Bersama Berjuang

Thursday, August 11, 2011

PANASSS...Hishamuddin Dibekalkan Maklumat Palsu Tentang CyberWar Kerana Ada Udang Di Sebalik Batu???


Kenyataan dari Hisham amat mengejutkan.  Bukanlah mahukan pujian atau apa jua, akan tetapi kenyataan itu seolah-olah menolak penguasaan hebat blogger pro kerajaan yang sama sekali telah memecah monopoli pembangkang setelah bencana 2008 yang diilhamkan oleh Pak Lah dan anak "hantunya". 

Inilah masalah sebenar apabila pak menteri yang bergantung harap terhadap pegawai-pegawainya, yang sebenarnya bukanlah arif tentang idea berbloging.  Malah, ramai di antara mereka kurang membaca, atau lebih tepat, tidak membaca media baru ini.  Amat malang sekiranya pegawai yang diharapkan tidak memberi maklumat yang tepat tentang isu semasa di blog atau senario cyberwar.  

Apatah lagi, pak menteri tidak dapat menduga bagaimana pegawainya beroperasi, atau motif menyatakan bahawa blogger pro kerajaan terkebelakang.  Mungkin dengan cara ini, peruntukan akan diberikan lagi dengan jumlah yang banyak, berikutan dari kononnya fakta bahawa kerajaan gagal dalam menguasai media baru.
Maka bertambah kencanglah rembatan padu terhadap peruntukan oleh pegawai-pegawai tersebut.  Itu dari segi "game" orang politik.  Kena create something to get something.  Itu belum lagi diambil kira perbuatan "terpuji" pihak-pihak itu yang menjaja nama-nama blogger untuk meraih peruntukan dan masuk ke kantung sendiri!

Ada pula yang berkata "ehh.. ini perjuangan fisabillilah".  Macam ni lah, blogger yang GT kenali kebanyakkannya cukup simple.  Mengapa mereka mengeluh?  Sebab nama mereka "dijual", dan keuntungan dibaham si celaka!  GT percaya, seandainya tiada perbuatan yang keji ini, blogger-blogger pun tidak akan bersuara tentang perkara ini.

Apabila Hisham yang dikhabarkan punya unit cyberwar yang hebat dan dikhabarkan telah melahirkan ramai blogger hebat seperti Papa Gomo, Parpukari dan lain-lain pun gagal dalam membawa mesej kerajaan di medan perang siber, something fishy is going on.  

Hisham sebenarnya perlu sedikit sebanyak mengikuti perkembangan medan siber secara peribadi, dan tidak hanya bergantung harap kepada pegawai-pegawainya yang mgkin punya ciri-ciri "yes sir" dan "you look good in cyberspace, sir" serta "our cyberwarians were almost defeated by Fuckatans sir, so "we" need more money to develop our cyber warlords.

What do you think?  Does "we" represent the interest of all bloggers, or "we" can be altered to "I".  Therefore, I own the money.. Who own the money? The money is mine!!!

Who am I.. ??? muahahahahahahaha...

And for money, people will do anything, and i mean everything!

Captain Herbert Sobel, do you understand that???

4 comments:

  1. GT,
    Engkau ini perasan bagus. Tapi sebenarnya kau tiada nilai di sisi UMNO, apatah lagi di kalangan pakar strategi media. Jangan persoalkan kebolehan para blogger saperti Papagomo dan Parpukari. Mereka terlatih dan punya kebolehan memaparkanidea dan bahan yang asli, tidak saperti GT yang banyak "cut and paste" sahaja.

    Sila ambil maklum dan nilai diri sendiri. Jangan berlaku kurang ajar terhadap orang yang lebih berilmu.

    ReplyDelete
  2. Peh.. sebijik mamat nie mcm kerismuddin...
    Nasihat aku... jgn duk menyorok belakang sepupu.. org kalau dah menyampah... dengan sepupu kerismuddin org buang.. tukar baru..

    ahli umno Sg. Siput

    ReplyDelete
  3. baru turun prk kerdau sekali xpayah la nak cakap banyak......

    ReplyDelete
  4. setuju bro dengan artikel ni. Hisham dok dengar kata pegawai YES SIR memanjang....ntah apa apa.

    ini macam menteri lingkup le....

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...