Bersama Berjuang

Friday, January 14, 2011

SIDANG AKHBAR UMMI HAFILDA FINAL EPISODE - ANWAR IBARAT TANGKI NAJIS YG AKAN MELEDAK!!!



Dalam Final Episode utk sidang akhbar Ummi Hafilda, GT ingin merumuskan beberapa perkara.  

Pertama, kemunculan semula Ummi di arus media Massa akan memberi fakta-fakta sebenar tentang peristiwa yang berlaku dalam kes liwat Anwar yang pertama.

Kedua, pembohongan dan fitnah liar yang dimainkan oleh Anwar akan dipatahkan, dengan bukti dan saksi yang akan Ummi tampilkan.  

Ketiga, kejahatan dan kezaliman manusia bernama Anwar Ibrahim akan terbongkar.

Keempat, impak paling baik kepada generasi muda, yang mungkin pada ketika itu berumur 10 dan belum mengerti cerita sebenar.  Membesar pula dengan pembohongan2 yang dibuat oleh Anwar dan kuncu2nya.  Pasti, comeback yg dibuat oleh Ummi dapat melenyapkan pembohongan Anwar kepada rakyat Malaysia.  Generasi ini tidak akan terus disongsangkan oleh Anwar dan kuncu2nya. 

Dan GT mohon kepada pihak Polis, agar dapatlah kiranya memastikan keselamatan Ummi, kerana pengalamannya membuatkan dia cukup mengerti akan risiko-risiko yang bakal beliau hadapi.  

Andai DS Hisham boleh berbangga dengan kejayaan Polis membanteras jenayah pada tahun 2010, ditambah pula dengan kejayaan menghantar seramai mgkin anggota pada Perhimpunan Aman di hadapan pejabat Suhaimi Penderhaka, DS Hisham juga wajib memastikan keselamatan Ummi Hafilda kerana UMMI HAFILDA BUKAN PENDERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...