SELCAT adalah sebuah entiti yang ditubuhkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Motifnya "politiking", dan melindungi kroni-kroni mereka. Ianya sangat kontra dengan tujuan asal penubuhan SELCAT itu sendiri, seperti ketelusan, KONONNYA.
Sejauh mana kemampuan SELCAT untuk menyiasat sesuatu kes? Atau sekadar untuk, KONONNYA, pendengaran awam?
Umum masih lagi ingat, bagaimana satu kes penyelewengan pasir yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Kapar, di mana SELCAT tidak membenarkan SAKSI UTAMA memberi keterangan. Inilah gunanya prosedur yang dicipta oleh SELCAT demi melindungi kelemahan pentadbiran kerajaan negeri. Prosedur yang mewajibkan kepada orang awam agar membuat permohonan bertulis bagi menyertai sesi pendengaran awam itu sebenarnya lebih kepada cara mengawal, atau "control mechanisme".
Telus? Kredibel?
Dan alasan yang sama juga digunakan, dengan mengatakan tiada permohonan dari DS Noh Omar.
Bagi GT mudah, DS Noh Omar tidak perlu bergantung kepada SELCAT yang jelas tidak mampu mengotakan tujuan penubuhannya. SELCAT bagai mati hidup semula. Sedangkan isu penyelewengan pasir telah terhenti pendengarannya, sebelum kembali dengan lakonan terbaru SELCAT gara-gara skandal surat yang melibatkan Amiruddin dan Rafizi Ramli. Andai tidak, sampai kiamatlah SELCAT tidak bersidang.
SELCAT ibarat mahkamah kanggaroo?
Tidak. SELCAT tidak layak untuk dibandingkan dengan mahkamah. Waima berstatus kangaroo. Panelnya sahaja terdiri dari ahli politik, yang tentunya punya kepentingan di dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Dan yang paling penting, seandainya dokumen bukti aktiviti penyamun ini, seperti yang dimiliki oleh DS Noh Omar diserahkan kepada "bapak penyamun", ia berkemungkinan menjadi sandaran kepada "bapak penyamun" untuk menjejaki dari mana sumber bukti itu diperolehi, bukannya untuk menyelesaikan masalah!!!
So, apa kata SELCAT benarkan SPRM, atau PAC, untuk siasat penyelewangan yang berlaku.
Amacam? Ada bran?
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!