Bersama Berjuang

Wednesday, July 20, 2011

MESTI BACA: Hisham Amaran Jelmaan Watak Captain Herbert Sobel Dalam Siri Band of Brothers!!! Jom Tukar!!!

Sekali lagi, GT bukan anti establishment.  GT menulis untuk mempertahankan negara dari sekonyong-konyong manusia gila kuasa yang terus ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia.  Bukan hanya gila kuasa, cara mereka berpolitik adalah politik gampangan.  

Namun, jangan kita memandang hanya kepada musuh, kerana memperkasakan kerajaan juga salah satu point penting dalam arti perjuangan.  Apalah guna kita menggempur musuh, andai panglima kita sendiri tertunduk bisu pekak dan tuli, andai panglima kita tidak tahu strategi.  

Hishammuddin adalah manifestasi Captain Herbert Sobel dalam filem Band of Brothers.  Captain Herbert gagal dalam mengemudi pasukan kerana gagal memahami taktik perang.  Habis tunggang langgang pasukannya kerana kerap kalah kepada musuh, mujur ianya adalah sekadar latihan!!!  Hanya untuk membaca peta dan strategi pun dia kelihatan bingung, walhal kelengkapan sudah ada.  Akhirnya dia ditukarkan ke Regiment S-4 Logistik!!!  

Manakala Hisham tidak punya sessi latihan lagi.  Negara ini adalah pertaruhannya!!!  ISA sudah kukuh terpatri di dalam undang-undang negara.  Namun Hisham kelihatan bingung untuk menggunakannya terhadap musuh nyata negara!!!  

Kita perlukan watak seperti Major Richard Winters untuk menang "pertempuran ini".  Major Richard sering memikirkan kepentingan negara dan keselamatan anak buahnya.  Bukan dirinya semata-mata!!!

Anda, samada sahabat blogger atau sahabat pembaca, kita adalah bersaudara, we are band of brothers!!!  Dan sebagai pejuang, kita tidak mampu dikemudi oleh Hisham Amaran lagi!!!

Hisham harus ditukarkan!!!  Tukarlah walau di Kementerian Pengangkutan (Logistik) atau Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat sekalipun.  Tapi tidak di bahagian yang melibatkan isu keselamatan negara.  

Berjalan-jalan di FB, GT terjumpa ini.... Jom "like"!!!



1 comment:

  1. yang lawaknya tu, kena kantoi gi kerat pagar..habis terlepas lembu..

    hahaha

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...