Tidak cukup dengan demonstrasi jalanan yang ganas, BeerShit 2.0 juga digemparkan dengan fahaman komunis yang menumpang populariti, disamping agenda tersembunyi mereka.
Jangan ingat mereka hanya mahu turut serta berdemo.
Jelas dalam satu pertubuhan, tujuan merekrut seramai mungkin ahli adalah lambang kebesaran. Ini adalah satu langkah permulaan dalam misi menghidupkan dan menyebarkan semula fahaman komunis, si durjana yang tidak mungkin akan dilupakan oleh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, kecuali Nicky Arjis dan kuncu2nya.
Tidak cukup dengan rakyat tempatan, pergerakan mereka disertai juga dengan rakyat tempatan "import", strategi yang sama pernah digunakan oleh Hindraf sewaktu membuat huru-hara suatu masa dahulu.
Perhatikan dengan teliti, kenyataan dari Arutchelvan membenarkan bahawa 2 import ini hadir menyertai kongres PSM. Ia bermaksud rangkaian antarabangsa yang berkongsi fahaman yang sama. Dan perhatikan juga, strategi siapakah yang menggunakan dunia luar untuk menekan kerajaan Malaysia?
Persetankan apa jua alasan dari PSM, kerana 2 import ini hadir dengan tujuan dan matlamat. Bukanlah bersifat jalan2 cari makan seperti yang suka dibuat oleh Theresa Kok kononnya mencari pelabur asing.
Dan harus kita kenali siapa Arutchelvan, kerana sudah menjadi prinsip strategi dari mereka yang belajar dengan zionis, meletakkan "orang-orang" mereka di setiap pertubuhan adalah wajib.
Perhatikan pergerakan NGO-NGO mereka. NGO tulen ke? Atau rancangan terperinci sekian lama yang mula membuahkan hasil?
Kalau komunis pun punya rangkaian, jangan ingat AmPIGa berani andai tanpa back-up besar, lebih2 lagi pertubuhan atau proksi yahudi yang bertopengkan "antarabangsa"!
Dan perlukah GT ingatkan betapa kafir harbi itu musuh Islam? Masih lagi percayakan mereka?
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!