Bersama Berjuang

Wednesday, February 9, 2011

KATA-KATA BESTARI DARI LAKSAMANA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA!!!


Peluang bertemu dengan Ketua Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia ini akan GT kenang selagi hayat dikandung badan.  

Beliau mengatakan bahawa TLDM memerlukan LCS untuk menghadapi sebarang kemungkinan.  Dangers and Threats are still there.  Namun begitu, TLDM juga bertanggungjawab dalam memastikan pembelian ini mengikut keperluan negara.  Ini dibuktikan dengan fakta bahawa 6 pembelian kapal LCS ini akan dilaksanakan dalam tempoh 2 Rancangan Malaysia (RMK) - 10 tahun. 

GT tertarik dengan pandangan beliau mengenai sudah sampai masanya Malaysia mempunyai industri pembuatan kapal perang.  Potensinya cukup besar dimana industri ini kebanyakkannya dimonopoli oleh US dan Eropah.  Perkongsian pintar di antara Boustead Naval Shipyard dengan syarikat luar nanti akan memberi pulangan yang baik dari segi ekonomi, peluang pekerjaan dsb.

Bagi GT, ini adalah industri baru yang harus diterokai kerana potensinya di masa depan.  Contoh terbaik ialah Proton.  Industri pembuatan kereta, idea dari Tun M pada masa itu hanya diketawakan oleh spesis DAP spt Lim Kit Siang.  Namun, setelah lebih kurang 25 tahun berlalu, industri pembuatan kereta berkembang pesat bukan sahaja Proton, malah muncul pula Perodua.  

Tidak mustahil industri ini juga boleh berkembang dengan baik kerana pasarannya lebih global.  Bukankah ia boleh menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi Malaysia?

GT ingin memetik kata-kata bestari dari orang yang bertanggungjawab terhadap Armada TLDM ini, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz berkata:

"SETIAP KEMAKMURAN DAN KENIKMATAN EKONOMI MALAYSIA, IA HARUS DIJANJIKAN DENGAN KESELAMATAN YANG BERPANJANGAN"

dan GT sangat2 bersetuju dengan pendapat beliau ini!!!

1 comment:

  1. TP FUCKATAN PLAK SUKE MERUSUH SEPANJANG MASA SEMATA2 NAK KE PUTRAJAYA..ADOIYAIII

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...