Bersama Berjuang

Thursday, June 30, 2011

UPDATES: PEMUDA UMNO VS AMK DI TROPICANA!!! MANA SHAMSUL KETOT???

Polis terpaksa meleraikan pertembungan yang menyebabkan huru di perkarangan ibu pejabat PKR di Tropicana yang membabitkan Pemuda Umno dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tengah hari tadi.


Enam kereta polis yang turut berlegar-legar di kawasan ibu pejabat PKR itu.

Ketua Balai Polis Damansara, Thomas Long kelihatan berbincang dengan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Khairul Anwar Ahmad Zainuddin.

Kekecohan bermula apabila sekumpulan ahli Pemuda Umno yang diketuai Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertembung dengan anggota AMK yang menunggu di hadapan ibu pejabat PKR. AMK pula melaungkan kata-kata provokasi kedatangan Pemuda Umno seperti ‘mamak balik’.

Selepas itu, Pemuda Umno yang turut digelar ‘Patriot’ hadir jam 12.50 tengah hari, untuk membuat laporan polis di balai polis Tropicana.

Mereka diketuai oleh Exco Pemuda Umno, Exco Pemuda Lokman Adam dan turut serta Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia-Datuk Seri Reezal Merican, Ketua Pemuda Wilayah Rizalman Mokhtar,ketua pemuda Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal.

Laporan itu berhubung kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismial yang mendakwa Pemuda Umno mengugut membakar ibu pejabat PKR.

“Saifuddin Nasution pada 27 Jun lalu kata saya berada di pejabat PKR dan keluarkan ugutan bahawa akan membakar pejabat terbabit.

“Beliau (Saifuddin) juga berkata kami (Pemuda) bertindak akan mencederakan (Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk S Ambiga sekiranya perhimpunan Bersih tetap diadakan,.

“Itu hanya fitnah dan saya diwakili peguam Kevin akan saman Saifuddin dengan jumlah 500,000.99 sen. 99 sen itu nilai diri Saifudin,” katanya dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan polis tersebut.

“Dalam ucapan saya pada malam itu tiada saya cakap nak bakar. Kenapa Saifuddin kata saya bagi arahan nak bakar? Saya cabar beliau keluarkan rakaman video seperti didakwa. Saya bagi dia lima hari buat rakaman seperti video (Datuk) Johari Abdul dan Anwar di Thailand,” katanya yang turut mewakili badan bukan kerajaan NGO lain.


Reezal Merican yang ditemui pula kecewa dengan kata-kata provokasi yang sering dilaungkan anggota AMK iaitu ‘mamak’ dan disifatkannya sebagai satu penghinaan.

“Teriakan mamak satu provokasi. Kami datang ibu pejabat ini kenapa? Kerana niat Bersih yang menjadi petualang untuk gulingkan kerajaan dengan haram.

“Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin pernah berkata jika tidak boleh gulingkan kerajaan secara pilihan raya kita akan guna jalan raya dan akan kuburkan perlembagaan,” kata ketua penerangan Pemuda Umno itu.

Menurut Reezal,‘Patriot’ akan tetap turun 9 Julai ini untuk mempertahankan tanah air.

Selain Reezal dan Lokman, Ketua Pemuda Wilayah, Rizalman Mokhtar dan Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal hadir sama. - fmt

1 comment:

  1. Pemuda DAP dan Pemuda MCA sedang duduk bersama sambil 'YAAAAMM SENGG"...gelak ketawa gembira menonton peristiwa ini.

    wak

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...