NOH MINTA KERAJAAN SELANGOR DEDAH SUMBER SIMPANAN TUNAI PKPS
TANJONG KARANG, 2 Mac (Bernama) -- Menteri Pertanian Datuk Seri Noh Omar hari ini meminta kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat, yang kononnya telus dalam pengurusan, mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, berkata ini kerana simpanan tunai itu didapati meningkat dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.
Beliau mempersoalkan kenyataan negeri Selangor, menerusi laporan SelangorKini terbitan hari ini, yang mendakwa kenaikan prestasi kewangan PKPS hasil kecekapan pengurusan kerajaan pembangkang itu.
Noh berkata beliau difahamkan hasil itu sebenarnya meningkat daripada penjualan tanah PKPS seluas 12,000 hektar di Sarawak kepada sebuah syarikat semasa pemerintahan BN, yang transaksi jual beli itu selesai pada 2010 dengan nilai RM97 juta.
"Adakah dengan mendapat hasil jualan tanah boleh dikatakan kerajaan Selangor sebuah kerajaan yang cekap?," katanya.
Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tiram Jaya di sini.
-- BERNAMA
GERAKAN TIMUR:
Ini adalah cara Fuckatan untuk mentadbirurus Selangor. Apa juga peningkatan simpanan tetap, atau simpanan tunai yang didakwa hasil kecemerlangan pengurusan ekonomi adalah pembohongan semata-mata.
Trend menjual asset negeri, dan kemudian diwar-warkan sebagai kejayaan meningkatkan hasil adalah satu doktrin membodohkan rakyat Selangor oleh kerajaan negeri.
Apalah ertinya sekiranya tunai meningkat, sedangkan asset negeri semua habis tergadai. PKNS, Yayasan Selangor, dan tidak lama lagi mungkin Masjid negeri pun hendak dijualnya.
Dari segi ekonomi, adalah tindakan kurang bijak untuk sesebuah entiti menjual asset tetapnya. Dalam kebanyakkan kes, penjualan asset tetap adalah disebabkan simpanan tunai semakin menyusut, dan kekurangan dana untuk menjana aktiviti syarikat atau sesebuah entiti.
GT tidak pernah bersetuju dengan cara menjual asset negeri ini.
GT tidak pernah bersetuju dengan cara menjual asset negeri ini.
Tetapi untuk kes ini, satu lagi kemungkinan yang perlu rakyat Selangor fikirkan, iaitu "MEMFARAIDKAN HARTA RAMPASAN PERANG". Dan bijaknya Khalid menggunakannya sebagai tanda mendabik dada kononnya pentadbirannya cemerlang.. cehhh..!!! Penjualan asset dan pengurusan yang cemerlang adalah 2 perkara yang berbeza, dalam mendapatkan keuntungan.
Semuanya demi political mileage!
Semuanya demi political mileage!
Rakyat Selangor wajib sedar, jangan menang sorak tanah tergadai... Dan kepada semua, perhatikan terus movement kewangan PKPS, kerana si hanjing sudah menghidu di mana terdapatnya lambakan tulang untuk santapan!!!
bila lagi nak jual pulau disekitar perairan selangorni ni penyamun!!!!!!!!!????banyak untung wooooo!
ReplyDeletemdzac