Perasaan bercampur baur melihat perkembangan terbaru dalam Barisan Nasional selepas PRN Sarawak yang baru sahaja melabuhkan tirainya bulan lepas.
Masyarakat Cina dilihat sepakat dalam memilih DAP sebagai wakil mereka, yang secara tidak langsung menunjukkan cita-cita mereka untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menguasai Malaysia. Inilah agenda utama yang diidamkan oleh PAP, si mentor nun di seberang tambak sana. Perkembangan ini jelas menunjukkan sesuatu yang tidak sihat untuk Malaysia, negara yang mempunyai keunikan dan sejarah tersendiri, sehinggakan satu formula terpaksa dicipta bagi menjamin kesejahteraan dan perpaduan rakyatnya.
Kita harus belajar dari sejarah negara kita sendiri, bagaimana sebuah negara bangsa yang dibina semula atas tragedi berdarah 1969 yang sekian lama dipendam, jarang dibicarakan kerana boleh mengundang sensitiviti kaum. Berasaskan persetujuan kontrak sosial yg lebih merupakan “semangat perlembagaan”, maka lahirkan perlembagaan negara yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin kaum utama, Melayu, Cina dan India.
Selepas peristiwa berdarah 1969, Tun Abdul Razak memperkasakan perlembagaan Malaysia untuk kefahaman semua kaum serta menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya “Ketahanan Nasional” melalui kestabilan politik. Dan persetujuan serta saling memahami ini termeterai dengan penubuhan Barisan Nasional pada 1973.
Baca selanjutnya DISINI.
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!