Ramai yang mengagak bahawa YB Dr. Rani akan mencapai maksud "inzal politik" apabila berjaya menjawat jawatan Exco Agama setelah Dato Dr Hasan Ali disingkirkan dari satu persatu jawatan yang disandangnya, sehingga tidak lagi bergelar ahlul PAS.
Telahan ramai bahawa Dr. Rani adalah calon favourite dengan mendapat restu Theresa dan Khalid. Dan sememangnya nama Dr. Rani disebut-sebut oleh penyokong pembangkang sendiri.
Namun, kita harus bersikap logika, dengan menyusuri kejadian-kejadian yang berlaku sebelum ini, terutamanya yang membabitkan Dr. Rani.
Pertama, tindakan MAIS tidak melanjutkan tauliah Dr. Rani untuk berceramah di surau mahupun masjid dilihat sebagai tindakan bijak, selaras dengan titah Tuanku Sultan Selangor agar rumah ibadah umat Islam itu tidak dijadikan medan politik.
Peristiwa ini telah membawa kepada polemik antara Dr. Rani dan MAIS. Kritikan kepada MAIS dilontarkan, atas dasar katanya satu organisasi pengurusan. Apakah Dr. Rani terlalu naif untuk memahami bahawa sebarang tauliah dari MAIS harus mendapat perkenan Baginda Tuanku terlebih dahulu?
Tuanku Sultan Selangor, pastinya mahu ummat Islam bersatu padu bagi membentuk kerajaan yang mantap. Malangnya, kenyataan pertama Dr. Rani apabila dilantik sebagai Pesurujaya PAS Selangor "Lupakan kerajaan perpaduan".
Ia diikuti dengan larangan kepada ahli PAS agar tidak menyertai Himpunan Sejuta Ummah, himpunan untuk perpaduan ummah menentang gejala murtad.
Amat mendukacitakan apabila Dr. Rani, sempena menyambut hari malang sedunia 9 Januari 2012, tampil mengeluarkan "fatwa" bahawa turun mempertahankan si peliwat adalah JIHAD!!!
Berbekalkan "peristiwa malang bagi ummat Islam" seperti diatas, atas dasar kelayakkan apa untuk Dr. Rani dilantik Exco Agama Islam?
Dan kemelut dalaman PAS yang menyaksikan pemecatan Hasan Ali sebagai ahli PAS, satu langkah politik oleh parasit yang bertujuan untuk "mengosongkan" kerusi Exco.
GT pasti, Baginda Tuanku Sultan Selangor memerhatikan dengan teliti permainan politik parasit-parasit yang dimaksudkan oleh Hasan Ali. Tidak sukar untuk menjangka kemahuan parasit ini apabila pemecatan Hasan Ali adalah satu-satunya jalan yang mereka pilih.
Pastinya Baginda Tuanku Sultan lebih mengenali Dato Dr. Hasan Ali, yang telah lebih 3 tahun menjadi Exco Agama di negeri jajahan Baginda.
Kesimpulannya, mengekalkan Dato Dr. Hasan Ali sebagai Timbalan Pengerusi MAIS dan dengan tidak memberi perkenan kepada YB Dr. Rani sebagai Exco yang baru adalah sebijak-bijak keputusan.
DAULAT TUANKU!!!
sepatutnya Pakatan rakyat kena lantik exco agama dari kalangan orang UMNO di selangor ni. contohnya datuk satim diman atau pun lantik datuk ismail kijo. mereka ni orang yang warak. baru aman umat islam di selangor
ReplyDeleteSilap bro.. Dr Ahmad Yunus cuma jadi exco, bukan portfolio Hal Ehwal Islam.. Baca rombakan exco di blog gua..
ReplyDeleteopsss.. thank you En. MPP. kekhilafan GT.
ReplyDeleteDatuk Khalid takes over as Head of Islamic Affairs. That's a big insult to PAS; non amongst them knows anything about Islam?
ReplyDeleteDon't worry Anon 12:27pm.... Teresa Kok, Ronnie Liu and Elizabeth Wong will help Khalid in that area....
ReplyDeleteDAULAT TUANKU...!!
ReplyDeleteSaya suka petikan ayat ini "Amat mendukacitakan apabila Dr. Rani, sempena menyambut hari malang sedunia 9 Januari 2012, tampil mengeluarkan "fatwa" bahawa turun mempertahankan si peliwat adalah JIHAD!!!"
ReplyDeleteDan sy minta sdr letakkan link utk kami baca kesahihan petikan ayat itu.
Maklumlah, tak semua pembaca telah baca seluruh berita dan maklumat.
Jadikan penulisan sdr lebih bermutu dan berkualiti.
Teruskan menulis utk ilmiah....