Dalam Msiakini juga Tony berkata bahawa pembinaan LCS oleh US adalah kurang dari USD300 juta (RM913juta) pada tahun 2004. Tony harus tahu bahawa harga itu adalah pada tahun 2004.
Tahukah Tony bahawa mengikut laporan dari Congressional Research Service, yang diambil dari Department of Navy Fiscal Year 2011 Budget Estimates oleh US, kos LCS yang pada awalnya dianggarkan USD220juta akan mencecah kepada USD 736 juta???
Kos2 ini dijangka terus meningkat berikutan beberapa faktor seperti bahan pembuatannya, pemasangan dan dsb.
Sebenarnya, dengan kos USD 736 juta ini, kapal LCS adalah kosong, tanpa ada sebarang penambahan dan penambahbaikan sistem persenjataan (weaponry) yang canggih. Kementerian Pertahanan berpendapat bahawa LCS ini perlu disiapkan dengan kelengkapan persenjataan paling canggih. LCS ini akan mampu mengesan dan melancarkan serangan ke udara, permukaan dan di bawah laut. Kos mempertingkatkan sistem persenjataan bukanlah murah kerana dalam pembinaan mana-mana kapal perang di dunia ini, kos persenjataan sahaja sudah meliputi 40% dari harga keseluruhan. Oleh itu, kos LCS ini dianggarkan RM1 billion setiap satu.
Perbandingan mudah, kita beli kereta, lepas tu nak masukkan turbo, NOSH, seat racing, sport rim dan tayar lebar, modified sistem ekzos, mesti bertambah kos kan?? Sebab apa? Sebab nak laju!!!
Tuduhan selanjutnya yang mengatakan bahawa kerajaan pembelian itu tidak dilakukan secara kompetitif adalah tidak berasas sama sekali. Dalam artikel GT yang pertama, GT ada menulis bahawa terdapat 6 naval shipyard yang telah disenaraipendek dan 6 syarikat ini juga terbabit dalam LIMA. Syarikat yang berjaya akan bekerjasama dengan Boustead Naval Shipyard di Lumut, yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Dijangka 632 vendor tempatan akan mendapat manfaat dari projek ini. Pemasangan boleh dilakukan di dalam negara dan ia akan membuka banyak lagi peluang pekerjaan kepada rakyat.
Apa yang tidak kompetitif???
Semoga 2 artikel GT ini memberi kefahaman yang jelas agar anda tidak terus diperbodohkan oleh lelaki tak pandai meniaga bernama Tony Pua.
tony nak malaysia beli kapal tongkang utk buat kapal perang kan murah x rugi pun...
ReplyDeletesenjata kapal tu pulak bubuh lah meriam buluh buatan tempatan, enjin guna lah enjin bot nelayan pantai barulah jimat...
kapal tu nnti bubuh nama...
KTB...( kapal tony bodoh )
Heheheheee...
ReplyDeleteklau perang nanti suruh tony tu bawak kapal tu pegi berperang.. ada berani ke, silap2 dia ni yg lari dulu
malaysia bila perang tak tau mana pegi puak2 ni tp bila aman semuanya timbul nak tunjuk kuasa plak...
Kita tak boleh jadi tukang angguk saja mesti kena challenge. Sbb tu negara maju ada challenge session utk setiap peoject. Korea dan Taiwan yg duk berperang dlm parlimen gdp perkapita mereka berkembang 10 kali dlm tempoh 30 tahun. Kita cuma 3 kali ganda. Kita fail pasal ramai tukang angguk
ReplyDeleteKita tak boleh jadi tukang angguk saja mesti kena challenge. Sbb tu negara maju ada challenge session utk setiap peoject. Korea dan Taiwan yg duk berperang dlm parlimen gdp perkapita mereka berkembang 10 kali dlm tempoh 30 tahun. Kita cuma 3 kali ganda. Kita fail pasal ramai tukang angguk
ReplyDelete