Bersama Berjuang

Friday, September 13, 2013

Filem Terbaru KRU Studios "Vikingdom" Cecah RM10 Juta Sebelum Tayangan (VIDEO INSIDE)


Selepas dua tahun dalam pembikinan, filem terbaru terbitan KRU Studios Vikingdom: The Blood Eclipse kini sudah berada di pawagam seluruh Malaysia dan ini mungkin sebuah filem yang perlu anda tonton hujung minggu ini.

Menurut pengarah filem ini, Yusry Abdul Halim Vikingdom telah pun berjaya menjana pulangan sebanyak RM10 juta hasil penjualan hak pengedaran filem berkenaan di Amerika Syarikat dan di 10 buah negara lain setakat ini.

GT lebih selesa letak gambar Lisa Surihani berbanding laki dia... hehehe.. 

Itu satu pulangan yang agak baik setakat ini buat Vikingdom yang menelan belanja sebanyak RM20 juta & ianya hanya akan memulakan tayangan di Amerika Syarikat pada 4 Oktober depan.

“Pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil,” ujar Yusry KRU ketika majlis tayangan bersama media di Sunway Pyramid semalam.

Yusry KRU menambah lagi yang rakyat Malaysia harus bangga dengan filem Vikingdom kerana ianya menggunakan 100% tenaga tempatan walaupun membariskan pelakon antarabangsa.

Sokong hasil kerja anak tempatan...
Sokong filem tempatan... sokong filem bukan komunis...
Hapuskan cetak rompak dan DAPigs!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...