Bersama Berjuang

Monday, June 11, 2012

PANASSS... Beranikah Pesuruhjaya PAS Selangor Sahut Cabaran Sekretariat Mobalisasi Ummah?


Di dalam ceramah anjuran SMU baru-baru ini, GT tertarik dengan lontaran yang dibuat oleh pihak sekretariat, iaitu mengadakan pidato terbuka di antara mantan Pesuruhjaya PAS Selangor dengan Pesuruhjaya PAS Selangor.  

Usaha ini dibuat atas dasar apa jua yang disensasikan di media-media, akan dijawab sendiri oleh mulut empunya diri.  

Ramai yang sebenarnya masih tertanya-tanya tentang isu yang melingkari kedua-dua individu ini.  Pelbagai tuduhan pula dilemparkan kepada Hasan Ali setelah pemecatannya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. 

Lucunya, gerakan JATI oleh Hasan Ali pula telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu, yang rupanya tidak senang duduk dengan apa yang cuba disampaikan olehnya.  

Bukankah Pesuruhjaya PAS Selangor, mengatakan "perginya" Hasan Ali dari PAS tidak langsung memberi kesan kepada PAS?  Siapa yang sebenarnya khuatir akan gerakan dari Hasan Ali?  UMNO? MCA? MIC? atau BN? 

Berbalik kepada cadangan pidato terbuka, mengikut maklumat, Dato Dr. Hasan Ali, mantan Pesuruhjaya PAS Selangor telah bersetuju secara lisan untuk turut serta dalam pidato ini.  Dikhabarkan, Hasan Ali bersedia untuk berpidato atas apa jua tajuk yang dicadangkan nanti. 

Persoalannya, ia berbalik kepada Pesuruhjaya PAS Selangor samada mahu menerima jemputan dari SMU.  SMU akan mengutuskan sepucuk surat jemputan bagi tujuan ini.  

Pastinya, rakyat Selangor khususnya, menanti pidato ini dengan penuh minat.  

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...