Bersama Berjuang

Wednesday, September 7, 2011

GEMPAR!!! Jamal Abdillah Tidak Mahu Masuk Syurga !!!


Dalam kesibukan orang mencari "syurga di bawah tapak kaki tuan guru", Jamal Abdillah memilih untuk dicemuh dan dimaki oleh sekumpulan fanatik yang telah dijamin diri mereka untuk masuk syurga oleh pemegang kunci syurga.  

Apakah kita bakal melihat Jamal terlibat secara langsung dalam program-program UMNO selepas ini?  Apakah Jamal bakal menjadi isu di ceramah-ceramah Bob Lokman?  

Tahniah kepada Jamal Abdillah yang menyatakan pendiriannya dengan berani, demi agama, bangsa dan negara!

Alamat kempunan lah kau nak masuk "syurga" Jamal oiiiiii....

hehehehehe...
Raja Pop, Jamal Abdillah Sertai UMNO

KUALA LUMPUR – Raja Pop Negara, Jamal Abdillah akhirnya secara sah mendaftar menjadi ahli UMNO dan telah menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, di sini hari ini.

Katanya, dia menyertai UMNO kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini.

“Walaupun saya baru mendaftar menjadi ahli UMNO hari ini namun sebenarnya saya telah lama menyokong UMNO malah arwah ayah saya juga semasa hayatnya merupakan pengerusi tetap UMNO di Pasir Salak.

“Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO. Saya yakin dengan prinsip saya dan saya rasa kalau parti lain yang memerintah negara, tidak mungkin saya mampu bertahan bergelar penyanyi sehingga kini.

“Kerana kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai maka saya mampu bertahan sehingga kini. Malah peminat saya juga terdiri dari berbilang kaum. Saya tidak kisah sekiranya selepas ini ada yang menuduh saya mahu mencari publisiti murahan kerana saya tahu dan yakin dengan apa yang saya lakukan,” ujarnya.

Jamal turut melahirkan rasa kagumnya terhadap UMNO dan BN yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat malah sentiasa memertabatkan dunia artis.

“Saya menyeru para peminat dan rakan-rakan saya agar marilah kita bersama-sama menjadi ahli UMNO dan cubalah kita celikkan mata dan lihat apa yang telah kerajaan lakukan selama ini untuk kita.

“Janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita. Bukanlah saya bermaksud untuk berpolitik tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan BN,” ujarnya lagi. - MYNEWSHUB.MY

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...