Bersama Berjuang

Tuesday, January 17, 2012

Part 3: Apa Khabar YB Dr. Rani... Adnan Kamaruddin Kirim Salam!


Selepas gagal "mencalonkan" dirinya sendiri pada PRU10, muncul watak bernama "Adnan Kamaruddin" yang dikhabarkan telah mengutus surat kepada Presiden PAS ketika itu, Arwah Ustaz Fadhil Noor.  

Apa kandungan surat itu?  

Surat itu meminta agar Arwah Ust Fadhil memecat Pesuruhjaya PAS Selangor ketika itu, Arwah Ustaz Hasan Syukri dan Yang Dipertua PAS Kapar, Cikgu Kusrin Rahamad kerana tidak mencalonkan Dr. Rani.  Dalam surat itu, dinyatakan hanya Dr. Rani "winnable candidate" di DUN Meru.

Bagaimana kepimpinan PAS tidak terpengaruh dengan surat itu?  Pertama, kepimpinan PAS tahu bahawa Dr. Rani hanyalah watak baru, yang bukan lahir dari usrah-usrah PAS. Kefahamannya tentang perjuangan PAS yang sebenar menjadi persoalan. Waima soal keahlian pun menjadi tandatanya, sehinggalah dikenalpasti terburu-buru mengisi borang keahlian PAS dengan harapan menjadi calon pada PRU10.  

Kenapa beriya-iya menjadi calon pada PRU 10?  Kerana mahu mengambil peluang yang ada sempena sentimen Reformasi ketika itu, dengan harapan menang.  Sungguh opportunis!

Dakwat belum kering, dah pandai nak mengatur orang lain! Sungguh licik permainan politikmu, menggunakan orang lain, terus kepada kepimpinan tertinggi!

Menariknya disini adalah siapa sebenarnya "Adnan Kamaruddin?"  Apakah benar surat itu ditulis oleh "Adnan Kamaruddin"?  Atau "Adnan Kamaruddin" hanyalah "alat", seperti mana yang terjadi kepada Ketua Penerangan PAS Selangor baru-baru ini yang bertindak di luar kelaziman PAS?  

GT difahamkan "Adnan Kamaruddin" telah berpatah arang berkerat rotan dengan Dr. Rani, sungguhpun mengikut maklumat, "Adnan Kamaruddin" antara yang terawal menyokong usaha untuk mencalonkan Dr. Rani bertanding sebagai calon PAS di Meru.  

Apakah yang tidak dipersetujui oleh "Adnan Kamaruddin" sehingga mufaraqah dari syaf yang dipimpin oleh Dr. Rani?

Di mana "Adnan Kamaruddin" sekarang?

Watak "Adnan Kamaruddin" digunakan, demi menjadi calon pada 1999, tetapi gagal.

YB Dr. Rani... GT ingin bertanya, betul ke? :)

Tunggu kisah selanjutnya...

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...