Bersama Berjuang

Thursday, September 12, 2013

NAAAHHH... Blueprint Ekonomi Melayu Bumiputera. Tak Reti2 Untuk Hadir???


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan dasar komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi tidak lama lagi.

Beliau menyatakan demikian menerusi status terbaharu dalam akaun Twitter. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pengumuman mengenai dasar-dasar itu akan dibuat Sabtu ini.

Menurutnya, antara perkara yang bakal disentuh Perdana Menteri ialah pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan hartanah oleh Bumiputera.

Dalam satu lagi Tweet, Najib yang juga Menteri Kewangan berharap pelaburan untuk projek Taman Biopolimer Kertih (KBP) dapat membangunkan industri bioteknologi negara.

"Saya berharap KBP juga akan mengukuhkan ekonomi Malaysia," katanya.

Pihak berkuasa Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menjangka KBP dapat menarik pelaburan bernilai RM7 bilion menjelang 2015.

KBP ialah kompleks bio-penurasan generasi kedua yang terbesar di Asia dan kewujudannya menjadikan Malaysia perintis dalam bidang bioteknologi. - BERNAMA

2 comments:

  1. nothing for golongan pertengahan...

    ReplyDelete
  2. Pemimpin2 kita benar-benar berusaha untuk memajukan bumiputera tetapi masalah besar yang tidak boleh dibendung ialah rasuah. Contohnya , di Sarawak, Pegawai2 di MOE berpakat dengan tokey2 cina taja bumiputera dan guna nama bumiputera. Sekarang ini 100% katering untuk sekolah2 di Sarawak dipegang tokey2 cina dan bumiputera samada makan gaji atau diberi 3%. Malah di UITM Sarawak kerja2 memotong rumput dan membersih bangunan dikongsi di antara orang dalam dan tokey cina dengan menggunakan syarikat bumiputera ditaja cina.

    Mereka yang berkuasa ini menggunakan kuasa yang masih ada dan peluang untuk mengkayakan diri mereka. Tetapi kalau rakyat bising mereka salahkan kononnya bumiputera yang dapat tender jual dengan cina.

    Bersihkan dulu pegawai2 kerajaan yang terlibat dan hapuskan rasuah.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...