GT tertarik dengan peranan yang dimainkan oleh Sinar Harian dalam mencipta sensasi untuk populariti sekaligus mementingkan keuntungan semata-mata.
Bersikap berkecuali dalam soal politik tidaklah salah, akan tetapi beberapa perkara GT perhatikan, Sinar Harian seolah-oleh tidak punya semangat kebangsaan yang mewakili majoriti rakyat, bahkan tidak keterlaluan andai GT label mereka sebagai tidak menghormati kerukunan perlembagaan dan undang-undang negara.
Buktinya, apakah Sinar Harian tidak memahami atau mengetahui bahawasanya Bersih adalah pertubuhan tidak berdaftar, sekaligus berstatuskan pertubuhan haram?
Dari sudut undang-undang pertubuhan, kasta BERSIH tidak ubah seperti Al Arqam, Al Maunah atau Ajaran Ayah Pin yang diharamkan atas dasar mengancam keselamatan negara.
Sinar Harian pula memberi platform kepada Ambiga, sebagai wakil BERSIH. Dan secara terang-terangan anda dapat lihat di banner (gambar) di atas. Ini memberi gambaran seolah-olah BERSIH adalah pertubuhan berdaftar dan sah di sisi undang-undang.
Walhal, Ambiga boleh diberi ruang untuk berforum atas kapasiti, bekas presiden majlis peguam.
Tetapi, mengapa Sinar Harian memilih untuk menabalkan Ambiga sebagai Pengerusi BERSIH yang berstatuskan haram aka haram jadah?
Apakah motif di sebalik "permainan" Sinar Harian ini?
Kumpulan Karangkraf melalui akhbar Sinar Harian dilihat sebagai sebuah syarikat yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Gempar politik disensasikan untuk menaikkan rating dan jualan.
Andai Anwar Ibrahim bijak memanipulasikan keadaan dan peluang untuk kepentingan politik gampangannya, Sinar Harian pula bijak memanipulasikan suasana politik semasa untuk matlamat keuntungannya.
Mohon KDN dan Hisham lihat perkara ini sebelum menjadi kudis bernanah dan busuk dalam masyarakat. Tindakan tegas harus diambil!!!
GT, Apalah bodoh dan bangang sangat engkau ni. BERSIH bukanlah pertubuhan. Ingat tu. Inilah masaalahnya kalau sekolah setakat SPM.
ReplyDeletebodo piang GT....
ReplyDelete