Bersama Berjuang

Monday, June 27, 2011

BAKAR LINE: Hisham Amaran Jual Nama ISA dan Tentera Untuk Bikin Gempak !!!


Hisyam rupanya masih lagi berkira-kira untuk mengambil tindakan.  Amaran adalah rutin harian, manakala kenyataan terbarunya tentang ISA dan Tentera akan dikerahkan tidak ubah seperti satu lagi AMARAN.  

GT tidak pernah mempersoalkan PDRM, FRU mahupun Tentera yang mmg komited menjaga keselamatan negara.  Tindakan tegas mereka dalam memastikan kemakmuran dan keamanan terjamin cukup dihargai rakyat.  

Namun mereka tidak boleh bertindak tanpa arahan.  Mereka bertindak mengikut arahan.  Lemah arahan yang diterima, lemahlah implementasinya.  Dan begitulah lemahnya mereka yang bertanggungjawab memberi arahan.  

Musa Hassan pernah melahirkan kekecewaan akibat terlalu banyak campurtangan KDN dalam urusan Polis. Ia sekaligus merencatkan capabiliti pasukan Polis dalam melaksanakan tugas mereka.  

Hisham memberi amaran lagi, walhal ISA is a preventive measure.  Sukarnya dia memahami tujuan ISA dibentuk.  Rupanya dia tidak pernah belajar dari sejarah negara, dia tidak pernah belajar bagaimana negarawan ulung menempuh gelora dan badai dalam pemerintahannya.  

Hisham Hanya Sekadar Amaran!  

Tidak perlu banyak kenyataan "bikin gempak", yang penting bertindak!  

Apakah Hisham berani?  Tidak.. dia TAKUT!

1 comment:

  1. Agaknya Naib Presiden parti-parti Melayu semua tak leh pakai ?

    Dah dilantik perwalikan, terima je lah, siapa nak gugurkan mereka ?

    President parti ?

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...