Program Turun Padang oleh Menteri Pertanian, DS Noh Omar di Kg Bukit Kapar di dalam DUN Meru semalam.
Ladang ini diusahakan oleh seorang anak muda berkelulusan ijazah perakaunan dari Ireland, tetapi memilih untuk menceburkan diri di dalam bidang pertanian. Petani Moden. Tinggalkan degree beb..! Anak muda ini bernama Irfahmi kalau tak silap, dan ladang ini adalah ladang ketiganya!!! Masyuuukkkk...
Buah rock melon yang dituai sebelum ini telah dipasarkan ke Hong Kong! Tu gambar yang last sekali, tu la rock melon, baru GT tahu.. hehehehe...
Secara mudahnya, populasi penduduk semakin bertambah, dan tanah semakin berkurangan gara-gara pembangunan. Makanan semakin berkurangan. Bekalan kurang, permintaan tinggi, pastinya harga akan melambung.
Dijangka pada tahun 2050, dunia akan berhadapan dengan krisis makanan yang kritikal.
So, jom try sektor pertanian. Ada bran?
p/s: semua yang hadir dapat sebiji rock melon, tapi GT tak dapat... ini tak adil! huhuhuhu..
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!