Bersama Berjuang

Tuesday, January 24, 2012

Lelaki Bogel Ditembak, Kanak-Kanak Tebusan Bebas!!! Syabas PDRM!!!


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Baru di sini, yang dijadikan tebusan oleh lelaki bogel lebih lima jam dengan memasuki rumahnya, berjaya diselamatkan kira-kira jam 4.09 petang tadi. Mangsa dapat diselamatkan setelah polis melepaskan tembakan mengenai lelaki itu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis terpaksa melepaskan empat das tembakan, yang mengenai rusuk kiri lelaki berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.

"Kami terpaksa mengambil tindakan itu kerana lelaki itu bertindak agresif, mangsa selamat dan dihantar ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut," katanya. Beliau berkata, polis berhadapan dengan sitiuasi sukar apabila lelaki itu berada dengan mangsa di dalam bilik serta bersenjatakan pisau. "Lelaki berusia 34 tahun itu tidak menuntut wang tetapi mahu dadah dan jaminan dia selamat.

Pakar psikiatri turut membantu dalam kejadian ini, lelaki itu tiada rekod masalah mental," katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi tadi, suspek masuk ke dalam rumah mangsa lalu bertindak mengambil sebilah pisau dari bahagian dapur lalu meletakkannya di leher mangsa dan mengugut ahli keluarganya supaya tidak melawan. Rumah mangsa yang terletak di Jalan Raja Mahmud mempunyai tiga bilik. Dia kemudian membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik utama.

 Sehingga jam 3 petang tadi, pasukan keselamatan mendapatkan bantuan beberapa pakar dari HKL untuk memujuk lelaki berkenaan. Kanak-kanak perempuan itu dijadikan tebusan oleh lelaki berkenaan yang menyerbu masuk ke rumahnya ketika dia bersama sekeluarganya sedang menonton televisyen. Pasukan keselamatan turut membawa teman wanita lelaki berkenaan ke lokasi kejadian untuk memujuk dan membebaskan mangsa.

 Menurut bapa mangsa, Syafrudin, 47, yang juga seorang OKU, ketika kejadian dia berada dalam bilik dan lima ahli keluarga lain berada di ruang tamu. Katanya, dia terkejut apabila suspek tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menarik salah seorang anaknya. "Isteri, seorang lagi anak dan anak buah saya sempat berlari keluar. "Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan saya dan suspek ketika itu sudah mengacukan pisau di leher anak saya serta mengugut akan mencederakan anak saya jika kami datang dekat," katanya.

Dia bagaimanapun dibawa keluar oleh anggota polis dan suspek ketika itu sudah membawa mangsa ke dalam bilik. Menurut polis, lelaki itu dipercayai bukan penduduk di sini, tetapi berasal dari Sabah serta mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun dan pernah ditangkap sebelum ini. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3A Akta Culik 1961. -SH

Foto saat-saat kanak-kanak itu diselamatkan...




Kit Siang, Guan Eng, Mat Sabu.. taknak ke puji ketangkasan Polis?

3 comments:

  1. diorg takkan puji punya ... tapi diorg akan komplen pasal polis amik masa 5 jam nak bagi setel... pulak tu polis pi tembak mati ... lagi la ada alasan depa kutuk keji polis .....

    ReplyDelete
  2. Polis menyalahgunakan kuasa. Pakatan Pembangkang simpati kematian penjenayah tersebut..mungkin akan membuat demonstrasi jalanan bayar RM 100 menyokong penjenayah dengan konsep polis berkonspirasi dengan UMNO.

    ReplyDelete
  3. yang mati tu tak ada kepentingan Politik..tambahan bukan bangsa meka ...if not puak pembangkanag akan menjadikan isu.. Jika benda yang sama berlaku keatas kelaurag mereka mekera U turn cakap Polis kena bertindak Tegas, Cepat itu ini la...Cibai Pun Politik Malaysia ni...dia merayu 36 kali OK, saiful merayu barum 1 kali da Kalut...Meka kata kebebasan bersuara.. Puak lain tak boleh bebas hanya puak meka aja..akbar mereka tak ada cite baik pasal PM..utasa usik sikit da melompat..Lu fikirla...itukah Pemimpin yg kita mahu...dulu gua pun tersesat caya sama mangkok noi la ni sori la....Beras kat rumah bukan dia beri free..kita kena beli..ken abelasah dgn FRU ..bukannya dia..

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...