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia.

Hak mangsa dan tertuduh harus diadili hingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi di negara ini. Penindasan terhadap hak ini adalah kezaliman pemerintah kepada rakyat yang diperintah.

GAPS ingin mendesak Jabatan Peguam Negara memfailkan segera Notis Rayuan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901.

Justice For Rakyat = Justice for Saiful


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

13 Januari 2012.

GERAKAN TIMUR:


Sememangnya kita tahu bahawa Bar Council sangat pro kepada Anwar, Ambiga dan Aziz (Nik).  And that's what we call 3 Asses!  

Afraid that Bar Council may have difficulty to understand bahasa Melayu, I hereby would like to be a translator to Bar Council, that Hak Untuk Didengar will be pronounced, in English, as Chance To Be Heard. 

FCUK U!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...