Bersama Berjuang

Thursday, May 23, 2013

AIR ASIA : Bukti "Now Not Everyone Can Fly"



Setelah kontroversi Air Asia enggan menghantar pulang ibu dan anaknya dari Vietnam baru2 ini, Air Asia sekali lagi begitu angkuh enggan bawa pulang jenazah dari Jogjakarta. Tindakan AirAsia memberi alasan 'tiada perkhidmatan menghantar pulang jenazah' menyebabkan waris wanita terpaksa membawa jenazah terlebih dulu menggunakan pesawat dari Jogjakarta ke Jakarta untuk menaiki Penerbangan Malaysia MAS ke Kuala Lumpur malam tadi.

Jenazah Fatimah Sudin, 71, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam. Warga emas itu meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang semalam di Rumah Sakit JIH, Jogjakarta kerana masalah jantung. Anak Allahyarham yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi memberitahu, ibunya bersama sekumpulan rakyat Malaysia berangkat ke Jogjakarta menggunakan penerbangan AirAsia Jumaat lalu dan sepatutnya kembali ke tanah air pagi ini menggunakan penerbangan yang sama.

''Oleh kerana ibu saya menaiki pesawat AirAsia, maka ejen di Jogjakarta terus menghubungi syarikat tersebut untuk urusan penghantaran balik jenazah ibu saya. Bagaimanapun, ejen tersebut dimaklumkan AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan seumpama itu,'' katanya.

Dia berkata, selepas ibunya meninggal dunia dan dimaklumkan bahawa AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran jenazah, ejen di Jogjakarta menghubungi MAS untuk urusan tersebut. Bagaimanapun katanya, oleh kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sumber : KLIK SINI

18 comments:

  1. tak sangka MAS punya kemanusiaan !!

    ReplyDelete
  2. AKAN MENJUNAM LAH AIR ASIAL SELEPAS NIE.... SEKIRANYA MASIH TERLALU MENGIKUT BUKU... TIADA PERIKEMANUSIAN.....MACAM CEO YG JANTAN NAK JADI BETINA MEMBUAT KENYATAAN MENGENAI UTUSAN.....

    AZAS

    ReplyDelete
  3. Kalau dah memang Air Asia tak sediakan perkhidmatan membawa jenazah, apasal korang nak bising-nising pulak? Korang kena faham dasar syarikat ini.

    Takkanlah korang nak beli setem kat kaunter Syabas. Esok keluar berita, Syabas tidak patriotik sebab tidak menyokong dasar hasil kerajaan kerana tidak menjual setem bagi pihak Pejabat Pos.

    Nampak luculah komen korang. Macam sekolah setakat darjah 6.

    Sketsa:

    Pelanggan : Saya nak bayar bil air
    Kerani : Bayar bil air? Ini kaunter bas MARA Liner en.
    Pelanggan : Awak jangan main-main tau. Saya report kat blog Gerakan
    Timur, habis syarikat ni. Tahu apa mereka buat dengan
    syarikat AirAsia? Habis lingkup AirAsia dengan sebab
    tulisan mereka di blog. Cepat!!! Setem R1.00.
    Kerani : Ni dia En. En tampal jer tiket perjalanan ni kat atas
    surat. Sampailah nanti.
    Pelanggan : Ini baru betul. Terima kasih

    Kesimpulan
    Hebatnya penangan blog media baru masa kini. Berhati-hati sewaktu membeli setem. Bak kata pepatah

    Menang PRU biar bermaruah
    Jangan Gasak Sampai Terbarai
    Menang tipu pun dah gelabah
    Kalau kalah, GST tergadai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dei ...kalo dah kalah..kalah lah...
      Terimala qada' dan qadar..
      Itu ketentuan Ilahi..
      BN mmg popular sbb mana ada PAKATAN rakyat aka pakatan haram?...
      kemenangan pru berdasarkan kerusi parlimen bknnya UNDI POPULAR...
      KALO DAH BAHALOL..7 KETURUNAN PON TTP BAHALOL...

      Delete
  4. ni bukan masalah nak beli stem dekat kaunter tiket bas, dah tentulah perkara yang takda mana nak boleh diadakan, tapi perkara yang melibatkan perkhidmatan, yang tak boleh pun kita boleh bagi boleh, itu namanya timbang rasa, nak buat sketsa perumpamaan pun biarlah logik dan ada kaitan sikit.

    ReplyDelete
  5. bangang betul penulis sketsa murahan sama macam Air Asia tambang murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEPADA PENULIS SKETSA MURAHAN : ... KAU MEMANG BANGANG . ORANG JENIS KAU NI MESTI LEPAS BERAK TAK FLUSH SEBAB KAU NAK TUNGGU CLEANER FLUSHKAN... ORANG DUNGU MACAM KAU NI TERLALU BERKIRA OTAK BAGHAL... KAU BAHALUL KE??? BUDI BICARA BOLEH MELANGKAUI POLISI ATAS TIKET KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN LA... WALLAWEI... GENG BENGAP MACAM KAU NI NAK PERINTAH NEGARA..? HUH, LAIN TAHUN LAHHHHH...

      Delete
    2. setujuuu...penulis sketsa murahan memang bangang. Org cerita pasal dua syarikat yg ada perkhidmatan penerbangan. Dia punya analogi bangang kaitkan orang nak beli stem dengan beli tiket bas. Bangang betull..

      Delete
  6. Habis tu tiket si Allahyarhamah tu kira hanguslah ye? Senang betul dapat duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan...aku pernah rugu RM1800 x 2 tiket...anak aku dari london....KL. Aku bukan berduit ... tapi pasal anak dah sangkut di London akibat kes diMesir dulu. Govmen bagi budak bali free...tapi dah terbeli air asia...masa ada lk 2 minggu lagi sebelum fly. Last hangus...aku dah bagi surat kat Tony...habuk pon tak dapat....aku dah tulis kat dia...doa supaya satu kapalnya hancur...

      Delete
    2. eeeee...takut ler lepas ni tobat x nak booking A. A da...jika ramai doakan ...suatu hari Allah akan makbulkan ....

      Delete
  7. duit ambil,penumpang buang.ikut buku..huh..ngeri air asia x ada jaminan klo ada apa2 berlaku kat luar negara..kat media boleh la ko putar belit.kenapa x buat statement depan pelanggan yang teraniaya?klo still naik jg then berlaku kes 'ikut buku' dan x ada lesen dr drg..pandai2 lah bawa diri di negara org.ni satu contoh kemudahan air asia x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini la dinamakan syarikat cekik darahhhh...sbb tu dia cepat kaya ...boleh gaji pekerjanya mahal...tapi tiada perikemanusiaan...semua ikut buku...ikut buku...ikut buku...so lainkali sorila....AIR ASIA...bye2..

      Delete
  8. salam bro GT,

    ada sahabat saya org kanan Datuk jaei (mantan adun mewru yg dulu) bagitau Haji Sukaiman patut lebih kerap jumpa Datuk sebelum PRU 13 ...tapi dia tak buat ...bila dah kalah baru la pi jumpa ...hmmmm. kat bukit kapar ramai otai2 umno yg setuju umno meru/kapar kena lebih kepada pendekatan agama ...lebih rapat ngan surau/masjid ...pegi dulu ...ini tak main tuduh ceramah politik la ...last Sunday kan ada ceramah Ustaz Sarhan pasal perubatan islam ...mana ada politik ...so dah tiba masa utamakan agama dari duit la kot bro ....

    p/s : umno bukit kapar awat dah senyap je ...rumah MEKHLAS pun gelap je lately ni bila aku lalu ..:)

    ReplyDelete
  9. anonymous 11.08AM, lu memang ibu segala bahalol.

    ReplyDelete
  10. useful source dolabuy.su site link go to website go to this web-site high quality replica bags

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...