Buletin Utama, TV3 semalam menyiarkan berita bahawa PDRM pada tahun ini bertekad untuk membanteras jenayah habis-habisan. GT sangat setuju kerana memastikan persekitaran kehidupan yang baik dan selamat adalah penting dalam menjana kemajuan negara.
Tiba-tiba keluar pula kenyataan dari DS Hishamuddin yang berkata cukup berbangga dengan kejayaan PDRM mengurang jenayah pada kadar 15% melebihi sasaran awal iaitu 5%. kadar Indeks Jenayah. KDN akan memantapkan lagi komitment bagi mencapai NKRA yang telah ditetapkan.
GT tidak menafikan keperluan menentang jenayah. Namun, untuk memastikan keamanan negara, aspek lain perlu diutamakan juga. Hisham harus faham dan berani bahawa pada waktu ini, terdapat anasir2 yang cuba menggugat Perlembagaan negara. Menyelusuri sejarah semangat Perlembagaan, Hisham wajib tahu bahawa dengan keadaan negara yang berbilang bangsa memungkinkan sebarang malapetaka kerana perbezaan di antara kaum itu sendiri. History won't lie...
Namun, prestasi Hisham untuk perkara ini sangat2 mendukacitakan. Berkali2 ditegur, namun semangatnya tidak pernah bangkit. Terlalu banyak sangat "damage" yang telah dilakukan oleh Hisham di pentadbiran DS Najib. Kes Namawee, Surau disimbah cat, dan yang terbaru, Adun Sri Muda Suhaimi Safie yang seolah-olah membiarkan institusi Raja-Raja Melayu terpaksa menadah serangan2 musuh. Malang bagi Kesultanan Melayu, Panglima Perang Utama yg seharusnya dibarisan hadapan rupa-rupanya tidak mampu mengepalai armada perangnya.
Senjata sudah ditangan, tapi dihati tiada keberanian. Berkokok lagak gempita, sayangnya sekadar ibarat si buta.
..sehebat mana pun seorang Panglima itu..walau pun berguru dengan Hang Tuah sekali pun, tapi kalau hati tarak berani, tarak guna juga..buat habis ko beras je...
ReplyDelete