Bersama Berjuang

Friday, November 1, 2013

PRK Sg Limau: Padanlah Sampai Ada Ugutan Pada Ustaz Kazim Elias.. Rupanyaa...


Ketika kempen ceramah anjuran Pas gagal menarik sokongan dan kehadiran pengundi di sekitar Sungai Limau, walaupun mereka menjemput beberapa artis seperti Abby Abadi, Leman Raja Lawak, Bob Lokman dan sebagainya. Ceramah di kem Barisan Nasional / Umno pula menunjukkan sebaliknya.

Dengan membawakan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ceramah tersebut berjaya dikategorikan ‘pecah panggung’ apabila berjaya mengumpulkan sekitar 5,000 pengundi. Dengan gaya bersahaja, ceramah Ustaz Kazim yang diadakan di RTC Simpang 3 itu menyebabkan para hadirin melekat dari mula hingga akhir.

Namun apa yang dikesalkan ialah, Ustaz Kazim memaklumkan sebelum kehadiran beliau ke Sungai Limau beberapa penyokong Pas telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan dan ancaman bagi menghalangnya hadir.

Menurut Ustaz Kazim, beliau telah diugut agar memakai plastik kerana bakal berdepan dengan serangan balingan telur sebagai tanda protes. Namun ia langsung tidak menggentarkan beliau walaupun sedikit, kerana ingin menyampaikan dakwah.

Beliau turut menegaskan, dirinya bukanlah penceramah bagi mana-mana parti politik, namun hanya sekadar memenuhi jemputan dan itulah antara pendekatan dakwah yang dilakukannya dahulu lagi.

Ustaz Kazim juga melahirkan rasa kecewanya apabila dilabelkan sebagai penceramah kerajaan hanya kerana isi kandungan ceramahnya tidak mengikut selera pembangkang. Menurut beliau lagi, beliau hanya menyatakan apa yang benar dan cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya bila mana politik menggunakan Islam sebagai perisai.

“Saya berkawan dengan semua orang. (Contohnya) apabila berceramah dengan orang asli, takkan saya dikategorikan sebagai penyokong orang asli.

“Saya juga turut berceramah dengan kumpulan lelaki lembut, takkan saya terus di cop sebagai penyokong golongan lembut. Relaks lah bro” ujar beliau secara berseloroh dan disambut dengan gelak tawa dari mereka yang hadir.

Inilah pendekatan pembangkang sejak dari dahulu, apabila mereka buat ia dianggap sebagai perkara biasa. Namun apabila mereka yang berlainan ideologi lakukan perkara yang sama, mereka akan diugut dan diancam dengan pelbagai cara.

Sedangkan sebelum ini mereka begitu lantang meminta kerajaan agar memberikan layanan yang adil kepada semua atas nama demokrasi hak bersuara. Sebenarnya Pas telah mula gelisah apabila melihat jentera mereka gagal menarik sokongan pengundi walaupun Dun Sungai Limau dikatakan sebagai kubu kuat parti itu.

Malah paling membimbangkan mereka, apabila isu perpecahan dalaman parti itu dilihat mula memberikan kesan sehinggakan ada di kalangan mereka yang mula saling boikot dan sabotaj antara satu lain.
Berbanding jentera BN/Umno yang dilihat semakin hebat dengan pendekatan dan misi pembangunan yang ingin dibawa. Apa pun bersamalah kita tunggu keputusan undi yang bakal diketahui seawal jam 9.00 malam pada 4 Oktober nanti.

Apakah Pas mampu mengekalkan kecemerlangan mereka ataupun tersungkur layu seperti yang berlaku ketika PRK Kuala Besut yang lalu

3 comments:

  1. siapa yg berani baling telur pada ust kazim? elok je lepas baling, dia pulak 'kena gulai' dgn 5000 org yg hadir dengar ceramah....

    ReplyDelete
  2. Hanya ALLAH SWT yg. dapat menolong kita dr. MALAPETAKA tak habis-habisan ini sebelum TERLAMBAT!

    Akibat PENGKHIANATAN Islam/Melayu LIBERAL, Malaysia sbg. NEGARA ISLAM dan umat Islam/Melayu, diPAKSA TAKUT dan TUNDUK pd. PENDATANG SAMSENG Cina/Bukan Islam! Lihat
    PEMBERI rasuah dr. PENJENAYAH Cina yg. ganjilnya tak pula dihukum atau dihukum amat ringan, lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131030/ma_06/Bekas-Ketua-Pengarah-Imigresen-dipenjara-6-tahun

    Ini termasuk sekoq Cina lagi, juga PEMBERI rasuah sampai berjuta, kat Johor baru-baru ni, penjara hanya 1 hari! ; Dan lihat juga perniagaan PELACURAN disyaki syarikat Cina (kenapalah akhbar tak MENDEDAHkan nama syarikat yg. terlibat dlm jenayah) yg. asyik TERLEPAS, di
    http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131026/je_11/Pusat-hiburan-degil-diserbu-lagi-52-GRO-Vietnam-ditahan

    Dan syarikat.Cina, termasuk lori-lori syarikat. Cina yg. disyaki banyak menyebabkan kemalangan ngeri di jalan raya/industri, yg. MAJORITI mangsanya, umat Islam/Melayu, termasuk pekerja asing Islam – apa hukuman utk. syarikat-sy ini dan apa jenis pembelaan pd. mangsa dan kelurga mereka (jadi mahukah kita Menteri Pengangkutan dr. DALANG DUA MUKA parti Cina MCA) - lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131028/je_15/Pekerja-Indonesia-maut-jatuh-dalam-mesin-proses-batu (pekerja/pelajar asing Islam juga disyaki makin diSASARkan pekerja/pelajar Bukan Islam yg. anti-Islam, dlm. jenayah pembunuhan, samada di tapak industri atau di luar)! Kenapa tak dengar lansung NGO Islam mahupun KETUA PEMUDA UMNO LIBERAL atau dr.PAS, pertahankan hak warga asing Islam yg. MISKIN ini, selari dgn. dgn. konsep dan budaya persaudaraan dan perpaduan Ummah yg. berlandaskan Syariat Islam (kalau tak miskin, takkanlah pekerja asing Islam sanggup jadi KULI –dilayan-mcm.-SAMPAH, terutamanya kpd. Bukan Islam, dan jauh merantau dr. keluarga tercinta) – lihat di http://muhammadrizkiramadana.blogspot.com/2013/05/konsep-ummah.html, KONSEP UMMAH, Muhammad Rizki Ramadana, 1 Mei 2013? Harapnya Ustaz Dr. Fathul Bari akan berjuang menentang PENGANIAYAAN pelbagai ini, melalui perlantikan beliau dlm. Exco Pemuda UMNO, serta Ustaz Kazim Elias – kita perlukan golongan ulama TULEN yg. BERANI mennentang MUSUH Islam/Melayu dgn. LANTANG, dlm. UMNO!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...