Bersama Berjuang

Thursday, March 8, 2012

MEMALUKAN... Laporan Polis Terhadap Kerajaan Negeri Gara-Gara SAMPAH!!!



Belum pernah, Selangor yang terkenal sebagai negeri maju terpaksa berhadapan dengan laporan Polis semata-mata kerana isu SAMPAH!  

Ia berpunca dari longgokan sampah yang merata di seluruh Selangor, yang kemudiannya telah membuka mata rakyat, bahawasanya ada sesuatu yang tidak betul sedang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan negeri.  

Ramai kontraktor kutipan sampah mengadu bahawa masih banyak lagi bayaran tertunggak, yang belum dilunaskan oleh kerajaan negeri.  Malah, sistem pemberian tender yang berbasiskan bulanan juga menerbitkan rasa tidak puas hati oleh Kontraktor, yang tentunya akan mengalami kerugiaan kerana pelaburan dalam industri ini memerlukan masa untuk meraih modal dan keuntungan.  

Semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh Persatuan Pengguna Subang Dan Shah Alam berikutan dakwaan terdapat penyelewengan agihan kontrak kutipan sampah, berikutan ada wujudnya unsur-unsur kronisme.  Bukan itu sahaja, laporan kepada SPRM juga akan dibuat oleh persatuan ini untuk siasatan lanjut.  

Tindakan susulan dari persatuan seperti roadshow kepincangan kerajaan negeri akan dilakukan sekiranya Khalid gagal menangani isu mudah "kutipan sampah".  

Maklumat yang GT terima, di sekitar Kelana Jaya, projek kutipan sampah ini dimonopoli oleh seseorang, yang bertindak sebagai maincon, yang kemudiannya mengagihkan kontrak ini kepada kontraktor-kontraktor. Dengan harga yang ditawarkan, maincon tersenyum riang, manakala kontraktor kutipan ramai yang tidak sanggup menerima harga selepas "cukai" itu.  Akhirnya, sampah tidak diangkut, yang kemudiannya menyusahkan rakyat!

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa Khalid Ibrahim dan PKR tiada kredibiliti untuk mentadbir Selangor.  Perkara asas dan mudah seperti kutipan sampah pun tidak mampu ditangani.  

Khalid Ibrahim memang SAMPAH!!!

1 comment:

  1. Assalam Bro

    Agak2 boleh tak buat laporan polis ke atau SPRM terhadap pemimpin kerajaan Selangor yang tidsak pandai mentadbir dan tidak mahu membantu menyelesaikan masalah rakyat... Yang makin nampak masalah datang bertimpa... PBT tu sama juga macam MB dia yang bodoh...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...