Setelah sekian lama kedudukan sebagai Ketua UMNO Gua Musang yang disandang oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tidak dicabar oleh sesiapa, pemilihan UMNO Oktober ini menyaksikan beliau bakal ditentang 'anak buah' sendiri.
Ku Li bakal ditentang Datuk Bazlan Baharuddin (gambar) yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang.
Utusan melaporkan Bazlan sendiri mengesahkan perkara tersebut.
Menurut Bazlan, walaupun beliau amat menghormati Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai tokoh politik yang disegani, namun keputusan tersebut dilakukan atas hasrat bagi membawa perubahan dan nafas baharu kepada UMNO bahagian tersebut.
''Saya mendapat pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan ini kerana ia bukanlah mudah memandangkan Tengku Razaleigh cukup berpengaruh dan dihormati.
''Bagaimanapun setelah membuat kajian dari sudut sokongan khususnya di peringkat akar umbi, saya mendapati ada keperluan untuk saya mencabar beliau dalam pemilihan kali ini,'' katanya.
Bazlan yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Gua Musang sejak 2001 berkata, beliau percaya Tengku Razaleigh akan bersikap terbuka menerima hasrat beliau memandangkan bekas Menteri Kewangan itu merupakan antara pemimpin yang bercakap soal melakukan perubahan dalam parti demi meraih sokongan rakyat.
Ditanya adakah beliau akan berupaya menumbangkan Tengku Razaleigh memandangkan sokongan kepimpinan bahagian sudah pasti akan menyebelahi Ahli Parlimen Gua Musang tersebut, Bazlan berkata, beliau tidak membuat ukuran terhadap sokongan terbuka yang dizahirkan tetapi lebih yakin kepada kumpulan 'majoriti senyap' termasuk dalam kalangan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Bazlan berkata, dalam usaha meraih sokongan daripada perwakilan, beliau akan membentangkan visi dan misinya dalam melakukan perubahan demi mengukuhkan lagi kedudukan UMNO dan BN di Parlimen Gua Musang.
''Kita harus ingat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, pengundi muda akan menjadi pengundi majoriti, oleh itu UMNO perlu memberi isyarat kepada mereka bahawa parti itu bukanlah sebuah parti yang membenarkan seseorang itu menjadi ketua bahagian dulu, kini dan selamanya tanpa dicabar,'' katanya.
Menjawab satu soalan, Bazlan berkata, beliau bersedia menerima apa juga risiko politik berikutan keputusannya menentang Tengku Razaleigh kerana apa yang penting niat beliau ikhlas untuk membawa perubahan dalam kepimpinan UMNO Gua Musang.
''Saya serah kepada perwakilan untuk membuat keputusan dan menghormati apa juga keputusan mereka kerana sama ada menang atau kalah saya tetap akan berbakti dalam UMNO dan memastikan kecemerlangan BN di Gua Musang berterusan dalam pilihan raya umum akan datang,'' katanya.-16/9/2013
Kalau Datuk Bazlan Baharuddin ini pejuang Islam/Melayu yg. TULEN dan amat BERANI, syukurlah!
ReplyDeleteAsal BUKAN satu lagi Melayu/Islam LIBERAL, yg. dah cukup MEROSAKKAN perjuangan amat BERANI Islam/Melayu, terutamanya lawan MUSUH-MUSUH Islam/Melayu dari puak Satanisme Kristian Zionis DAPSYAITAN/PKR!
Skrg. makin galak si PENGKHIANAT Islam/Melayu LIBERAL dlm. UMNO, nak menguasai UMNO! Golongan LIBERAL Islam/Melayu memang PENJAHANAM agama, bangsa dan negara. Kerana mereka sudah TAKSUB dgn "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si Barat-Zionis! Kononnya falsafah dan undang-undang Barat-Zionis yang 'terbaik' (pala hotak si KAPIR SATANIS Barat-Zionis PENIPU ini!), di mana wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah (termasuk kanak-kanak), dadah, alkohol dan perjudian – yg. akan terus MENJAHANAMKan akhlak dan akidah umat Islam/Melayu! Bakal kita jadi Bumiputera Islam MEREMPAT Palestin/Singapura!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.