Bersama Berjuang

Wednesday, June 29, 2011

Lagi Parti Baru Bakal "Memeriahkan" PRU 13! - Parti BERSAMA


Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) yang telah bertapak di Semenanjung Malaysia berhasrat bertanding di semua negeri pada pilihan raya umum ke-13. 

Presidennya Shuhaiddin Langkap yakin keahlian parti itu dijangka mencecah 1.3 juta orang tahun depan dan akan memberi impak besar terhadap parti-parti yang bertanding pada pilihan raya umum.

Menurut laporan Bernama Online beliau mendakwa keahlian Bersama di Semenanjung telah melebihi 167, 000 manakala 56 000 ahli di Sabah dan Sarawak.  Bersama negeri Kedah dilancarkan semalam.

Shuhaiddin mendakwa parti itu mampu bertanding atas kekuatan sendiri dan tidak akan bekerjasama dengan parti-parti lain. 

Parti itu ditubuhkan di Sabah pada 1994 dengan nama Parti Demokratik Setia Hati Rakyat Bersatu Sabah dan menukar kepada nama baru Bersama pada 23 Mac lepas apabila mengembangkan sayapnya ke Semenanjung.

GERAKAN TIMUR:
Sekadar khuatir undi Melayu terus berpecah...  Apapun, inilah demokrasi, dan orang Melayu harus bangkit dan sedar tentang perlunya bersatu padu demi agama, bangsa dan tanahair!

Dan kuasa politik jangan dipertaruhkan hanya dengan berseloroh " parti yang sekadar memeriahkan".  Undi Melayu yang terpecah bakal mengundang malapetaka!!!

Demokrasi bukan alasan untuk berpecah belah!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...