Bersama Berjuang

Tuesday, May 22, 2012

Selangor Ditadbir Secara Korporat, Rakyat Merana Gara-Gara Si Keparat!


Melonjak sakan dengan hidung tinggi dan berbangga-bangganya juak-juak Fuckatan tatkala Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar, setelah PR mendapat mandat rakyat untuk mentadbir Selangor.

Dengan berlatarbelakangkan dunia korporat, perkara ini menjadi bualan hangat.  Betapa beruntungnya mereka memangkah gabungan pembangkang kerana berjaya mengangkat seorang "tokoh" korporat menjadi Menteri Besar.

Apa yang rakyat Selangor tidak sedar, kebanyakkan tokoh korporat hanya mementingkan untung semata-mata, kerana itulah "Key Performance Indicator" (KPI) yang harus mereka tepati sebagai tanda kerajayaan; sukses. 

Dan tanyalah kepada para pekerja, betapa sukar untuk mendapatkan atau meningkatkan lagi apa yang dipanggil "Fringe Benefits", atau  kemudahan sampingan selaku pekerja.  Naik gaji apatah lagi.  Itu hakikat perniagaan, terutamanya dunia korporat.

Itu juga antara penyebab, mengapa Akta Kerja, Akta Perhubungan Industri dan beberapa lagi akta digubal dan dikuatkuasakan, bagi memastikan hak rakyat dibela, dari serakah korporat yang mementingkan keuntungan semata.  

Begitulah yang terjadi di Selangor apabila Menteri Besarnya mentadbir dengan gaya korporat, yang berorientasikan keuntungan, dan bukannya kebajikan.  Lihat sahaja cara mereka beroleh keuntungan, dengan menjual asset yang ada, demi pengumuman gempar politik kononnya simpanan tunai sekian billion, walhal asset negeri habis tergadai.  

Begitu juga dengan isu bekalan air dengan pembinaan loji Langat 2.  Mungkin kerajaan negeri enggan meluluskan projek ini kerana tidak memberikan pulangan keuntungan tunai yang baik. 

Dalam mentadbir sebuah kerajaan, keuntungan bukanlah soal utama.  Mungkin pegangan itu berasas di dunia korporat, tetapi bukan di dunia politik yang mana kuasa yang diperuntukkan adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat.  

Justeru, Khalid Ibrahim, ternyata gagal dalam memahami unsur-unsur yang perlu ada dalam urustadbir kerajaan negeri.  

Institut Kemahiran Yayasan Selangor, Yayasan Selangor dan Yayasan Basmi Kemiskinan adalah contoh badan kebajikan telah dan sedang cuba di"untung"kan oleh Khalid Ibrahim.

Sekiranya pekerja terasa ditekan dan diabai dek kerana demi keuntungan syarikat, nasib pekerja itu kini dialami oleh  rakyat Selangor kerana keuntungan yang dikejar oleh Menteri Besar keparat korporatnya.


Benarlah dakwaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar apabila mempertikai corak pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang yang menjadikan negeri ini bagaikan sebuah syarikat korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat.

Cuma, rakyat bakal diberi mandat sekali lagi dalam masa terdekat ini, samada untuk terus ditindas oleh gaya korporat pimpinan Khalid Ibrahim, atau BERUBAH SEBELUM REBAH!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...