Bersama Berjuang

Wednesday, June 13, 2012

Sudahlah Menipu, "Contempt Of Court" Pula Bakal Menanti SUARAM! Bingai Punya Suara Anak Haram!!!



Nampaknya SUARAM dan pembangkang tetap berdegil ingin terus bermain dengan isu kapal selam scorpene walaupun tuduhan mereka telah dijawab dan dipatahkan berkali-kali.   

Sudah menjadi taktik pembangkang untuk ‘buat bodoh’ apabila terkantoi dan akan terus memainkan fitnah yang sama walaupun ia telah dijawab berkali-kali beserta dengan bukti.  Contohnya, isu cincin Datin Seri Rosmah, isu anak Dato’ Seri Najib berbelanja di Australia sehinggalah isu pembunuhan Altantuya dan scorpene ini, yang mana semuanya telah diperjelaskan dan bukti telah pun dikemukakan bagi menafikan tuduhan mereka. 

Dalam kes scorpene ini, SUARAM dan pembangkang telah pergi ‘agak jauh’ iaitu dengan menggunakan nama mahkamah negara asing bagi menguatkan hujah mereka.    SUARAM juga menyatakan bahawa kes ini sedang disiasat dan kononnya terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan.   

Kononnya juga, Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis.  Malah lebih dahsyat lagi, mereka mengaitkan pula urusniaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan membayangkan pembabitan Perdana Menteri dalam semua kes ini.  

Pembangkang nampaknya benar-benar berpegang dengan kata-kata bahawa, ‘lebih besar penipuan itu lebih ramai yang akan percaya’.  Sebenarnya, tidak semestinya.  Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar ia akan menjadi raksaksa yang memakan diri.  

Hakikatnya, benar, ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh SUARAM kepada mahkamah Perancis.   Dan tidak seperti di Malaysia, di mana pihak polis atau SPRM yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, di Perancis, pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan Hakim.  

Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.   Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis.  

Oleh itu, tidak timbul soal mengsapina Perdana Menteri atau sesiapa saja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis.  

Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah yang lebih tinggi yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak.  

Jelaslah, apa yang dilakukan oleh SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan mereka sebagai ‘bukti’ serta membuat komen, malah kenyataan rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk penghinaan yang serius terhadap mahkamah Perancis.  Maka, secara rasminya SUARAM boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat aduan terhadap mereka.  

Jika kita lihat perkembangan kes ini di Perancis sendiri atau di mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung komen dari pihak DCNS yang dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah terlibat memberi rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia.  

Ini kerana DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan mengelak untuk memberi komen, membela diri atau menjelaskan apa-apa mengenai apa-apa jua.  

Hanya SUARAM a.k.a pembangkang Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan Malaysia.   Kerana apa?  Kerana pilihanraya semakin hampir, itu saja. 

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...