Bersama Berjuang

Friday, May 11, 2012

Mazlan Aliman Punca 8 Peneroka Felda Bakal Disaman RM1.2 Juta? Tahniah Peneroka!!!



MASIH ingatkah semua dengan tindakan 8 orang peneroka Felda yang mengemukakan injuksi bagi menghalang Koperasi Peneroka Felda (KPF) mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada Februari 2012?  Injukasi ex-parte bertarikh 17hb Februari 2012 yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuantan itu telah menyebabkan KPF membatalkan EGM yang sepatutnya berlangsung pada 22 Februari 2012.

Mazlan Aliman kemudian dengan bangganya menganggap injuksi dan pembatalan mesyuarat tersebut adalah kemenangan kepada peneroka.  

Tapi malang bagi Mazlan Aliman apabla Mahkamah akhirnya menolak permohonan injuksi tersebut pada 2hb April 2012.

Yang ramai tidak tahu ialah, permohonan tersebut ditolak dengan kos, termasuklah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh KPF akibat dari pembatalan mesyuarat tersebut.  Banyak belanja yang KPF telah keluarkan untuk membawa lebih 1,200 perwakilan dari serata negara ke mesyuarat tersebut, dengan kos penginapan, pengangkutan, sewa bilik mesyuarat dan sebagainyalah.  

Tapi semuanya berakhir dengan pembaziran akibat dari tindakan 8 orang peneroka ini tadi yang termakan hasutan Mazlan Aliman.

Menurut maklumat yang diterima, KPF secara lisan telah menyatakan bahawa kos yang ditanggung oleh KPF dalam mengadakan EGM itu hampir mencecah RM 1.2 juta.  Walau bagaimana pun jumlah sebenar gantirugi ini akan ditaksirkan oleh Mahkamah kemudian.

Jumlah gantirugi yang bakal diputuskan Mahkamah nanti, tentu tidak jauh berbeza dengan yang akan dituntut KPF, kerana sudah pasti KPF ada semua butiran perbelanjaan bagi menyokong tuntutan mereka di Mahkamah.

Timbul persoalan, dari mana 8 peneroka ini akan memperolehi wang untuk membayar ganti rugi yang dituntut oleh KPF?  RM 1 juta bukan sedikit.  Kalau harap hasil kebun semata-mata, mahu berpuluh tahun mengumpul untuk dapat jumlah itu.  Lebih-lebih lagi kita bercakap tentang peneroka yang hanya menerima  hasil kebun masing-masing pun sekitar RM 4,000 – RM 5,000 sebulan.

Waima ditambah dengan durian runtuh RM 15,000 seorang yang diumumkan Perdana Menteri pada Selasa pun, masih tidak cukup untuk membayar jumlah ganti rugi yang dituntut KPF terhadap mereka.  Itupun kalau mereka masih tidak ada malu menerima wang hasil dari usaha penyenaraian yang mereka tentang pada awalnya.

Kita mahu lihat, dimana pemimpin pembangkang, terutama Mazlan Aliman berada dalam kes ini?  Apakah mungkin Mazlan Aliman, PAS atau PKR yang menjadi dalang disebalik tindakan peneroka ini akan membayar wang tersebut bagi pihak peneroka terbabit?  Walaupun tidak mustahil, ia tidak mungkin dilakukan.

Yang akhirnya akan rugi dan jatuh bankrap ialah peneroka sendiri.  Inilah padahnya kerana menjadi patung mainan Mazlan Aliman dan Pakatan Rakyat sehingga sanggup diperalatkan untuk kepentingan politik masing-masing.

8 peneroka ini tidak ada bezanya dengan Saiful Bukhari yang taksub dengan Anwar Ibrahim tapi akhirnya diliwat oleh Penasihat PKR itu.  Cuma bezanya disini bukan liwat sahajalah, tapi natijah dari kejadian itu tetap sama.

Takkanlah semua rakyat Malaysia mahu menerima nasib yang sama diterima 8 peneroka ini baru hendak buat keputusan menolak Pakatan Rakyat.  Kisah-kisah seumpama ini sudah cukup untuk kita menentukan pihak mana yang patut dipilih menjadi kerajaan dalam pilihanraya nanti.



14 comments:

  1. Agak-agaknya 8 ekor ni ambik tak durian runtuh RM 18,000.00? Kalau ambik hai mana nak letak muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PM kite dah announce yg 8org ni tak kan diberi durian runtuh.. tulah termakan dengan ckp2 pembangkang.. padahal bukan dorg ni tak tahu yg pembangkang mmg xsuke and xpuas hati dgn pmpinan PM kite.. tapi tulah kan.. org dah tue senang nak di putar belit lg2 bile anak2 pun mudah sgt termakan dgn kate2 pembangkang tanpe mengkaji dulu hal yang sebenar..

      Delete
  2. 513 peneroka Felda Sendayan menerima durian runtuh duit RM500,000.00, unit banglo dan lot tanah pertanian dari kerajaan Negeri Sembilan pada 24 April 2012 lalu. Manakala yang menentang pampasan tersebut telah bawa kes ke mahkamah dan kerajaan Negeri telah membayar pampasan yang jauh lebih kecil dari jumlah diterima rakan-rakan mereka. Alahai duit tak dapat, banglo tak dapat dan tanah pun tak dapat kena bayar caj loyar DAP lagi...pada muka!

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...