Bersama Berjuang

Monday, January 16, 2012

PANASSS...Roadshow "SIAPA PASrasit" Oleh Hasan Ali Di DUN Meru Mula Disabotaj!!!


Amat menjengkelkan apabila cubaan untuk membuat ceramah penyatuan ummah berdasarkan perpaduan disabotaj oleh golongan tertentu.  

Itulah yang berlaku kepada program Memurnikan Aqidah Ummah oleh Hasan Ali yang bakal berlangsung di DUN Meru, kawasan Pesuruhjaya PAS Selangor pada Jumaat, 20hb Januari 2012, jam 9.00 malam.  

GT terima sms, bahawa beberapa kain rentang di kawasan DUN Meru telahpun "hilang dalam terang", situasi yang selalunya dialami oleh UMNO DUN Meru.  Kali ini lebih malang, kerana program ini bakal dihadiri oleh ilmuwan Islam membincangkan masalah aqidah dan penyatuan ummah.

Apakah ini kerja-kerja ahlul "parasit" dalam PAS?

Bukan itu sahaja, GT difahamkan perlakuan sabotaj ini juga bakal melibatkan permit penggunaan dewan orang ramai Meru yang telahpun dipohon dan diluluskan.

Kepada penganjur, belajarlah dari pengalaman program SSDE yang selalunya disabotaj pada saat-saat akhir apabila menggunakan dewan hak milik PBT.  Pastikan ada plan B, dan juga cara bagaimana untuk menyampaikan maklumat kepada hadirin sekiranya sekutu harbi laknatullah bertindak pada saat-saat akhir.  Dikhuatiri apabila hadirin sampai pada lokasi awal, seolah-olah tiada sebarang program sebab penganjur terpaksa pindahkan lokasi itu ke tempat lain.

Pengalaman GT sewaktu SSDE, ada program di mana penganjur sedang susun kerusi sedangkan YB Ezam telah pun sampai di tempat ceramah!  

Kepada YB Dato Hasan Ali, GT pohon agar gunakan sahaja platform yang sama untuk dedahkan siapa sebenarnya PASrasit, waima tajuk ceramah Jumaat ini seharusnya menjurus kepada  aqidah penyatuan ummah tanpa mengira samada UMNO mahupun PAS.

Berdakwah untuk kebaikan ummah pun disabotaj, alang-alang biar jadi medan perang.  Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.  

Alang-alang mengenggam bara, biar sampai menjadi abu.  Harapan GT agar ada pejuang yang secara sukarela membantu Hasan Ali, kerana GT pasti tidak ramai orang PAS yang hati kering untuk menentang kemungkaran parti itu!

GT membantu secara percuma, dengan bait-bait kalam di blog ini!  Anda bagaimana?

7 comments:

  1. Biasalah tu...sapa tak kenal PAS. Penzina hebat didahulukan. Pejuang Islam disabotajkan. Dulu heboh kafirkan orang UMNO sekarang bab murtad dan kafir dah melekat kat muka pemimpin PAS balik. Allah maha besar......

    ReplyDelete
  2. Anon,

    jgn lupa turun pada 20hb nanti. bawa kawan-kawan dan ahli keluarga.

    ReplyDelete
  3. sebab itu aku tidak berapa suka berimamkan org PAS dalam solat , kerana satu masa mereka mengkafirkan org UMNO dan kerajaan, dan aku yakin orang UMNO masih islam hingga kini, kalau mengikut hadith Nabi saw, sesiapa yang menghukum org lain kafir sedangkan orang itu tidak kafir maka kafir itu akan berbalik kepada mereka...fikir-fikir lah.

    ReplyDelete
  4. Sudah tiba masanya sebuah parti Islam yang tulen ditubuhkan kerana PAS telah mengkhianati agama.Hadi Awang,NIk Aziz dah terlalu lama dan mereka ni dah tak boleh dipercayai lagi.Haron Din,Hasan Ali,Nasharuddin boleh jadi pemimpin tertinggi dan diharap mereka boleh bekerjasama dgn BN

    ReplyDelete
  5. Ya. Aku pun setuju Hadi Awang & Nik Aziz adalah pengkhianat agama Islam.Masakan mereka tak tahu hukum aktiviti homoseks adalah haram tetapi mereka masih mengagungkan Anwar Ibrahim dan memberi sokongan 100%.Memang elok satu parti baru Islam diadakan segera untuk menggantikan PAS yang telah menjadi kafir.KIta tidak mahu parti Islam seperti Pas yang sentiasa mencaci dan menabur fitnah dalam setiap ceramah mereka.

    ReplyDelete
  6. Anon & Anon,

    GT mesti pilehhhhhhh....

    ReplyDelete
  7. HASSAN ALI PERLUKAN BANTUAN YANG LEBIH BESAR..KALAU NAK BERGERAK SENDIRI MACAM2 SABOTAJ AKAN BERLAKU..SEMOGA HASSAN ALI AKAN TERBUKA HATI UNTUK KEMBALI KEPADA UMNO

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...