Bersama Berjuang

Tuesday, June 28, 2011

Panasss... Hantu Kak Limah Selat Klang Bergentayangan Gara2 Fitnah Kepada Rakyat!!!


Pembangkang terus membangun dengan fitnah!  

Gara-gara memfitnah rakyat jelata yang tidak bersalah, SPR telah mengarahkan parti pembangkang di DUN Selat Klang yang dimenangi oleh YB Dr. Halimah membayar RM 150 sehingga RM200 kepada kira-kira 150 pengundi dari DUN Selat Kelang.

Dasar penjilat tegar fitnah... sampai rakyat marhaen pun difitnah!  Itu pun rakyat masih lagi nak mengundi parti pembangkang ini...  Kasihan rakyat, hak mereka cuba dinafikan!

Dok sibuk kata SPR tak bersih.. rupanya diorang nih yang BEERSHIT!!!


Lagi berita mengenai penganiyaan ini...


SHAH ALAM: Kekecohan tercetus di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di sini, apabila sebahagian 150 pengundi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang menuntut parti pembangkang membayar ganti rugi RM150 hingga RM200 setiap seorang kerana menuduh mereka pengundi hantu, di sini, semalam.


Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas wakil parti pembangkang gagal membayar ganti rugi itu walaupun SPR negeri sudah mengarahkan parti terbabit membuat pembayaran kerana membuat tuduhan tidak berasas.

Namun, wakil parti pembangkang terbabit memberikan alasan kepada pengundi berkenaan wang ganti rugi itu sudah diberikan kepada SPR.


Ekoran tindakan wakil parti pembangkang itu, pengundi terbabit meluahkan rasa tidak berpuas hati sehingga menimbulkan suasana tegang di kalangan pengundi lain yang ada antaranya mengambil cuti bagi menghadiri sesi Pendengaran Awam dan Rayuan yang dilakukan SPR sejak jam 9 pagi semalam.

Bagaimanapun, hasil sesi pendengaran awam itu, semua pengundi mengemukakan bukti mereka pengundi sah termasuk taraf mereka yang bermastautin di kawasan berkenaan.


Pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman (gambar), ketika ditemui berkata, pengundi berkenaan sepatutnya menerima ganti rugi itu memandangkan pembantah (parti pembangkang) membuat bantahan tanpa sebab munasabah.


“Kami bagi ganti rugi (award) berdasarkan peruntukan undang-undang kecil yang tertakluk kepada SPR. Kalau ada dakwaan SPR menerima wang ganti rugi daripada parti pembangkang untuk diserahkan kepada pengundi yang dituduh, itu tidak benar. Kami langsung tidak menerima wang daripada parti pembangkang.

“Soal bayaran ganti rugi itu tidak ada kena mengena dengan SPR. Kami hanya arahkan bayaran itu dibuat. Saya juga minta pihak yang membantah (parti pembangkang) berbincang dengan pengundi terbabit mengenai soal bayaran ganti rugi itu,” katanya.


Kata Dzulkifli, tanggungjawab untuk membayar ganti rugi terletak pada pihak yang membuat bantahan (parti pembangkang) seperti yang tertakluk dalam undang-undang di bawah SPR.

Namun, sekiranya wakil parti itu tidak melaksanakan tanggungjawabnya, pihak yang dibantah (pengundi) boleh membawa perkara itu ke mahkamah.




Sumber:  Harian Metro

5 comments:

  1. Salam. Patutnya saman RM5 billion. Baru berbaloi.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya mereka mengundi calon hantu...

    2T.

    ReplyDelete
  3. Mmg bangsat diorg ni! Patut ramai2 pegi pejabat dia dan tuntut sorang at least RM500 - RM1,000. Baru berbaloi. Gatal main tuduh2 sekarang padan kan muka. Kalau taknak bayar, muka minah sial ni patut d palitkan tahi lembu!!!

    ReplyDelete
  4. mengatakan SPR telah terima wang tersebut juga satu fitnah dan penipuan yang berat. Saman lagi!

    ReplyDelete
  5. Rakyat hendaklah membawa kes itu ke mahkamah dan saman malu ke atas parti Pembangkang!

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...